Batu Hampar Bukit Malawati, Otea Kuala Selangor dan Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram.
Entri ini entri yang ketiga di Bukit Malawati Kuala Selangor. Entri pertama adalah tentang kenaikan trim ke atas Bukit Malawati. Entri kedua adalah semasa berada di Puncak Bukit Malawati. Entri terakhir adalah berjalan kaki turun ke bawah kaki Bukit Malawati. Pasal ingin menengok batu hampar yang unik. Berdiri teguh di atas busut anai-anai. Busut itu kosong dan dapat menampung batu yang begitu berat sekali.
Selepas turun ke kaki bukit Malawati. Kami singgah bersolat di Masjid Pekan Kuala Selangor. Kami singgah di kedai Otea Kuala Selangor. Facebook : Otea Kuala Selangor. Satu gelas RM5.00. Malam kami diakhiri dengan makan ikan bakar di Aroma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Alamak lebih kurang sejam kami menunggu menu siap dihidang. Seekor ikan Jenahak lebih kurang RM59.00. Kerang bakar harga RM6.00. Tom yam tiga orang makan RM15.00. Jus Tembikai RM15,00 Nasi putih tiga pinggan RM4.50. Harga RM 99.50 belum termasuk GST.
Segerombolan Lotong
Lotong dan anak-anaknya
Batu Hampar. Terletak berupa seketul batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Ada pendapat mengatakan bahawa batu ini digunakan sebagai tempat memancung penderhaka. Pendapat lain pula mengatakan bahawa batu ini adalah tempat persemayaman Baginda Sultan Abdul Samad untuk memerhati pekan Kuala Selangor.
Sungai Kuala Selangor
Busat Malawati
Busat dan Wakaf Malawati
Pandangan ke bawah dari Busat Malawati
Makam Diraja Kota Malawati
Muzium Permainan Tradisional Rakyat
Keterangan akan Perigi Beracun
Perigi Beracun
Minum-minum petang di Otea Kuala Selangor
Buble Tea
Aorma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram