Tanjung Piai,Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
Tahniah! Anda sekarang berada di Penghujung Selatan Tanah Asia. Saya teringin benar menulis entri kerana saya pernah sampai ke sini beberapa tahun yang lepas. Insyallah, saya pasti kembali ke tempat ini lagi dan sekaligus ke Pulau Karimun, Indonesia. Di sini, anda dapat melihat Selat Melaka dan Selat Johor.
Tanjung Piai terletak di mukim Kukup,dalam kawasan Parlimen Pontian berhampiran dengan terminal feri antarabangsa ke Pulau Karimun. Tanjung ini juga terkenal dengan kelazatan restauran makanan laut. Selain itu turut dikenali dengan keindahan alam hutan paya bakau yang masih belum tercemar dan terdapat Tanjung Piai Resort.
Perjalanan dari Johor Bharu adalah kira-kira 75 Km dan memakan masa selama satu setengah jam dengan kereta. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur atau Utara, ambil lebuh raya utara selatan dan keluar di Simpang Renggan (selepas Machap). Hala ke Pontian/Benut dan ikut tanda arah ke Tanjung Piai. Sekiranya anda dari Johor Bahru, ambil jalan ke lebuhraya Jalan Skudai dan hala ke Pontian/Pontian Kechil. Pusing ke Kiri di Sri Bunian, di Pekan Nenas. Ikut jalan kampung dan belok ke kanan di Jalan Tenggayun. Selepas itu, ikut papan tanda ke Tanjung Piai.
Taman ini ditutup pada hari Isnin, Taman ini di buka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari hari Selasa ke hari Jumaat. Hari kelepasan, Sabtu dan Ahad di buka dari jam 9 pagi hingga 530 petang. Tiket untuk orang dewasa adalah RM5.00 dan Warga Emas kira-kira RM3.00