Showing posts with label Buku Travelog. Show all posts
Showing posts with label Buku Travelog. Show all posts

Thursday, 6 April 2017

Kedai Buku Terpakai yang Menjual Buku Langka (Rare) Seluruh Malaysia


Sebuah Perjalanan- Word Press.Com


Saya adalah pencinta buku. Sebahagian besar hidup saya dikelilingi oleh buku. Semua kerana buku. Di sini apabila saya berkunjungi ke blog tetamu istimewa (http://mieadham86.blogspot.my/2017/04/kedai-buku-terpakai-yang-menjual-buku.html) saya langsung teruja untuk berkongsi senarai itu di blog saya. Senarai asal adalah dari 
saudara Muhammad Alif Najmi. Terima kasih saudara Muhammad Alif DAN Tetamu Istimewa . Moga perkongsian tersebut dapat disebar luaskan.

Tujuan perkongsian ini adalah untuk rujukan saya semata-mata dalam misi memburu Kedai Buku Langka atau rare. Semoga kita terus menjadi pencinta ilmu.

MISI MEMBURU KEDAI BUKU LANGKA ATAU RARE
(Kedai Buku Terpakai Seluruh Malaysia)

Perlis
1. Ocean Used Books

Kedah
1. Language Book Corner, Langkawi
2. Kedai Buku Fiha
3. Bistro Pustaka (Cawangan Alor Setar)
4. Zone Ranger (Gerai Bergerak/ FB Novel Majalah Terpakai@En Nizam)
5. Pasar Karat Kg Berjaya, Alor Setar

Perak
1. Novel Hut Ipoh
2. Bistro Pustaka (Cawangan Parit Buntar,)
3. Alam Bacaria (Manjung)
4. Pasar Karat Loken
5. Pasar Karat Kamunting
6. Empire Bookstore Kuala Kangsar
7. Ijjalyza Bookstore
8. Kedai Buku Shidah Medan Selera di Ipoh

Selangor

1. Kedai Buku Suhairin Md-Ramly Giant Stadium Shah Alam
2. Kedai Buku Terpakai Puchong Abd Abdul Halim Ismail
3. Kedai Buku Terpakai Downtown Puchong (Abd Halim Ismail)
4. Kedai Buku Bacalah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
5. Arenabookers Tingkat 2 Metro Point Kajang
6. Q Reazant Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
7. Kedai Buku Puan Zainuriah Abd Rahman di belakang Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi/ Readers Heaven Coffee
8. Taman Pustaka (kedai bergerak) oleh Mohd Zahamri Nizar
9. Antique Depot Buku Malaya Petaling Jaya
10. Pasar karat Amcorp Mall
11. Kedai buku Terpakai Banting
12. Pasar Buku Bangi (setiap sabtu kedua dan keempat) di ruang parking Perpustakaan Bangi

Kuala Lumpur
1. Kedai buku Terpakai Pasar Seni
2. Junk Book Shop
3. Ampang Point

Pulau Pinang
1. Penang Bookshelf
2. Pasar Chowrasta
3. Ropewalk Stadium Bandaraya

Negeri Sembilan
1. Bistro Pustaka, Nilai
2. Pasar Karat sebelah Pasar Besar Seremban (ahad pagi sahaja)

Melaka
1. Kedai Buku Terpakai Kampung Jawa (area Madam King)

Johor
1. Pustaka Asma, Segamat
2. Pasar Malam Taman Universiti, Skudai (jumaat)

Pahang
1. BACA - The Reading Room & Cafe, Temerloh

Terengganu
1. Kedai Buku The Bookworm, Jalan Bukit Kecil, KT

Kelantan
1. Galeri Pakdo, Kok Pasir, Tumpat
2. Kedai Buku Hitam Putih, Bazar Tok Guru
Read more ...

Friday, 17 June 2016

Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika


Tajuk: Travelog Mr. Backpacker : Merentas Amerika : 26 Tahun | 42 Negara | 4 Benua | Hijrah
Pengarang : Badrul Hisham
Terbit : April 2016
Format : Kulit Nipis
Halaman : 202
ISBN : 9789671409008
Harga : RM25.00


#Merentasamerika

Badrul Hisham adalah graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Sheffield, United Kingdom. Orang pertama di England yang berselfie dan menari ketika majlis graduasi sehingga video menjadi viral di Malaysia. Sebaik sahaja menyelesaikan pengajian sarjana, beliau telah berbasikal dari London ke Malaysia yang sejauh 11,000 km untuk memenuhi impiannya. Prinsipnya, hidup ini pendek dan perlulah berimpian besar. Hisham telah berjaya melancong ke 42 buah negara. Advantura Pulang ke Malaya adalah antara lain karya tulisan Hisham. 

Polis koboi Texas dengan serius mengacukan pistol ke arah kepala Bad dan menjerit sekuat hati. “I SAID OPEN THE DOOR! OPEN THE DOOR!” Bad dicampak ke atas lebuh raya dan tangannya digari.Aku digari beberapa minit kemudian dan dicampak ke tepi jalan juga.

Buku ini mengisahkan tentang dua pemuda Melayu dan seorang Turki, warganegara British yang merantau memusing Amerika dengan berbekalkan sedikit duit dan impian setinggi gunung. Satu kereta menjadi saksi bagi semua peristiwa ini. Pada mulanya semua bermula dengan manis dari New York dan perlahan-lahan bertukar menjadi pahit apabila tiba di negeri Texas. Mereka ditangkap polis koboi Texas kerana disyaki  penjenayah besar. Perjalanan mengambil masa 25 hari merentas benua Amerika bermula dari New York. Titik akhir perjalanan bertiga berakhir di Los Angeles sejauh 10,000 km. Moga pengembaraan #Merentasamerika ini menjadi inspirasi bagi anak muda mengejar impian yang lagi besar dalam hidup.

Tajuk buku travelog ini sangat catchy dan membuat kita terikut-ikut hendak meniru gaya pengembaraan mereka. Sub topik membuat anda ingin tahu lebih-lebih lagi disertai dengan goggle map dengan jarak dan jumlah jam sesebuah perjalanan. Teknik penceritaan adalah jauh lebih baik berbanding dengan buku Travelog sebelumnya. 

Kelebihan buku ini adalah susur alur cerita pengembaraan  yang  begitu menarik dan mengalir untuk dibaca. Hisham membawa pembaca untuk bersama-sama merasai pengalamannya. Gaya bahasa yang puitis dan penuh sense of humor. Bahasa yang mudah difahami,tidak menggunakan istilah dan kosa kata yang tidak diketahui. Buku ini menghasilkan sesuatu yang perlu direnungkan oleh pembaca terutamanya peristiwa yang berlaku, dengan kata-kata hikmat atau motivasi. Hisham berjaya melukiskan adegan demi adegan dengan teknik penceritaan yang penuh unsur suspen. Ini membuatkan kita terus ingin membaca lagi sehingga habis dengan cepatnya.Tetapi kadang kala saya merasa kecut perut membacanya dengan pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi. Tiga adegan yang menarik adalah hampir mati lemas di pantai Daytona apabila meluncur air, dicekup pihak polis di Texas dan hampir mati di Death Valley. Hisham telah memberi gambaran perasaannya yang sebenar dalam perjalanan merentas benua Amerika. Pengalaman yang berharga adalah sejauh mana kita pergi, Tuhan tidak boleh kita lupakan.  

Kekurangan buku ini adalah sampul buku yang kurang menarik berbanding dengan isi yang begitu menarik untuk dibaca. Warna di kulit buku pun kurang menarik dengan latar pemandangan yang kelam. 

Kesimpulan, buku ini memberi teladan yang berguna kepada anak-anak muda yang berimpian besar dalam mengejar cita-cita mereka kerana kita melintasi dunia ini hanya sekali sahaja. Keunikan Hisham adalah keperibadian nilai-nilai murni yang dapat memberi pengajaran hidup bagi pembaca. Contohnya,di sini mereka berzikir sepanjang malam untuk menenangkan hati dan berharap agar tiada beruang mengoyak khemah mereka. semasa di Taman Negara Yosemite, taman negara yang paling cantik antara 42 negara yang pernah dilawatinya. Apabila kita mengembara ke benua Amerika dengan niat yang ikhlas, insyallah kita akan mendapat pelajaran yang sangat berharga seperti Hisham. Buku ini harus dibaca dan dimiliki oleh setiap backpacker yang banyak disulami dengan perasaan jati seorang lelaki.          

#Merentasamerika








Read more ...

Wednesday, 25 May 2016

Melbourne & Sydney dalam sepuluh hari

Pengarang : Noor Hayati Yasmin & Norsa'adah Ahmad


http://msdsh.blogspot.my/

Bersama penulis buku India, Siti Noridah Abd Rahman (Kanan) dan penulis buku Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari, Norsa'adah Ahmad (kiri)

Saya ingin review buku Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari secara ringkas. 

Buku ini adalah perjalanan tujuh orang sahabat ke Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Great Ocean Road,Belgrave untuk menaiki Puffing Billy,Phillip Island untuk melihat koloni Little Penguin,Blue Mountains National Park,Sydney Fish Market,Sydney Harbour dan banyak lagi tempat yang meninggalkan kenangan manis buat mereka bertujuh. MSDSH mengandungi 100 mukasurat bergambar dengan warna penuh dan dicetak menggunakan kertas yang berkualiti.

Melbourne dan Sydney menjadi kota pilihan mereka. Kedua-dua kota mempunyai ciri yang berbeza. Cuaca, struktur bangunan, budaya dan masyarakat membuktikan kelainan antara dua kota. Namun, satu persamaan yang ketara ialah sifat hormat-menghormat di antara satu sama lain yang sangat mereka kagumi. 

Apa yang teman suka tentang buku ini adalah kerana mengandungi bahagian titipan penulis. Anekdot sepanjang perjalanan telah menjadikan buku ini menarik. Topik-topik yang lain adalah pelajaran daripada insan yang mereka temui, makan-makan, tips membeli belah dengan senang hati, kemasukan dan keluar dari Australia, tips menulis trvelog dan Iitinerari perjalanan mereka. 

Di sini, teman ingin mencontohi Dr Yati yang telah tinggalkan senaskhah buku di Port Campbell Hostel.  Dr Yati telah melihat bagaimana buku-buku dalam pelbagai bahasa tersusun rapi meraikan penginap asrama yang datang dari pelbagai negara. Begitu juga di State Library New South Wales. Perpustakaan  itu mengalu-alukan derma buku penulisan anda. Dr Yati telah juga mendermakan bukunya kepada Mr Tom, pengusaha Megalong Books Store. Pengusaha itu juga telah memberi senaskhah buku puisi yang diterbitkan sendiri.

Saya membeli buku ini  semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa di Serdang pada 9 Mei 2016. Anda boleh melayari blog kedua-dua penulis di www.msdsh.blogspot.com. Selamat membaca.  
Read more ...