Showing posts with label Osaka. Show all posts
Showing posts with label Osaka. Show all posts

Friday, 10 July 2015

Koniciwa 30 : Hotel Kaga, Osaka.

1 star hotel

Alamat Kaga Hotel :
1 Chome-12-21 Haginochaya, Nishinari Ward, Osaka, Osaka Prefecture 557-0004, Japan




 Kamar Gaya Jepun

Ada TV dan Peti Sejuk

 Ruang balkoni kamar kami

 Ruang Dapur

 Ruang kasut dan ruang front Office 

 Hiasan di luar Kaga Hotel

  Entrance Hotel Kaga

Perjalanan ke hotel Toyo dari hotel kaga

Review saya tentang Hotel Kaga. Hotel Kaga sesuai untuk mereka yang low budget seperti kami, Satu malam RM50 je. Kami book untuk satu malam sementara menanti Hotel Toyo ada kekosongan. Di sini kami berpisah suami isteri, tinggal di single room. Dan di sini kami perlu bayar apabila menggunakan dapur gas. Kami lebih selesa di Hotel Toyo kerana kelengkapan dapurnya percuma. Satu lagi, kawasan ini penuh dengan gelandangan. Walaupun kawasan ini penuh dengan gelandangan tetapi kawasan ini tetap bersih, tersusun dan kemas. Gelandangan mereka memang jenis pembersih, sopan dan tersusun rapi. Kami lebih banyak menginap di Hotel toyo selama 9 hari di Jepun. Hotel Toyo dan Hotel Kaga adalah berdekatan dengan Shin-Imamiya train station.  
Read more ...

Thursday, 2 July 2015

Kansai International Airport, Osaka

Prayer Room's Kansai International Airport. For Muslim Visitors.

Surau International Airport.
Backpackerbusuk's

Wuduk
Backpackerbusuk's Post

Hari ini entri saya adalah tentang Jepun. Saya rasa nak selang seli di antara Jepun dan Korea. Dua-dua negara pun saya suka. Korea dan Jepun di antara dua tempat yang saya suka lawat di Asia, selain Aussie. 

Dalam entri kali ini, saya hendak bercerita tentang surau yang terletak di tingkat 3, Kansai International Airport. Surau dibuka 24 jam. Suraunya agak sunyi, agak jauh ke hujung.Surau ini agak selesa dan keadaannya sama seperti surau-surau yang ada di Malaysia. Surau diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Dibahagi dua. Ini memudahkan perjalanan kita ke Osaka kelak sebagai musafir.

Terima kasih kepada Backpackerbusuk's Post kerana saya mengambil gambar daripada facebook anda. Buat masa ini, Backpackerbusuk's telah selamat mendarat di Kansai dan telah berjalan-jalan di Osaka. Backpackerbusuk's telah terbang dari Seoul ke Osaka menggunakan Peach Airline dan penerbangan mengambil masa selama satu setengah jam. Semoga Backpackerbusuk's berjaya dengan misinya untuk renewal visa Korea. Semoga backpacker berjaya dengan impiannya, as  travelling is addictive. Wallahualam.  

Read more ...

Sunday, 11 January 2015

Koniciwa 6 ; Mencari Glico Man

Dotonbori

Keterangan tentang Dotonbori  (Wikipedia) :

Dōtonbori is one of the principal tourist destinations in Osaka, Japan, running along the Dōtonbori canal from Dōtonboribashi Bridge to Nipponbashi Bridge in the Namba district of the city's Chuo ward. Historically a theater district, it is now a popular nightlife and entertainment area characterized by its eccentric atmosphere and large illuminated signboards.


One of the area's most prominent features, a billboard for confectionery company Glico displaying the image of a runner crossing a finishing line, is seen as an icon of Osaka within Japan.


Kami hendak ke JR Namba untuk mencari Gilco Man, papan iklan paling terkenal di Jepun. Bagaimana hendak ke JR Namba dari University City ?  Anda naik train di University City, tukar track di Nishikujo dan sampai ke Imamiya tukar track dan akhirnya sampai ke stesen JR Namba. Dari Stesen JR Namba, kami bertanya arah. Mula-mula dengan stesen master mencari pintu gerbang Dotonbori dan kebanyakan dengan orang-orang muda Jepun.     

Kani Doraku Crab

Bandar yang penuh dengan basikal, pengangkutan awam yang popular.

Pintu Gerbang Dotonburi

Menikmati suasana malam yang dingin di Dotonburi

Patung manusia berkaki tanpa badan

Senyuman melebar

Dotonbori Hotel. Anda akan melalui hotel ini sebelum sampai ke iklan Gilco Man. 

Glico Man sign at Ebisu Bridge on the Dōtonbori Canal : The most famous sign in Japan. Pose with him 


Visitors enjoy illuminated billboards, video screens and mechanized signs along the boardwalk

Jalan-jalan di Ebisu Bashi Suji yang terletak berhampiran dengan Jambatan Ebisu dan Glico Man.

Penutup lubang Jamban Osaka


Masa telah sampai untuk kami balik untuk bermalam di Toyo hotel. Ingat bahawa ini baru hari pertama kami. Kami sampai ke hotel awal pagi tadi 9.00 pagi terus simpan anak-anak gajah di luggage room Toyo hotel. 

Kami turun di Shin-imamiya station dari JR Namba lebih kurang jam 10.00 malam. Hotel kami berhampiran dengan stesen Shin-imamiya dan stesen subway Dobutsuenmae. Untuk ke Hotel Toyo, kami guna JR Wide Area pass maka kami turun di Stesen Shinimamiya, keluar sahaja dari pintu stesen terus ke sebelah kanan.

Kamar tido kami di Toyo Hotel 


Rumusan Hari Pertama : 10 Dis 2014

Tempat kembara : Osaka

1. Osaka Castle
2. Universal Studio Japan (USJ)
3. Hard Rock Cafe
4. Dotonbori : Gilco Man

Perbelanjaan :

1. Kansai Wide Area Pass (4 hari Perjalanan)   7,200 yen = RM 210 seorang
2. Sewa Toyo Hotel 1 day 3,344 yen = RM100 untuk satu bilik = RM 50 seorang  
3. Makanan 0, bekal dari Malaysia

Jumlah Perbelanjaan hari Pertama : RM 260.00
Read more ...

Friday, 9 January 2015

Koniciwa 5 : Hard Rock Cafe (HRC, Osaka)

Rock Shop Osaka

  1. Address: UNIVERSAL CITYWALK OSAKA, 6-2-61 Shimaya, Konohana Ward, Osaka, Osaka Prefecture 554-0024, Japan
    Hours:

    Open today · 10:00 am – 11:00 pm


    Lokasi : Berdekatan dengan Universal Studios Japan. (USJ)

 Saya peminat tegar HRC

 HRC, Osaka

 Setiap kali ke luar negara, sekiranya ada peluang akan ke HRC

 Rock Shop

 USJ, Osaka

Cinta dan USJ

 Baju T HRC,  teman (3132 yen = Rm 90)

 Kansai Wide Area Pass teman untuk 4 hari perjalanan (7,200 Yen=RM 210)

Beli  Kansai Wide Area Pass kerana teman bercadang hendak ke Himeji (Barat) , Miabara (Timur) dan Wakayama dan Shirahama (Selatan). Juga bercadang naik  Shinkansen (keretapi laju, bentuk depan macam itik menyudu)
Read more ...

Thursday, 8 January 2015

Koniciwa 4 : Universal Studio Japan (USJ)

USJ, Osaka

Dari Osaka Castle, kami bergegas ke Universal Studio Japan (USJ). Siang malam silih berganti pasti tidak menanti anda. Bagaimanakah hendak ke Universal-city?. Kami guna JR Wide Pass dan JR Map.

Kami naik dari Osakajokoen Station sehingga ke Nishikiyo Station. Turun di Nishikiyo Station, tukar ke track di sebelah untuk ke Universal-city. Petuanya senang, tanya je Station Master. Deme sangat suka membantu pelancong asing. Lebih baik tanya orang muda berbanding orang tua. Orang muda lebih terdedah kepada Bahasa Inggeris dan boleh siap goggle untuk kita.

Apakah itu Universal Studio Japan (USJ) ? USJ adalah satu salah daripada empat theme parks yang terdapat di dunia ini. Tiga daripada theme parks itu adalah Universal Studio Singapore (USS), Universal Orlando dan Universal Studios Hollywood. Universal Studios Japan dimiliki dan beroperasi di bawah USJ Co. Ltd dengan lesen dari NBC Universal.

USJ mempunyai 10 kawasan tarikan. Tarikan ke 10 itu adalah tarikan terbaru dengan tema The Wizarding World Of Harry Porter dibuka pada 15hb Julai 2014. Penceritaan taman tema ini berkisar di sekitar Harry Porter and the forbidden Journey. Kami tidak masuk ke USJ kerana tidak berminat dengan permainan yang ada. Jangan lupa, saya peminat utama Harry Porter. Lagipun, saya telah bermain sakan di Universal Studio Singpore (USS) dulu. Bagai nak gugur jantung di hati dahulu bila saya naik the giant roller coaster . Banyak lagi tarikan lain dalam hidup,contohnya hiking. Saya peminat utama hiking. Hobi ini telah terkubur lama sejak beranak pinak. Banyak melakukan hiking semasa bujang dahulu.  

Universal-city Station

City Walk Osaka

Osaka Takoyak Museum

Tarikan terbaru :The Wizarding World Of Harry Porter 

The Pirate

Universal Studios Mall

Kingkong

Popcorn Papa

Pintu Gerbang USJ

Merry Christmas

Terpikat dengan The Chicken

Kaki Travel Khairuddin

Bersama Cinta tersayang

 Si Cinta merah hitam

Di sini kaki travel mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog kaki travel. Dengan terbitnya entri ini, bermakna saya telah mengirimkan Fridge Magnet Guilin kepada anda yang tersenarai seperti berikut :

Jari Manis, Khir Khalid, Paridah, Nohas, Belog Santai, Kathy R'bain, Plain83, Yana Yani, Acik idah dan Invisible Note. 

Kepada yang lain (pengunjung setia), insyallah saya akan mengirimkan Firdge Magnet negara lain sekiranya ada rezeki dan kesempatan. Terima Kasih rakan-rakan blogger.  
  


Read more ...

Tuesday, 6 January 2015

Koniciwa 3 : Osaka Castle

10 hb Dis 2014 (Hari Pertama) : The Symbol of Osaka (Osaka Castle)

Entri ini adalah sambungan dari entri  Koniciwa 2 :Park Goryo Osaka. Osaka Castle adalah taman yang penuh dengan bunga-bunga sakura pada musim bunga. Bunga-bunga sakura berkembang mekar di sekitar hujung bulan Mac dan awal bulan April. Anda  perlu mengunjungi Osaka Castle pada musim bunga. Begitu indah sampai menusuk ke sukma. Pada musim luruh, bunga- bunga sakura akan mati dan hanya tinggal dahan-dahan sahaja. 


Semasa saya berada di Osaka Castle, hanya pokok momiji (Japanese Maple) dan Ginkgo tree yang tengah keguguran dan masih cantik lagi. Pokok Japanese Maple hanya berkembang indah pada musim luruh sahaja dan tinggal ranting kayu pada musim bunga. Pokok Sakura dan Japanese Maple saling berganti antara satu sama lain. 


Untuk ke Osaka Castle, kita perlu berhenti di Osakajokoen Station di JR Loop Line. Pada masa ini, saya masih beruntung kerana dapat menikmati keindahan daun maple di akhir musim luruh dan di awal musim sejuk.

Berikut adalah keterangan tentang Osaka Castle :      

Osaka Castle (Osaka-jo) was built by the hegemon Toyotomi Hideyoshi, who ruled Japan in the latter half of the 16th century, on the site of a temple called Ishiyama Hongan-ji. The construction work began in 1583 and most buildings such as the castle tower were completed in 1585. 

Its gross area is over 3,300,000 sq m and tens of thousands of people were daily mobilized in its construction. The donjon is five-tiered and nine-storied, and has large golden sea creature ornaments shining on the rooftop. It is claimed that pure gold chasings were set in the corridors. One of the charms of this castle is the beauty of its stone wall. Reportedly, there are 40,000 rocks in the wall.

Legend has it that powerful daimyo from all parts of Japan competed in carrying the large rocks to display their loyalty to the Toyotomi hegemon. The existing castle tower was built in 1931. It has five tiers and is approximately 40 m high. It is the symbol of Osaka.
(Sumber : http://www.jnto.go.jp/eng/location/spot/castles/osaka.html)   
                                                                       
 Otemon (Western) Gate. Anda perlu melepasi pintu ini untuk ke Osaka Castle

Aku, batu-batuan, dan Pokok-pokok Sakura yang tinggal dahan sahaja

Begitu indahnya Osaka Castle

Pohon Maple, Pohon Bonsai Rhu dan Osaka Castle

Aku dan Osaka Castle

Cinta dan Osaka Castle

Japanese Maple dan Pokok Cherry Blossom (pohon beranting) di celah-celah bangunan batu

Central Tower

Ukiran seni bina jepun yang begitu cantik

Apakah yang anda nampak ?

Daun-daun yang keguguran menjadi kegilaan kami.

Aku di bawah Pepohon Pokok Sakura

Langit dan  Air yang kebiruan di celah-celah ranting Pohon Sakura 

Merahnya Mak Ngah

Aku dan Japanese Maple (Momiji)

Ginkgo tree,Japanese Maple dan Pokok Sakura menghiasi jalan-jalan ke Osaka Castle

Sayonara Osaka-jo
Read more ...