Wednesday 30 July 2014

Tuesday 29 July 2014

Maxis Raya 2014 'Kampung'

Selamat hari Raya 2014



Sahabat kawan blogger
Salam Adilfitri
Maaf Zahir Batin 
Semoga bahagia dunia akhirat

Di mana kasih bertamu,
di situlah keluarga bersatu.  
Read more ...

Monday 28 July 2014

Iklan Raya Aidilfitri TM 2014: ADIK

Salam Lebaran buat semua sahabat blogger.



Maaf Zahir Batin
 Semoga kita terus menempuh kebahagiaan dunia akhirat
Amin, Insyallah.
Read more ...

Thursday 24 July 2014

i-City Shah Alam 5 : Space Mission

A Small Step in Space edutainment A Big leap for Mankind.

Space Mission ini best untuk bergambar. Ini adalah attractions kami yang ke 4. Ada dua lagi attractions dalam pakej promo kami yang berkos RM70. Nikmatilah gambar-gambar tanpa huraian. Tengah sibuk. Almaklumlah syawal bakal menjelang tiba. Sedih pasal Ramadhan kian menghilang. Doa semoga kita akan bertemu lagi Ramadhan akan datang. Itu pun kalau diizinkan Allah. kan, perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Tengah nak buat biskuit Semperit dan biskuit Dahlia..Itu resepi yang dikuasai oleh kaum lelaki rumah saya. Bukankah, kalau lelaki itu pandai masak, itu sexy namanya...hihihihi

















Read more ...

Wednesday 23 July 2014

i-City Shah Alam 4 : WaterWorld

Get Ready for Wet & Cool Fun !

Attraction yang ke 3 dalam pakej kami adalah WaterWorld. Kami tak bergambar dalam Water World pasal takut camera rosak. Nanti le kami beli sampul water proof untuk kamera. Semasa kami bercuti di Sydney tempoh hari ada jual. Kami jumpa sampul water proof di Paddy market, Sydney buatan Korea. Kami akan beli semasa kami bercuti di korea nanti. Travel jangan tak travel selagi ada masa, fulus dan peluang.  

 Entrance ke WaterWorld i-City



Ride the Ultimate Tornado : 1st in Southeast Asia

 Ikan Merah minta nyawa

 Cinta & WaterWorld i-City

Gelungsor Air / Slide

Pandangan Atas WaterWorld i-City

Salah satu pakej promo. i-card RM50 untuk 5 attractions sahaja. Kena entry before 6 pm. Harga adalah berubah-ubah mengikut musim dan promo.  Kami punya RM70 untuk 6 attractions termasuk Trick Museum. Kami punya entrance ke setiap attractions sehingga i-City tutup.


AC Mizal tengah buat shooting di Red Carpet untuk Hari-Hari Raya 2014.

Waterworld antara tempat yang menjadi tumpuan para pengunjung i-City. Pelampung tiub adalah percuma, cuma anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar ke dalam Waterworld. Ada di jual dalam Waterworld. Anda boleh sewa locker. RM5 untuk satu loker untuk simpan barang anda. First Aid Room pun ada dalam Waterworld. Waterworld tempat yang perlu anda kunjungi kerana anda akan berasa seronok tanpa batasan bersama mereka yang tersayang. Jangan lupa ride the ultimate Tornado 1st in Southeast Asia.
Read more ...

Tuesday 22 July 2014

i-City Shah Alam 3 : House of Horror

Seram, Mistik dan Misteri

Pakej kami ada 6 attractions. Ini attraction kami yang ke 2. Yang pertama, red carpet. Kami beli satu pakej sekali gus supaya dapat murah. Macam-macam promosi ada. Anda harus alert supaya dapat pakej penjimatan. Tengok kat situ kemasukan ke House of Horror adalah RM25 untuk adult (pemegang Mykad). House of Horror terletak bersebelahan dengan Red Carpet Wax Museum. Mereka menggunakan teknologi 3 D dan terdapat 6 bahagian yang pastinya memberikan anda pengalaman yang tidak kurang hebatnya.

Saya tak dapat ambil gambar di dalamnya. Bukan pasal apa, takut terjatuh kamera kami yang mahal. Kos repair lagi tinggi. Bukan kerana deme tak bagi. Bagi tu, boleh ambil gambar. Last-last bila dah keluar dari House of Horror tak seram langsung. Kan, pandangan dan persepsi kita tidak sama antara satu sama lain. Kahkahkah! Rumah hantu i-City Shah Alam.  

 Berjiran dengan Red Carpet

Cinta

 Wajah House of Horror

Seram, Mistik dan Misteri

 Tangan ku sayang

Jom ke masuk ke House of Horror.

 Kungfu Panda

Khas buat Cinta,
Dalam tegas, ada lembutnya,
Dalam marah, ada sayangnya,
Dalam cemburu, ada rindunya,
Dalam teguran, ada gurauannya.

Read more ...

Monday 21 July 2014

i-City Shah Alam2 : Red Carpet

Malaysia's First All-Stars Interactive Wax Museum

Ini antara tarikan utama di i-city.  Red Carpet Wax Museum adalah antara 7 tarikan dalam pakej RM70. Ada lebih kurang 100 patung lilin seperti Angeline Jolie, Mr Bean, Tuanku Abdul Rahman bapa kemerdekaan Malaysia, Baracak Obama, David Schumacher dan banyak lagi. Saya berasa seperti seorang artis berjalan di atas red carpet ohsemmm sangat. Jangan lepas peluang keemasan untuk melawat Red Carpet.  

 Selamat datang ke Red Carpet


Antara Mr Vladimir Putin dan  Mr Baracak Obama

 Prince William & Kate Middleton

 Napoleon Bonaparte

 Steve Job

 Mr Bean

 John Travolta

 Funny W.C : Anda harus masuk ke tandas ini. Apakah perasaan anda selepas itu? 

 Mr. Muscle

 Magical World

 Gangnam Style
Read more ...