Showing posts with label Georgetown. Show all posts
Showing posts with label Georgetown. Show all posts

Saturday, 2 February 2019

Ais Tingkap Lebuh Tamil

Alamat Ais Tingkap Lebuh Tamil adalah seperti berikut : Lebuh Tamil, 10100 Penang. Tempat yang harus anda kunjungi apabila ke George Town, Penang.

Lokasi adalah berdekatan dengan Chowrasta Market, George Town Penang. Waze je. Perniagaan yang bermula sejak tahun 1928. Sekarang adalah generasi ketiga. Ais tingkap atau air sarbat mengandungi biji selasih, isi kelapa,sirap ros, air kelapa dan ais. Saya memang suka,sedap rasanya. Selain itu, ada juga dijual  cendol, coconut shake, dan ais kacang seperti yang disenaraikan dalam gambar dibawah. 



 Harga yang berpatutan

 Air Sarbat

 Penang Famous Ais Tingkap

 Merahnya.

Jangan lupa singgah sekiranya anda berada di George Town. 
Read more ...

Tuesday, 24 November 2015

Roomies, Batu Ferringhi

Batu Ferringhi, Penang.

Misi menjejak hostel hipster harini terletak di tengah perbandaran batu ferringhi. Jarak dengan pantai cuma 200 meter. Lokasi sebelah balai polis batu Ferringhi. Sebelum Hard Rock Hotel.

Facilities serius hipster habis dan selesa. Front door pasword protected, high speed wifi, reading and pc section, balkoni for chills, dan ada beberapa biji violin untuk diguna kalau pandai main. This is ROOMIES!

Boleh lepak di roof top. Tengok view. Gila  Lepak di atas ni. Boleh buat steamboat, BBQ dan tengok movies malam-malam di roof top.

Nak murah book di agoda. com (RM30 ).  Walk in harga lain. Lebih mahal di musim cuti. Ada FB, Roomies, Penang. Tel : 0174636506

Ada open dorm, studio room ada dan cinema room. Dorm ada 10 katil dalam bilik bahagi ikut partition, studio room boleh stay untuk 4 orang dan cinema room untuk 6 orang ke atas.


Kredit : Zaid Rodzuan II (face book)

 Sahabat kita, Zaid di Roomies

The Dorm

The Roof Top : macam-macam boleh buat di sini.
Read more ...

Sunday, 19 April 2015

Mai Ceq Mai Penang

Georgetown : Eat, Drink, Play and Fun. Don't forget Allah swt.


Jom tengok itinerary saya ke Pulau Pinang. Kita mulakan dengan tempat tinggal. Back pack hostel. Share toilet. Ada dua tempat yang best. Sesuai untuk Backpackers Buddies. Satu, Roommates Penang.

Disyorkan oleh Taufiq Helios. Penghulu Krabi yang cadangkan, Saya Reez.

RM 30 per night dan berhawa dingin. Alamat di no 17B Chulia Lane, Penang. No phone : 04-2611567. Http ://www.roommatespenang.com/

Taufiq Helios. Bilik untuk dua orang. Ohsemm ada langsir siap.

Boleh booking melalui email : roommates penang@gmail.com. Face book : Roommates Penang.

Kedua, Face book : Dreamcatcher Travelers Refuge (Beg & Breakfast) di No 3, Lebuh Klang Georgetown. No talian : 0176909622 dan 0122252946. Time : 800am sampai 8pm. Tempat ini disyorkan oleh Izzat Farhaan Rashid. Katanya bilik single pun murah. Lobi pun best.  


Dreamcatcher Travelers Refuge


Di Georgetown, ni ada banyak kedai jeruk. Penang terkenal dengan jeruk-jeruk yang sedap belaka. Terutama Jeruk Pak Ali.

Boleh makan pasembuqq. Prasambor Padang kota best. Tapi kalau tak kena timing boleh kena cekik darah. Hati-hati. Kalau tak pi Karim Pasembor budget RM5 sepinggan kat union Street best. Roti Canai kat transfer road.  Cendoi pun best. Cari Mugshots, makan youghurt with jekfruit dan gula melaka. Cari Nasi Kandar di Masjid Kapitan Keling. Nasi Kandar kat Dean Maju kat kampung Jawa paling hot. Jangan pi Line Clear. Mahal dan cekik darah. Tak sebut harga. Bila bayar terkena RM40 sepinggan. Cari Swatow lane, ais kacang buah. Ais kacang Pak Sharip Petronas Kampung Jawa (Bayan Baru) best. Cheese leleh kat Kapitan. Macam-macam ada.

Banyak tempat menarik untuk dilawati. Lawat Straits Quay. Lepak dan view malam cantik. Bukit Bendera pun best. Naik Bus Rapid 101 dari Jetty. Bus rapid senang dan best. Pi Hiking kat National Park. Lepak Padang Kota pun best. Yup Chew Jetty pun best. Pulau Aman pun menarik. Boleh sewa bot ke sana. Penang Art Street pun kena pi. Semua best-best belaka.

Tempat terbaru yang best adalah Escape Park seperti dalam blog Nota Kembara Naramas Aman. Lawat blog :http://nota-kembara.blogspot.com/. Trend Kegilaan baru. Lokasi : 828 Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang. Tak ada 'Roller Coaster' atau 'Ferris Wheel' seperti yang menjadi kesukaan saya. Taman ini telah diinspirasikan dari permainan tradisional seperti galah panjang, tarik upih dan konda kandi. Bayaran : Dewasa RM68 dan kanak-kanak RM48. Dibuka dari Selasa sampai Ahad. (9 pagi sampai 6 petang) Tutup pada hari Isnin kecuali cuti umum. Pakaian wajib : berkasut sukan, berpakaian sukan dan bertopi. Makanan mahal seperti tema permainan yang lain. Loker satu RM10. Ada tandas, bilik mandi, bilik tukar pakaian dan surau.

wongcheetang123.blogspot.com. Kurang sesuai bagi yang takut ketinggian dan gayat. 

Happy food hunting. Cinta tertinggal kat Penang. Nanti bila dah balik Penang, saya story mory. Entah bila nak story pun tak tau. Pasal banyak lagi yang tak story mory. Maklum sibuk dengan kerjaya dan tugasan seharian. Itinerary ini pun dah cukup. Kalau Story karang berjela-jela. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 
Read more ...

Friday, 14 November 2014

Penang : Hop-On Hop Off


JOM KITA RAMAI-RAMAI

Missmunirah Roslan dengan rendah hati ingin menjemput all Buddies to have a ride on the newest attraction in PENANG on 17-23 November 2014 for free. Yes, you read it right, free!!. For traveller's blogger yang nak join the official launching, kindly What's App Missmunirah 012-215 2732 to put your name on. What's App gegedik tak mao layan katanya. 


Map Penang HOHO (nama pendek dia, jenuh nak sbut pjg sgt) hihi. Ade dua route. City route and beach route and ada Stop on Demand and Interchange stop.

Jemputan ini khas untuk traveller's blogger


Read more ...