Showing posts with label Beijing-Xian-Shanghai. Show all posts
Showing posts with label Beijing-Xian-Shanghai. Show all posts

Wednesday, 21 February 2018

Visa ke China (2018)

Permohonan Visa China tidak termasuk ke Hongkong dan Macau

Para Pemegang Paspot Malaysia tidak memerlukan visa apabila melawat Hong Kong dan Macau. Anda boleh tinggal selama 30 hari di Macau tanpa visa. Di Hong Kong, lebih kurang 90 hari tanpa visa.


Hampshire Place Office



Peta Lokasi Hampshire Place Office

Lokasi : Waze atau Google maps

Alamat : China Visa Application Services Centre,
               Hamsphire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur.
               Level 5 (Application) & Level 6 (Payment & Collection). 

Business Hours :   Mon-Fri. Submission of Visa Application : (9am -3pm).
                                Payment and  Collection : (9am-4pm). Hanya pada hari  bekerja sahaja.
                               Tutup pada hari Sabtu, Ahad cuti umum Malaysia.
 Di sini juga disediakan perkhidmatan seperti mengambil gambar, xerox dan percetakan sekiranya diperlukan. 
                

Dokumen yang diperlukan semasa memohon adalah seperti berikut :

(i) Borang Permohonan Visa boleh didapati secara percuma di kaunter Chinese Visa 

ii) Sediakan dua keping gambar berlatar cerah (contohnya, warna putih) bersaiz pasport. 

iii) Bawa passport asal yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.

iv) Perlu salinan untuk passport kita. Salinan yang ada muka depan kita. Kalau tak ada perkhidmatan photocopy disediakan.

v) Cetak tiket penerbangan. Booking hotel untuk sehari memadai.
Sekarang tidak perlu lagi bukti booking hotel lagi, cukup sekadar menyebut tempat penginapan kita di borang. Contohnya saya menulis Shanghai Dock Bunk Hostel, No 55, Hongkong Road, The Bund & North Bund, Shanghai,China.

vi) Saya boleh buat bagi pihak isteri. Tak perlu hadir kedua-duanya dan boleh diwakilkan. Bermaksud, boleh buat bagi pihakorang lain.

vii) Bayaran tunai atau kredit kad dibuat pada hari kutipan nanti.

Perhatian :

One time entry or Single entry 
(i) Normal Services : RM104.20. Collection of visa in 4 working days.
(ii)ExpressServices : RM241.30. 3 working days.
(iii)Urgent Services : RM318.40   2 days working days.

Berapa lama boleh tinggal 

Melancong : Maksimum 30 hari. Bekerja : Maksimum 90 hari (dengan surat jemputan)
Menziarah saudara mara : Maksimum : 180 hari. 

Tidak kira berapa lama anda tinggal harga visa tetap sama. Harga visa adalah berbeza bergantung kepada beberapa kali kemasukan ke negara Cina. Visa ada yang sekali kemasukan (One time entry atau single entry), dua kali kemasukan( Double entry) dan Multiple entry. 

Business visa is for multiple entry only. Tourist visa is just max 2 entries in 6 months.Tourist are unable to apply for six month multiple entry visa.   

You can get a single or double entry visa if your passport expires in less than 12 months,but more than 6 months. You can only get a 12 month multiple entry visa if your passport is valid for at least 15 months. 
   


Read more ...

Monday, 14 December 2015

Tips melancong ke Bejing

Bejing, China


Tembok Besar China, 60 Km dari Bejing


Beijing kurang popular dalam kalangan orang Malaysia berbanding Seoul dan Tokyo. Namun, jika ada peluang, pergilah.Good experience. Ini tips-tips nak melancong ke sana:


1) kalau naik Air Asia, flight akan turun kat terminal 2. Kalau naik MAS kat terminal 3. Kalau nak overnight (macam aku-flight tiba tengah malam) better kat terminal 3. Ramai je tidur bergelimpangan. Lepak kat restoran lama-lama pun ok. Wifi free tapi kena guna passport. Ada free shuttle menghubungkan kedua-duanya. First train ke downtown Beijing 6.30 pagi/CNY25.



2) Nak senang gerak terutamanya subway/train/bus, guna Beijing smart transportation card. Beli kat kaunter. Ala-ala touch n go. Kena letak deposit CNY20, tapi dpt balik time refund.**time nak beli guna tulisan Cina n tunjukkan. Cakap BI tak faham.



3) Tiannamen Square, Forbidden city, Park yang cantik dan Hutong yg cantik (rumah tradisional) terletak berdekatan. Boleh walk. Stop kt subway Tiannamen. 



4) Hostel boleh dapat semurah RM20 camtu. Malah boleh dapat area Tiannamen Square (dlm 15-20 minit walk. Ada juga hotel yg nampak macam bajet. Good base untuk bergerak. Saya stay kt Feel inn Beijing.



5) Nak bergerak, better pergi sendiri. Tapi pastikan tempat korang nak pergi, dalam tulisan Cina (bukan rumi). Orang Cina boleh bantu kita dengan lebih baik sebab majoriti memang tidak faham.  Bahasa Inggeris depa sangat limited macam Jepun. Tapi rasanya service Jepun lagi baik. Harus diketahui, mahal kalau ikut tour. Kalau korang tahu cara nak pergi sesuatu tempat, memang murah gila.



6) Kedai halal banyak kat area Niujie. Turun kat stesen Changchunjie. Jalan lebih kurang 20 minit baru jumpa kawasan halal termasuk Niujie Mosque yang unik. Tapi harus tahu, banyak restoran halal tapi ada arak. Akubelij bli kat gerai biasa.



7) Tandas mereka berbau hancing terutamanya di stesen utama keretapi. Semua tandas tidak ada air. Air hanya ada di sinki.Malah ada tandas yg tidak ada pintu. Namun, kalau kawasan tumpuan tandas macam kat Malaysia (tapi still tidak ada air).



8) Stesen keretapi (bukan subway),boardnya dlm tulisan Cina. Contoh stesen keretapi nak pergi ke Great Wall, fully Chinese Language. Better kaji before pergi. Andaikata korang nak keluar dari Beijing guna Beijing Xi West Station, kat north square ada satu kaunter BI.



9) Kalau kat Beijing, tidak ada rasa macam orang kata yg mereka ni kasar n macam2. Ada ramai yang macam ikhlas membantu. Cuma kadangkala, muka tak mesra esp bile jumpa orang tak tahu langsung cakap BI. So far, mreka xdelah ganggu pelancong. InshaAllah semua ok.



10) Keep Calm dan selamat datang ke Beijing. Rasai betapa indahnya Tembok Besar Cina! Aku pergi time snow sepanjang hari kat kota Beijing. Jadi sempat menikmati keindahan Beijing dalam litupan salju. if winter, sejuk dia memangg lain macam walau -5.memang sejuk.


Kredit : FB (Zul Messi)
Read more ...

Tuesday, 25 August 2015

Manila-Beijing-Xian-Shanghai

Kembara Autumn & Tropika Nov 2015

 Saya harap dapat duduk  di sini buat selamanya menikmati keindahan daun  yang keemasan, merah dan kuning pada waktu musim luruh

Peta Perjalanan Zul Messi

Akibat kejatuhan nilai ringgit yang merundum, USD1 = 4.26 hari ini (25.8.2015), teman ingin tukar destinasi pelancongan daripada Eropah ke China. 

Teman ingin adaptasi kembara Autumn & Tropika 2015 fb Zul Messi yang dipost dalam Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Planning Kembara Autumn & Tropika 2015 ( 9 hari China + 6 hari Philippines)
Kos penerbangan:

1) Kuala Lumpur - Manila - Kuala Lumpur (Air Asia): 
RM221
2) Manila - Beijing & Shanghai - Manila (Cebu Pacific): RM389
Jumlah: RM610.


Macam-macam dalam kepala bila currency jatuh. Macam-macam tempat nak pergi seperti Balkan Country. Namun hasrat ditangguhkan sebab currency Malaysia makin teruk. Sebelum ini dah merancang ke Philippines. Namun, tempoh 2 minggu terlalu lama di sana. Teringin nak pergi negara sejuk seketika. (Inilah kelebihan bergerak solo, boleh suka-suka hati.huhu)

Alhamdulillah, akhirnya, membuat keputusan untuk ke China melalui Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila. Sebelum membuat keputusan ini, saya ada membuat kajian sedikit berkaitan 4 musim di sana. Niat di hati, nak pergi masa Autumn tengah lebat. Lazimnya, Autumn yang cantik di kebanyakan negara ( Hemisfera Utara) pada bulan Oktober sehingga awal November. Namun, cuti saya bermula pada 21 November ke atas.

Bagi kebanyakan negara 4 musim, Bulan November merupakan bulan yang penuh kesuraman terutamanya di Amerika, Eropah, Korea & China. Bulan ini merupakan peralihan di antara Autumn ke Winter. Cari punya cari, akhirnya menemui musim Autumn tercantik (daun-daun merah, kuning & keemasan) di Central Japan terutamanya Kyoto & Osaka. Namun, niat di hati nak menjejak ke China kerana Jepun telah dijejaki. Lagipun, flight ke Jepun mahal dari Manila.

Bulan November merupakan low season di beberapa bahagian di China terutamanya Beijing & Xian, Harbin, Urumqi bersiap sedia ke musim sejuk. Kumming, Guilin, Guangzhou pula masih melalui Autumn. Namun, pemandangan Autumn yang hebat pada lewat November sehingga Disember boleh dijumpai di Shanghai, Hangzhou, Nanjing & kawasan berdekatan. Hangzhou antara kawasan paling cantik di China!Saya sudah bertanya di website tour-beijing berkenaan ini. Mereka mengatakan waktu terbaik ke sana mulai penghujung November.

Jadi, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke sana.Lebih-lebih saya tidak pernah ke China & tidak pernah melawat negara luar pada musimAutumn. Namun ,trip saya turut meletakkan Beijing dan Xian yang kaya dengan budaya serta sejarah. Di tempat berhampiran Beijing juga terdapat pokok-pokok berwarna yang masih cantik pada penghujung November iaitu Mutianyu Great Wall. Beberapa tempat di Philippines juga menjadi taruhan sekitar Luzon Island.

Berikut merupakan sedikit gambaran perjalanan solo saya:
21 Nov: Flight Kuala Lumpur - Manila (Air Asia). tiba di Manila Tengahari. 

Pada sebelah malam flight Manila - Beijing (Cebu Pacific).
22 Nov: Beijing
23 Nov: Beijing
24 Nov: Xian
25 Nov: Xian 
26 Nov: Nanjing - Hangzhou
27 Nov: Hangzhou
28 Nov: Hangzhou - Shanghai
29 Nov: Shanghai
30 Nov: Manila - Taal Volcano
1 Dis : Taal Volcano
2 Dis : Mayon Volcano
3 Dis : Legazpi - Manila
4 Dis : Manila
5 Dis : Manila - Kuala Lumpur

Apa kata kawan-kawan kaki jalan kalian ? Saya tengah hendak mengubahsuai itinerary ini dan merancang ke sana sama ada tahun 2015 atau 2016. Selamat mencuba. 


Read more ...