Thursday 26 February 2015

With love from Taiping : Changkat Jering

Cuti-Cuti Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2015

Trip kali ini adalah sempena Tahun Baru Cina. Juga kerana anak sulong kami, Pegawai Farmasi yang tidak banyak dapat bercuti maklum baru sahaja bekerja . Kami juga ingin berkumpul sekali anak beranak menghabiskan cuti bersama sementara anak-anak masih bujang belaka. Destinasi yang kami pilih adalah ke Taiping dan Kuala Sepetang (Port Weld). Percutian adalah dari 19 Feb 2015 hingga 21 Feb 2015. 

Hari Pertama (19 Feb 2015)

Kami bergerak dari rumah jam 2.00 petang. Masa itu memang jam di jalan raya. Saya ikut jalan persekutuan lama untuk sampai ke Ipoh selatan sebelum sampai ke Kamunting melalui Changkat Jering. Sebelum itu, saya telah guna lebuhraya bermula dari Ipoh Selatan menghala ke Menora Tunnel dan exist di Persimpangan Changkat Jering. Penginapan kami adalah di Intan Homestay Kamunting. Alamat : Akalily Homestay 66, Lorong Jana Setia 1, Taman Jana Setia 3460 Kamunting. Homestay teres 1 tingkat. 3 bilik dengan 2 bilik air. Satu ruang tamu dan ada dapur. Dapur ada tempat memasak, peti sejuk serta peralatan dapur. Kami memilih untuk tinggal di rumah teres pasal kami ada 6 orang dan ingin memasak. Harga satu malam RM170 dan dua malam RM340. Sebenarnya boleh sumbat lebih daripada itu. Pasal bilik utama dan ruang tamu ada air-con. No tel : 013-2088119 atau 0195901086.

Sebelum sampai ke homestay kami telah jalan-jalan di Pasar Minggu Changkat Jering. Pasar Minggu Changkat Jering meriah pada hari sabtu. Hari lain, pasar ini mati. Di sini , saya suka minum kopi cecah dengan lempeng inti kelapa. Pecal Perak pun sedap di sini. Apa sekali pun, saya telah menjadi orang Perak walaupun asal dari Negeri Sembilan. Kami tak masak malam tu kerana masing-masing kepenatan. Kami makan di Saiful Seafood, sebelah Pasar Minggu Changkat Jering. Sedap juga masakan Thailand di sini. Rata-rata tempat sekarang disajikan dengan masakan Siam. Nak makan makanan Perak, kena le bini kome masak. 

Hari Kedua (20 Feb 2015)

1.  Jogging di Taman Tasik Taiping
2.  Muzium Taiping
3.  Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim
4.  Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5.  Stesen Keretapi Kuala Sepetang (Port Weld)
6. Jambatan Kuala Sepetang untuk menikmati suasana matahari terbenam di Perkampungan nelayan
7.  Makan mee udang Kuala Sepetang
8.  Kelip-kelip di Kampung Dew

Hari Ketiga (21 Feb 2015)

1. Kaki Bukit Larut dan kolam renang Kemahkotaan
2. Kilang Kopi Antong
3. Kilang Arang Kg Dew
4. Zoo Taiping

Kesimpulannya, percutian dalam negeri yang menarik untuk bersama-sama orang-orang tersayang. Kita boleh mendapat 5 dalam 1 iaitu Pendidikan (Education Tour), Rasa (taste), Ilmu (Knowledge), Sejarah (Heritage) dan Pendedahan (Experience).
.
 Pasar Minggu Changkat Jering

Pasar yang menjual makanan tradisional Perak 
Read more ...

Wednesday 18 February 2015

Tasik Bera Pahang

Bera Lake 28050 Jerantut, Pahang

Tasik Bera adalah tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang. Tasik ini mempunyai takungan air tawar yang terbesar di Malaysia. Justeru itu , telah berjaya mengekalkan ciri-ciri hutan belantara tanah lembap yang unik dan jauh dari pencemaran. Maka,tapak ini adalah rantau tanah lembap pertama di Malaysia sejak tahun 1994 dan mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera.  Kebanyakan kawasan ini dihuni oleh orang asli Semalai. 



 Bersama Cinta dan Naim

 Bersama ayah (79 tahun), Cinta, Naim dan Nasree
 Pokok-pokok kayu yang tinggi-tinggi belaka 

 Jeti untuk menaiki bot

 Laluan Jeti
 Pulau-pulau hutan paya gambut

 Saujana mata memandang

 Izuan, Hanif, Pipah dan Qayum

 Bersama Cinta

 The Pandanus (Screw pines) Swamp
 Kelisa di darat

Bersama ahli-ahli keluarga di sebelah saya
Read more ...

Sunday 15 February 2015

Kenangan indah di zaman kanak-kanak

Port Dickson, Negeri Sembilan

Sebahagian zaman kanak-kanak saya dihabiskan di Port Dickson. Port Dickson sekarang tidaklah seperti sekarang. Sekarang telah kehilangan segala nostaglia yang saya dirindui. 

Kenangan yang  indah adalah mandi sungai bersama-sama kawan-kawan tidak mengira waktu. Entah ke mana hilangnya. Berjalan merata kampung. Mandi di sungai atau di parit bersama-sama kawan-kawan. Tidak ada siapa yang larang. Berjalan merayau dari hujung kampung ke satu hujung yang lain. Hati sungguh meloncat riang pada waktu itu.


   Sungguh riang gembira bersama-sama kawan-kawan

  Terasa bebas bagai burung berterbangan di angkasa raya

Ingin menjadi seperti kanak-kanak zaman dahulu. Mak ayah pun tidak kisah ke mana hilang anaknya.

Aiskrim Pop kegemaran selepas mandi sungai


Ais krim pop dibelah dua untuk dikongsi bersama-sama kawan.

Gambar adalah dari Timeline photos

Read more ...

Monday 9 February 2015

Konichiwa 18 : Mencari Gion

Hari ini, baru sempat nak update blog. Sibuk bertingkat-tingkat. Malas pun bertingkat-tingkat. Mood hilang ke laut. Entri kali ini adalah tentang mencari Gion. Kalau tak jumpa ,saya akan terus mencari Gion. Mencari Gion adalah salah satu aktiviti yang pasti anda jalankan sekiranya melawat Jepun.

Apa sekali pun dengan mengembara, pengalaman mengembara itu yang mematang dan mendewasakan kita. 

Seperti kata Fatt(Backpacker Busuk)  :  

Sup Ayam Untuk Hati Yang Patah (chicken soup for broken soul) -
Satu pelajaran berguna yang aku dapat dari travel ialah memberi, menerima, melepaskan dan move on. Be in relationship, friendship and ownership. Tiada apa yang kekal. Macam mana kau maintain perasaan untuk tak merasa kecewa, sedih dan terguris adalah satu fasa yg sulit. Tapi bila kau berjaya move on bermakna kau seorang yg kebal.
Insya Allah apa saja yg mendatang selepas itu kau dah tak rasa apa. Sebab hati kau dah jadi batu.
Jadi kawan, apa pun dugaan yg datang, chin up. This too shall pass!

 Lorong demi lorong

 Mencari Gion

 Jalan dan terus jalan mencari Gion

Gion ?

 Cari punya cari sampai ke pintu Gerbang

 Terjumpa payung dan maple

 Jenguk-jenguk ke dalam

 Idea Cinta : Cinta seorang yang kreatif

 Bersama Cinta

Geishaku Sayang
Read more ...

Wednesday 4 February 2015

Santai : Grand Lexis Port Dickson

Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sewa hotel 2 bilik dengan satu swimming pool RM1,000 malam. Wow mahal tapi best. Tak terkata. Senyum je. Ini yang dicadangkan oleh Meng. Supermeng Malaya. Blogger travel tersohor dan otai.


 Kemudahan TV

 Kolam renang yang disediakan dalam apartment 2 bilik

 Bilik mandi

 Kamar Tidor

 Dapor

 Bilik kamar bertentangan dengan swimming pool

 Meja Marble

Cermin Solek

 Apartment di atas air

 Begitu indahnya chalet di atas air


Read more ...

Monday 2 February 2015

Koniciwa 17 : Kiyomizu-dera 2


KIYOMIZU-DERA (Buddhist Temple)

Keterangan tentang kiyomizu-dera

Laluan keluar dari Buddhist Temple

Pandangan Tepi Kiyomizu-dera

Bandar Kiyomizumichi

Pandangan hadapan kiyomizu-dera

Tiang-tiang kayu

Aku dan Kiyomizu-dera

Aku dan Maple

Cinta dan Maple

Air Suci 

Tiang-tiang kayu

Tasik Kecil (Pond)

Buddhist Monk

Menara Jam

Tiket masuk ke Kiyomizu-dera
Read more ...