Showing posts with label Matta Fair. Show all posts
Showing posts with label Matta Fair. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

Jalan-Jalan Matta Fair Mac 2014


March 2014

Sabtu yang lepas, saya (cinta) dan Kekanda MKL telah ke pameran Matta Fair di PWTC. Kami pi dgn bas sebab kalau naik keta dah sah-sah tak sampai Matta Fair tu dek sebab susahnya nak cari parking huhuhu. Kami naik bas dari TM turun kat Masjid Jamek then terus naik tren ke PWTC.

Sampai2 je kat sana, ada la kain rentang 'Pray For MH370'. Sempat la kekanda turunkan otograp beliau. 

Sila jangan segan turunkan otograp..

Pray for MH370




Kekanda dan otograp..


Sampai sana pi kaunter, bayar RM4 dapat beg pink selai dan gelang tangan kertas macam  yg biasa kita dapat kalau pergi taman tema air. 

Masuk2 je kami terus terjah ke Hall 3 yg merupakan ruang pameran untuk pelancongan dalam negara dan sekitar Asean. Kami tak plan nak cari pakej tertentu masa datang ke sini. Saja jalan2 tengok2 kalau ada pakej yg berbaloi baru lah kami beli. 

Banyak juga pakej2 menarik yang ditawarkan. Tapi banyaknya pakej bermalam di hotel masing2. Disebabkan kami ni selalu duduk hotel2 budget je, tawaran pakej bermalam di hotel diorang walaupun murah berbanding harga asal kami pandang sepi je hehehe..

Biasanya kalau ke Matta Fair kami cari tiket masuk mana2 tempat lawatan yg murah mcm USS, legoland, KIdzania etc. Antara tawaran yg menarik kat Hall 3 ni:


1) Aquaria
Bayaran masuk RM28 utk dewasa (harga biasa RM38) dan RM22  (harga biasa RM28) untuk kanak2. Untuk family (2 dewasa dan 2 kanak2) RM99. Berbaloi juga kalau beli tiket ke Aquaria ni. 



Pakej Aquaria


2) Pakej A'Famosa Resort 
Bayaran masuk ke water theme park@ safari wonderland@ old west RM20 setiap satu. utk lunch dikenakan bayaran RM10. Jadi bayaran masuk theme park + lunch hanya RM30. Harga biasa entrance fee water theme park + lunch RM41 dan safari wonderland+lunch RM49. Haa jauhkan beza harga tu. Tapi kalau weekday murah sikit dalam 3/4 ringgit.





3) KL Hop-On Hop-Off City Tour
Konsep bas ni naik-turun sesuka hati. Ia beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi - 8 malam. Tiket yg kita beli sah sehingga 24 jam. Katakan kita naik pukul 4pm hari isnin, esoknya kita boleh sambung lagi naik sampailah pukul 4 pm. Best kan. 

Bas ni akan berhenti di 23 hentian, kalau rasa nak turun kita boleh turun, kalau tak nak turun terus je naik bas tu, xde sape boleh halau kita turun bas melainkan bas tu rosak (mampu ke kita duduk dalam bas yg panas pijor xde aircond hehehe)..

Antara hentian yg bas ni berhenti KLCC, Bird Park, Istana Negara, Masjid Negara etc.

Harga tiket bas ni RM10 sajork instead of RM19 kalau beli kat dalam bas tu sendiri. Berbaloi baloikan. 




23 hentian bas Hop-On Hop-Off


4) i-City 
Bulan jan hari tu i-City ada buka satu attraction baru yg dinamakan Space Mission. Jadi sempena Matta Fair ni diorang buat offer bayaran masuk ke Space Mission + Trick Art Museum RM25 berbanding RM35 harga biasa.

Tawaran yang kedua yg agak menarik ialah Super Fun Day. Promo ni berbaloi-baloi bagi kami. Kita boleh masuk  6 attraction iaitu 1. Space Mission (macam ruang angkasa), 2. red carpet (patung lilin, tapi baru2 ni dah terbakar. xbanyak patung yg tinggal, adik jaga booth tu kata elok datang sini lepas dah siap renovation baru berbaloi datang. Sapa la yg gatai tgn cucuh api kat patung2 lilin tu huhuhu)..3. water world 4. snowwalk 5. trickart museum 6. house of horror. 

Bayaran utk kesemua attraction ni RM70 je berbanding harga asal RM165. jauh beza harga tu. 

Kami siap tanya lagi ada tak hidden cost, mana la tau kan bayar kat Matta Fair RM70 tup2 sampai sana kena bayar macam2 pulak..bukan kena sumpah jadi ladang kelapa sawit, mau kena sumpah jadi padang jarak padang tekukur pulak kang. Tapi kata adik manis tu xde hidden cost melainkan kena bayar RM10 utk sewa kasut bot utk masuk rumah salji. Tapi kalau kita bawa kasut siap2 xpayah bayar hehehe.. 




Kat booth iCity ni tau kami jumpa siapa? angkasawan Malaysia uolssss...nak tgk gambarnya, tadaaaaaaaaaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hahaha lawak je..

5) Singapore

Booth singapore banyak juga buat offer ke USS, Legoland, SEA Aquarium dan banyak lagi la. Tapi disebabkan kami dah ke USS dan Legoland jadi xde la berhajat sgt nak berlama2 kat booth ni.

Cuma yang membuatkan kami teruja rupanya ada satu lagi attraction kat Singapore ni yg kami xtau iaitu Gardens By The Bay. Ada Flower Dome dan Cloud Forest dalam tu. Kalau tgk dalam gambar Subhanallah mmg cantik sangat. Katanya ada lebih dari 500 ribu tumbuh2an. Dari 26 Feb-6 April 2014 ada War of the Roses di Flower Dome (ini mungkin himpunan beribu2 bunga ros) dan dari 14 April - 4 Mei 2014 ada Tulip Mania @Flower Dome (ini mesti banyak bunga tulip kan) waaaaahhhhh sgt teruja. Sgt teringin nak pi.







Banyak lagi tawaran2 kat Hall 3 Matta Fair ni. Tapi kami tak la terjah semua sebab kami pilih yang menarik je (macam la lain2 tu tak menarik ye hehehe. Semuanya menarik tapi kena tgk budget la, takut2 nanti makan nasi dgn kicap je, kicap pun dah mahal skrg ni hihihi)

Lepas selesai di Hall 3 kami pun pergi la ke Hall 1 & 2. Hall 1&2 ni tempat pameran utk lawatan ke luar asean. Macam2 la pakej yg dijual kat sini. Kami just ambil pamplet, peta dan segala maklumat tntg mana2 negara yg kami rasa best utk diziarah nnt. Inshaallah. Antara pamplet yg kami ambik
.
.
.
.


Dalam pukul 3 tu kami pun balik ke Tanjong Malim naik bas di Pudu. Puduraya sekarang dah canggih uolsss. Kalah LCCT. Suraunya bersih, selesa nak solat. Tempat tunggu bas pun beraircond. Memang bagi 5* la.

Itu je entri Cinta utk kali ni. Bye uolssss..
Read more ...

Saturday, 15 March 2014

Matta Fair 2014

JOM  RAMAI-RAMAI KE SINI. MOH KITA.

14 - 16 March 2014
10am - 10 pm
PWTC, Kuala Lumpur



HIGHLIGHTS

  • Live indigenous cultural performances.
  • Live multi-national cultural performances.
  • Buyers' Contest and other contests/redemptions.


Read more ...

Saturday, 21 September 2013

Cuci Mata, Cuti perut & Cuci poket di Kuala Terengganu.

Masjid Kristal
Sumber : Mtmuzu.blogspot.com(Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum)

Cantik sungguh pemandangan di tanah airku di kala waktu senja.
Jom kita cuci mata, cuci perut dan cuci poket di Kuala Terengganu. 

Dapatlah bersantai di pantai, pulau dan tasik. 


Kuala Terengganu di hatiku selalu....akan berada di kuala Terengganu dari 20hb September hingga 26hb September,2013. 
Jom kita jalan-jalan cari makan.    
Read more ...

Sunday, 8 September 2013

Besok 8hb September hari terakhir untuk ke Matta Fair

Matta Fair 2013 (6-8 Sep): Holiday & Travel Promotion Package

JOM KE MATTA FAIR PWTC SEPT 2013
Bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Jam : 10am sehingga 9pm.



Selamat Datang

Bismillahirahmanirrahim
Salam. Semoga pagi yang indah ini diukirkan dengan senyuman di bibir agar resah di jiwa terusir. Hari ini hari kedua. Saya telah pergi pada hari pertama. Hari Sabtu dan Ahad,saya ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Anak saya pergi pada hari kedua. Anak saya pun suka melancong. Ibarat kata," kalau kuah tak tumpah ke mana kalau tak ke nasi. Banyak perkara positif yang kita boleh pelajari. Ibarat kata,"yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan." Saya suka melawat ke ruang pameran Matta Fair. Kita perlu bayar RM4.00 sebagai bayaran masuk. Kanak-kanak di bawah 18 tahun adalah percuma.


Kaunter Tiket

Read more ...

Friday, 6 September 2013

Matta Fair 2013 (6-8 Sep): Holiday & Travel Promotion Package

JOM KE MATT FAIR PWTC SEPT 2013

Pantai Iboih-Sabang di Aceh,Indonesia


Jom Ramai-Ramai Ke Matta Fair 2013
(6-8 Sep) :
 Holiday & Travel Promotion Package.

Bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Jam : 10am sehingga 9pm.

Baca lebih lanjut di 
Link : www.mattafair.org.my

Jom bercuti 

Read more ...