Showing posts with label Bagan Datoh Perak. Show all posts
Showing posts with label Bagan Datoh Perak. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Jetty Bagan Datoh Perak

Hilir Perak

Syukur alhamdulillah, Kami sekeluarga sempat berkumpul adik beradik, ipar duai serta anak-anak buah di Batak Rabit, Teluk Intan. Dalam itu, kami sempat berkonvoi ke rumah kak Ina yang terletak di Bagan Datoh. Kami mengambil kesempatan untuk melawat Jetty Bagan Datoh yang terletak di hilir Perak.

Bagan Datoh adalah terkenal dengan perkampungan nelayan dan hasil pertanian terutama kelapa atau Coconut Paradise’,  Bagoh Datoh adalah pusat pengeluaran kelapa yang terbesar di Malaysia. Tujuan kami adalah melawat Jetty Bagan Datok. Anda boleh memancing ikan, menaiki bot untuk menikmati keindahan  di sepanjang Sungai Perak dan juga menikmati suasana sunset di senja kala. 

Lokasi adalah kira-kira 45 km ke barat Teluk Intan, Perak. Sekiranya anda dari Sekinchan, anda pasti melalui Sungai Besar, Sabak Bernam dan terus ke Bagan Datok. Guna waze je. 


Tebing sungai di sebelah kanan Jetty

 Keluarga bahagia

 Semoga hubungan sesama kita kekal sampai ke Jannah

 Aku blogger dan Cinta

Yang Comel Yang kacak

 Kampung Air di sepanjang tebing Sungai Perak

 Langit berawan yang begitu indah di mata seorang blogger

 Pemandangan Jetty Bagan Datoh

Semoga kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehin

 Kasih ibu membawa ke syurga

 Penghujung Jetty Bagan Datoh

 Pemandangan di sepanjang tebing Sungai Perak, di sebelah kiri Jetty Bagan Datoh

 Ada juga taman permainan kanak-kanak

Banyak juga pusat menjamu selera di sekitar pekan Bagan Datoh

Read more ...