Showing posts with label Padang. Show all posts
Showing posts with label Padang. Show all posts

Wednesday, 8 August 2018

Green House Lezatta, Bukit Tinggi

Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
Green House Lezatta terletak di Jalan Raya Bukittinggi-Payakumbuh, km 9.5, Kabupaten Agam, Sumatera Barat.     
Sekiranya anda adalah dari Kota Bukit tinggi, Rumah Hobbit ini berada di sebelah kiri jalan sebelum SPBU Baso. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Tirtasari yang berjarak sekitar kira-kira 30 minit dari Kota Bukit tinggi. Tetapi sekiranya dari arah Pekan Baru, setelah SBPU Baso, adalah  kira-kira 100 meter, di sebelah kanan jalan. 
Akses ke sini melalui pengangkutan awam, adalah dengan menggunakan angkot biru muda dari Aur Kuning
Waktu masuk adalah kira-kira Rp15,000 untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah sekitar Rp10,000
Pemandangan di sini menakjubkan dengan keindahan yang hijau saujana mata memandang. Anda boleh melawat rumah hobbit dan rumah Barbie.  Di sini terdapatnya kolam ikan, warung makanan, dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di sini seperti orkid, kaktus dan tanaman hiasan yang lain. Keluarga anda pasti terhibur dan akan membawa pulang seribu kenangan.  

Green House Lezatta Garden
Imah begitu terpesona dengan bunga-bunga ros 
 Imah berjalan-jalan di sekitar taman bunga.

 Taman bunga yang begitu tersergam indah

 Landskap taman hobbit begitu indah

 Imah dengan pelbagai aksi

 Taman ini bagaikan Indera di kayangan

Imah dan rumah hobbit


 Begitu  indahnya rumah hobbit walau pun senget atau miring. 

Imah dan teman kuliah.

 Imah bersama sahabat seperjuangan di Universiti Andalas

Imah pulang membawa tangisan bahagia, seribu kenangan di taman hobbit.
Read more ...

Friday, 4 September 2015

Pulau Anso Duo, Padang

Pantai Angso Duo Pariaman

Bagi anda yang berkesempatan ke Padang, sila lawat Pulau Anso Duo. Pulau Anso Duo terletak di Kota Pariaman yang kira-kira 56 km dari Kota Padang atau 25 km dari Bandara Internasional Minangkabau memiliki pantai yang indah  dan menawan. Untuk ke sini, anda boleh ke Pulau ini melalui Pantai Gandoriah.

Untuk mendapat pemandangan yang indah seperti menikmati keindahan bukit bukau, sungai dan sawah padi anda boleh cuba menaiki keretapi untuk menuju ke Pantai Gandoriah. Tiket Keretapi adalah berharga  Rp 3.000 dari Stasiun Simpang Haru atau Stasiun Tabing, Kota Padang ke Stasiun Kereta Pariaman. Dari Stasiun kereta Pariaman, anda berjalan kaki seminit dua, anda akan sampai ke Pantai Gandoriah. Untuk ke Pulau Angso Duo dari Pantai Gandoriah, anda perlu menggunakan perahu motor selama 10 -15 minit dengan biaya Rp 35,000 pergi balik sahaja. Perahu Motor terakhir menuju ke sana adalah pukul 15.00 dan untuk pulangnya adalah pukul 18.00



 No perhubungan ke sana tertera di dalam banner

 Naimah dengan kaca-kaca botol yang kreatif

 Pulau Angso Dua yang begitu cantik menawan

 Riang gembira bersama sahabat handai

 Suasana aman damai menghibur hati jauh di perantauan

 Di pantai nan indah

 Di Surau katik Sangko

 Wajah buah kelapa yang kreatif

 Bot untuk ke Pulau Anso Duo dari Jeti di Pantai Gandoriah

Best juga ke Pulau Anso Duo
Read more ...

Friday, 14 August 2015

Lawang Park, Bukit Tinggi

Lawang Adventure Park, Sumatera Barat.


Naimah telah mengelilingi Sumatera Barat dari Padang sehingga ke Bukit Tinggi. Di antara tempat menarik yang disinggah adalah Lawang Adventure Park yang terletak di atas bukit di Maninjau. Anda dapat melihat pemandangan Danau Maninjau yang sangat indah. Di sepanjang jalan anda dapat melihat ladang tebu tersergam indah. Lawang Park adalah tempat untuk beriadah. Fee masuk adalah kira-kira 10,000 rupiah satu kepala. Flying Fox dikenakan 25,000 rupiah satu kepala. Itu adalah salah satu permainan kesukaan kaki travel khairuddin. 

Sekiranya anda berada di Padang, sudah tentu anda tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke Bukit Tinggi yang hawanya sejuk nyaman. Bukit Tinggi terkenal dengan tenunan sulaman tangan yang asli dan cantik.

 Di sepanjang perjalanan ke Lawang Park

      Kelihatan Kabus tebal, udara yang dingin

Bersama-sama dengan teman-teman sekuliah

 Kami berenam sehati sejoli ingin membawa segulung ijazah perubatan demi membalas jasa ibu ayah yang telah membesarkan kami. Itu adalah hadiah teristimewa untuk seorang yang bernama ayah dan ibu.

 Udara yang nyaman, dingin, dan menyegarkan di Puncak Lawang

Seekor Kumbang di antara  kuntuman mawar berduri.
Read more ...

Tuesday, 11 August 2015

Malin Kundang di Pantai Air Manis

Padang, Indonesia

Mahasiswa-mahasiswi Universiti Andalas telah dibawa melawat cerita legenda Malin Kundang yang sangat terkenal di Pantai Air Manis yang terletak di Padang. Kaki travel Khairuddin telah pun melawat ke tempat ini. Di Malaysia, cerita legenda ini biasa dikenali sebagai Si Tanggang, anak derhaka.

Alkisah. Malin Kundang telah disumpah menjadi batu oleh ibu kandungnya. Malin, anak lupa daratan dan telah menderhaka kepada ibunya. Pengajaran buat kita, jangan kita sekali sekali menderhaka kepada ibu bapa kita. Kita hanya ada satu ibu dan ayah sahaja. Ibu Ayah adalah keberkatan hidup di muka bumi ini. Bertuah hidup pada mereka yang masih ada ibu ayah. Sayangilah mereka selagi mereka masih bernyawa. 

Kaki travel  adalah seorang ayah. Aku selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat. Aku sentiasa memaafkan kesalahan dan dosa mereka. Itu adalah doa seorang ayah setiap hari. Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak-anak, hanya ingin melihat mereka berjaya di dunia dan akhirat. Akhirnya, semua anak, cucu cicit masuk ke syurga.

 Naimah bersama-sama rakan-rakan sekuliah di Pantai Manis, Padang

 Begitu dahsyatnya derhaka seorang anak sehingga disumpah menjadi batu

Jangan sekali-sekala menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita.

 Tali Kapal

 Lokasi Penceritaan Legenda Malin Kundang

Tubuh badan Malin Kundang

 Melompat berganda keriangan

 Melompat berganda keriangan bersatu hati

 Merenung masa depan. Insyallah semua akan kembali ke tanah air membawa kejayaan.

Wajah Naimah bersama-sama sahabat-sahabatnya
Read more ...

Thursday, 6 August 2015

Pantai Gandoriah, Pariaman.

Padang, Sumatera Barat.

Pantai Gandoriah terletak tidak jauh dari Kota Pariaman, Padang di Sumatera Barat. Pantainya landai dan berpasir putih. Ombaknya yang manja membolehkan kita bermain ombak, dan boleh bermandi manda. Banyak pohon cemara tumbuh di sepanjang pantai. Waktu yang paling indah adalah menikmati sunset. Begitu indahnya suasana di kala senja semasa matahari melabuhkan tirainya.

Sekiranya anda ke Padang, jangan lupa singgah di Pantai Gandoriah. Dilampirkan video clip bagi hiburan anda.




Berikut adalah gambar-gambar Naimah di Pantai Gandoriah. 

Bermain-main dengan ombak pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

 Bersama-sama dengan teman-teman sekuliah di Pantai nan Indah

Ini antara pantai yang sempat saya lawat suatu masa dahulu sebelum saya berblog. Kakitravel telah melawat ke sini pada tahun 2008.
Read more ...

Friday, 31 July 2015

Universiti Andalas, Padang

Fakulti Perubatan, Universiti Andalas (UNAND)

Universiti Andalas, adalah universiti tertua di luar Pulau Jawa. Universiti keempat tertua di Indonesia. Didirikan pada 23hb Disember, 1955. Fakulti Perubatan terletak di Kota Padang, di kampus utama, Limau Manis, kira-kira 12 km dari ibu kota Sumatera Barat.

Nama Andalas telah diusulkan oleh Bung Hatta. Andalas, dirujuk kepada nama Pulau Sumatera yang pada masa itu adalah terkenal dengan nama Pulau Andalas. Andalas adalah dirujuk kepada pohon andalas yang mana tumbuhan ini hanya ada di Pulau Sumatera sahaja. Andalas telah ditetapkan sebagai Flora Maskot Sumatera Barat.

Padang terkenal dengan adat minangkabau. Sebahagian daripada waris minangkabau terdapat juga di Negeri Sembilan. Kawasan pelancungan yang terkenal adalah bukit tinggi yang terkenal dengan tenunan kain sulaman yang sangat cantik. Sekiranya anda melawat padang, jangan lupa singgah ke Bukit Tinggi. Bukit Tinggi adalah tempat kelahiran Prof HAMKA, yang menjadi idola saya sejak di bangku sekolah lagi. Saya suka membaca karya-karya Prof HAMKA yang terkenal dengan nilai-nilai keagamaan, falsafah dan kesusasteraan. Beliau juga bergiat cergas dalam bidang politik. Saya suka membaca buku tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Lembaga Hidup, Pandangan Hidup Muslim dan keadilan IIahi. 

 Gambar Kenangan bersama 9 orang pelajar Malaysia di Universiti Andalas, Padang

1Malaysia bersama sahabat keturunan India dari Malaysia

Andalas sebagai kebun buah
Kita akan menjumpai pelbagai jenis tanaman kayu, dan merupakan ciri khas Andalas. Di antara buah ditemui adalah mangga, durian, manggis dan lain-lain lagi. 

 Di depan Universiti Andalas (UNAND)

Air kelapa juga sangat terkenal di Padang, ibu kota Jawa Barat. Makanan dan minuman adalah lebih kurang sama dengan Malaysia.

 Bangunan Andalas adalah kombinasi dari model atap tradisional Minangkabau (tanduk kerbau) dan struktur yang bergaya moden.

Semoga Naimah dan kawan-kawan berjaya membawa pulang segulung ijazah perubatan dalam masa 5 setengah dari sekarang (Julai, 2015). Insyallah, semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu. 
Read more ...