Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts
Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

Mentari terbenam di Pantai Remis

Pantai Remis, Kuala Selangor.

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Tarikan utama di sini adalah untuk melihat matahari terbenam di ufuk barat. Teman adalah peminat utama melihat mentari berlabuh. Kita memiliki satu matahari dan pasti di mana mentari melabuh itulah keindahan yang tetap sama dengan suasana sekeliling yang berbeza. Suasana persekitaran itu yang mencipta keindahan yang begitu indah dalam kehidupan seharian kita. Begitu indahnya hidup sekiranya kita menikmati matahari terbenam di Paris, Venice, Pulau Jeju, dan Melbourne. Mudah-mudahan kita diberi rezeki melimpah ruah seperti butiran hujan yang turun dari langit. 


 Banyaknya kerang yang terdampar di gigi pantai.

 Pemandangan laut yang tak jemu di mata. Kita pasti jatuh cinta dengan laut membiru bergelora.

Paya bakau yang luas terbentang sebagai bentang penghakis ombak.

Belangkas yang sedap dijadikan lauk.

Melihat matahari terbenam adalah tarikan utama di sini.

Langit, laut dan rangka-rangka kayu.

Melihat mentari terbenam cukup menenangkan fikiran.

Mega merah di langit jelas memukau pandangan mata.

Pantulan cahaya di permukaan laut memberi gambaran yang cantik dan mengagumkan.

 Apabila masa sampai kita akan pulang dengan hati yang tenang dan penuh kerinduan. Ada rezeki,insyallah kita akan ketemu lagi. Kita berpisah untuk bertemu lagi. Bukan bertemu untuk berpisah.


Read more ...

Monday, 6 June 2016

Pelbagai Kegiataan di Pantai Remis

Pantai Remis, Kuala Selangor

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Pantai Remis tidaklah secantik seperti Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Tetapi anda masih boleh berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah. Di sini, antara kegitaan utama saya adalah menanti matahari terbenam di ufuk barat. Sementara itu banyak kegiatan lain yang menarik akan berlangsung di Pantai Remis. Antara yang utama adalah bermain layang-layang, mencari kerang atau mentarang, memancing ikan, mandi-manda dan berkelah.

Selain itu, banyak juga kemudahan asas di sediakan di sini seperti tandas awam, bilik mandi, surau, medan selera dan tempat letak kereta.



 Layang-layang terbang tinggi di udara

 Anda boleh santai atau berehat di tepi pantai sambil menanti matahari terbenam di ufuk barat

 Anda boleh juga mengutip kulit siput dan kerang yang banyak terdampar di tepi pantai

 Begitu menariknya layang-layang yang dijual di gerai-gerai tepi jalan.

 Anda boleh bermandi manda di tepi laut.

 Anda boleh juga bermain-main dengan ikan belacak yang banyak terdapat di gigi pantai.

 Aktiviti memancing adalah antara kegiatan utama di sini.

 Saya dan cinta begitu terhibur dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini.

 Abam menjala ikan 

Saya begitu tertarik dengan aktiviti menjala ikan di sini.

Para Pembaca yang budiman,

Bagi yang tidak sempat saya balas mesej atau email, saya minta maaf. Bagi saya sedikit masa. 

Anak ikan di panggang panas,
Makan nasi berlaukkan nanas,
Maafkan saya kerana tidak membalas,
Tunggu sebentar nanti saya balas.


Read more ...