Port Dickson.
Kami sekeluarga telah melawat Bukit Batu Putih, Port Dickson. Lokasi adalah satu kawasan dengan rumah api Tanjung Tuan@Cape Rachado . Viewnya ohsem, rumah api Tanjung Tuan pun cantik. Panjat bukit pun mudah. Akhirnya, anda akan dihadiahkan dengan laut biru yang cantik.
Pandu Arahan :
Gunakan Waze atau Google Maps. Cari papan tanda ke Rumah Persekutuan Port Dickson. Lepas dari Rumah Persekutuan, cari signboard ke PNB Ilham Resort. Bukit Batu Putih terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Pintu masuk adalah sebelah Ilham Resort. Bayaran masuk adalah RM1 seorang sahaja.
Laluan utama masuk hutan adalah jalan tar sampai sebelum anda nampak rumah api Tanjung Tuan. Pendakian adalah mudah. Jangan lupa bawa bekalan air yang secukupnya. Pakai kasut hiking yang sesuai. Baca doa sebelum masuk hutan. Moga selamat dan dipermudahkan urusan mendaki bukit.
Kami bertanyakan pegawai di kaunter bayaran letaknya Bukit Batu Putih. Arahannya jalan sampai nampak rumah api dari kejauhan. Sebelum rumah api, ambil lorong masuk ke dalam hutan di sebelah kanan anda. Di sebelah kiri anda adalah tong sampah hitam. Malangnya, tidak ada sebarang papan tanda langsung. Kami berharap pihak yang berkuasa akan meletakkan papan tanda lorong masuk ke Bukit Batu Putih di masa depan. Jenguh juga mencari atau bertanyakan orang, takut sesat.
Pintu Masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan@Cape Rachardo
Jalan masuk bertar sebelum masuk ke lorong hutan Bukit Batu Putih
Jalan sehingga anda nampak Rumah Api Tanjung Tuan, baru cari lorong masuk ke hutan Bukit Batu Putih
Lorong masuk adalah sebelah kanan anda. Belum ada sebarang papan tanda lagi semasa saya berkunjung ke sini
Bertentangan dengan lorong masuk yang di sebelah kanan adalah tong sampah hitam di sebelah kirinya.
Dr Nassier dan Naim menikmati keindahan jungle trekking.
Jalan ikut trek yang tersedia sehingga anda jumpa sebongkah batu putih.
Anda boleh nampak papan tanda Bukit Batu Putih dari kejauhan sebelum sampai ke destinasi anda
Bersama Cinta
Bersama anak, Dr Nassier
View dari Bukit Batu Putih
Pemandangan indah dengan laut yang cantik
Read more ...