Showing posts with label Broga Hill Semenyih. Show all posts
Showing posts with label Broga Hill Semenyih. Show all posts

Saturday, 5 April 2014

Broga Hill Siri 2

Pendakian turun dari Broga Hill, Semenyih.

Saya begitu teruja apabila mendakit Bukit Broga. Hingga saya terbitkan siri yang kedua. Untuk Siri 1, sila lawat ke link berikut : ttp://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/04/broga-hill-siri-1.html

Selain itu, saya juga suka post Ren tentang Bukit Broga. Pasal lalangnya warna keemasan. Macam emas dengan gaya Ren yang comel lote tu bila meniup lalang warna keemasan. Sungguh awesome. Blog travel Ren adalah Janggeltrekker's Life.  Sila lawat blog Ren seperti yang berikut : http://janggeltrekking2.blogspot.com/search/label/Bukit%20Broga

Sila nikmati gambar-gambar kenangan kami semasa pendakian ke Bukit Broga, Semenyih.

Pohon-pohon renik Broga Hill

Lalang dan Awan

Perjalanan balik ke Bukit ke 2

Lalang yang kelayuan. Lalang blog Janggeltrekker's Life macam kuning keemasan. Sungguh awesome.

Ke Puncak Bukit ke 2

Puncak Bukit ke 3 yang ditinggalkan

Puncak ke 2

Batu, Langit dan Aku 

Di Kejauhan Puncak ke 2 yang ditinggalkan

Naim dengan gaya terduduk santai menuruni bukit

Puncak Bukit Pertama

Puncak Bukit 1 alahai......

Puncak Bukit 1  yang begitu curam berbanding dengan puncak yang lain.

Sebahagian jalanan menuju ke puncak Bukit Broga  

Akitiviti Pelajar U : Bukit ini tempat kegemaran pelajar U tempatan.
Read more ...

Tuesday, 1 April 2014

Broga Hill Siri 1

Pendakian ke Bukit Broga


Assalamualaikum w.t.b., 

Entry kali ini jelajah ke Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Jalan untuk ke Bukit Broga adalah melalui Semenyih-Brinchang. Apabila sudah di track jalan Semenyih-Brinchang carilah sign board ke University Of Nottingham. Jalan terus je sampai nampak papan tanda ke Bukit Broga.

Di atas adalah papan tanda yang  anda akan temui setelah melalui University Of Nottingham.

Jalan yang bertentangan dengan jalan masuk ke Broga Hill, anda akan nampak seberang jalan ada Rabbit Fun Land. Boleh bawa anak-anak mengenali jenis spesies arnab yang ada di situ.

Di kawasan parking lot dan anda akan dikenakan cas sebanyak RM2 untuk kereta. Parking kereta untuk ke Broga Hill adalah di dalam ladang kelapa sawit.

Bagi yang minat untuk mendaki gunung, setelah sampai Bukit Broga setinggi 400m. Bolehlah lanjutkan pendakian ke Gunung Tok Wan.

Suasana ketika mendaki bukit. Menikmati seni akar semulajadi ciptaan Allah yang sentiasa indah dan Dialah yang Maha Besar.

                                             Iklan di atas bukit. Ada yang berminat? haha

    Bukit Pertama merupakan bukit yang Curam dan paling mencabar untuk ke Broga Hill.



               Akhirnya berjaya melepasi bukit yang pertama untuk sampai ke Puncak Broga Hill.

Gambaran bukit kedua yang kena rentasi sebelum sampai ke Puncak Broga Hill

                 Gambaran bukit ketiga yang harus kita lewati sebelum sampai ke puncaknya.

    Tanda kita sudah dekat dengan Puncak Bukit Broga adalah batu besar di atas ini.

 Alhamdulilah, akhirnya sampai dan jejak kaki di Puncak Bukit Broga dengan ketinggian 400m.




Read more ...