Tuesday 31 January 2017

Lucky Bay, Western Australia.

Lucky Bay, Cape Le Grand National Park.

Kami telah berkunjung ke Esperance, sebuah bandar kira-kira 7 jam perjalanan dari Perth. Esperance adalah sebuah bandar yang cantik, kedudukan agak tinggi di atas bukit menghadap ke laut. Anda boleh berpusing-pusing di sekitar bandar Esperance.

Keindahan Langit Esperance . Ramina Yasis Ami

Tujuan utama kami ke bandar Esperance, adalah ingin mengunjungi Stonehenge,  replika daripada stonehenge sebenar yang terdapat di England. Kawasan yang berdekatan juga mempunyai tarikan yang begitu menarik seperti Lucky Bay. Stonehenge replika itu terletak di dalam perjalanan antara bandar Esperance dan Pantai Lucky Bay yang mendapat pengiktirafan 'pasir terputih di Australia'. 

Saya telah menulis tentang Stonehenge pada entri yang lepas. Bayaran masuk ke Stonehenge adalah 10 AUD. Ia dibuka dari hari Khamis hingga Isnin dari jam 8.30-5.00 (Okt hingga Mac) dan 9.30-4.00 (Apr hingga Sep)
Untuk Info lanjut, sila klik link seperti berikut : 

Chinta di Stonehenge, Esperance

Anda perlu memandu kira-kira 40 minit ke timur dari Esperance untuk sampai ke Lucky Bay yang terletak di Cape Le Grand National Park. Pantai ini telah  mendapat  pengiktirafan 'pasir terputih' di Australia.  Anda boleh berjalan di sepanjang pantai pasir yang memutih sejauh 5 kilometer.  Sekiranya anda bernasib baik, seperti saya yang telah berjumpa dengan kanggaru jinak yang bermain-main di tepian pantai. Mereka suka memakan rumput-rumput liar di persisiran pantai. 

Selain itu, anda boleh bermandi manda di tepian pantai yang tidak begitu ramai pengunjung. Pantai yang aman damai dan sunyi sepi tanpa ramai pengujungi. Anda memiliki syurga tersendiri bersantai dan boleh memancing ikan salmon. Ikan Salmon begitu menyelerakan saya. Anda boleh melakukan aktiviti berjalan-jalan di sepanjang trek yang disediakan menikmati pemandangan hutan belukar liar yang begitu meragut mata dan angin musim bunga yang sepoi-sepoi bahasa. Begitu banyak Australia Wild flower di kala itu. Kelihatan juga di laut yang tenang,ikan-ikan paus yang berhijrah dan senang kelihatan di antara bulan Julai dan Ogos se tiap tahun.

Sekiranya anda mempunyai masa, alangkah bahagia sekiranya anda dapat meluangkan masa berkhemah di Lucky Bay. Ada tapak perkemahan di Lucky Bay. Di sini, anda boleh berkhemah untuk sehari dua sambil menikmati keindahan bintang-bintang malam dan berjalan-jalan di pantai diiringi cahaya rembulan. Terdapat kemudahan dapur, bilik mandi dan tandas yang berhawa panas. 


 Lucky Bay, Arm Jay


Read more ...

Tuesday 24 January 2017

Saya & Willer Bus

Saya & Willer Bus
oleh Noor Hidayah Hanapi

Malam ni saya akan bertolak ke Hiroshima menaiki bas malam dari syarikat Willer Express..perjalanan mengambil masa selama 12 jam..
Bertolak dari Shinjuku Expressway Bus Terminal jam 8pm dan dijangka tiba di Hiroshima jam 8.30am
Bestnya bas ni dia ada penutup kepala bentuk cocoon untuk penumpang yang nak tidur..kalau tak nak guna hanya naikkan saja ke atas..kalau nak tidur tarik je penutup kepala tu
Bas ni pun ada plug untuk caj gajet..tapi yang ni bas Mutiara ke Kelantan dari Tanjong Malim pun ada hehe
Tadi saya dah cuba tutup kepala, oomaiii lemas yu olss. 
Malam ni tidor dalam cerah la ye kahkahkah
Update: awek kawai depan saya minta kebenaran nak turunkan sikit je kerusi dia untuk tidur..sikitttt sangat..sepanjang saya naik bas ekspres bertahun-tahun di Malaysia tak pernah penumpang depan minta kebenaran nak turunkan kerusi..kalau boleh diorang turunkan kerusi sampai terbaring atas riba saya

Chinta dan Willer Bus

Penutup muka supaya boleh tidor dengan nyenyak

Ada plug untuk caj

Si Amoi cun meminta kebenaran untuk belakangkan kerusi walaupun sikit je pergerakannya.

😂
Read more ...

Friday 20 January 2017

Mencari Sakura di Jepun

The Beauty of Japanese Spring Time, Sakura
www.yokoso-japan.jp

Begitu indahnya bunga sakura atau pun dikenali sebagai Japanese Cherry blossom, adalah ikon bunga pada musim bunga di negara matahari terbit. Sakura adalah bunga yang diminati saya. 

Yoshino Cherry (Somei Yoshio) adalah jenis pokok sakura yang paling banyak taburannya di tanah Jepun. Menurut Japan Meteorological Corporation, bunga sakura akan berkembang di Tokyo pada 22hb March, 2017. Tetapi bunga sakura akan berkembang sepenuhnya pada 30bh March,2017. Sekiranya, anda tidak berkesempatan, anda boleh juga melawat ke wilayah lain sepertio Fukuoka dan Nagoya pada 23hb March, 2017, diikuti dengan Osaka pada 28hb March, 2017 dan Sendai pada 10hb April, 2017.  


Bunga Sakura mempunyai makna yang tersendiri dalam hidup saya. Pertama kali saya melihat bunga sakura adalah di Bejing, China. Itu pertama kalinya saya ke luar negara. Negara yang pertama yang saya lawati adalah Bejing, China. Pertama kali membawa anak lelaki sulong saya, Dr Nassier. Sekarang Dr Nassier bekerja di Melbourne, Australia. Begitu indahnya bunga sakura di waktu itu. Bunga yang mekar berkembang walaupun cuaca begitu dingin sekali. Saya rasakan hidup ini begitu pendek sekali. Bunga sakura datang dan pergi. Tiap-tiap tahun, manusia pasti menunggu bunga sakura berkembang mekar. Adakah mereka akan dapat melihat lagi sakura di musim akan datang? Atau bunga sakura akan menunggu mereka di Jannah kelak ? Dan kelopak bunga sakura akan gugur satu demi satu bertaburan di lantai tanah. Begitulah gambaran saya terhadap hari-hari yang begitu indah dilalui. Tiap-tiap hari adalah hari terbaik kita umpama sakura yang tetap indah berkembang walaupun dibelai gelombang dingin dan badai angin sejuk musim bunga . Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi kerana telah memberi saya kebahagiaan  dalam mengenali sekuntum bunga sakura yang mekar di hati sampai ke Jannah.

Planning your Hanami
jpninfo.com

Sakura symbolic significane to the people of Japan
gaijinpot.com 
Read more ...

Wednesday 18 January 2017

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com





Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


Read more ...

Monday 16 January 2017

Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto

Oleh Nur Rahman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terletak di Arashiyama, Kyoto, Hutan Buluh ini menjanjikan satu dimensi indah buat pencinta alam. Tiada bayaran masuk dikenakan. Tak mudah untuk mendapatkan gambar, kosong sebegini kerana laluan ini adalah salah satu daya tarikan pelancong di Kyoto. Saya sharekan sedikit tips/teknik untuk minimumkan crowds semasa bergambar.:)
Semoga membantu!



Gambar ini diambil pada Disember 20, 2016. (Kali keenam) — at Arashiyama Bamboo Forest.

Gambar ini diambil pada Mac 14, 2016. (Kali kelima) — at Arashiyama Bamboo Forest. 


Gambar ini diambil pada November 15, 2015. (Kali keempat). — at Arashiyama 


Tips :
1. Jika solo traveler, gunakan tripod/pole berkaki. Jika tidak, pacakkan monopod di celah beg.
2. Connect wifi gajet dengan apps di telefon.
3. Adjust/tetapkan posisi anda melalui skrin telefon.
4. Pastikan ada gap/jarak antara kumpulan pelancong di depan dan belakang anda (mata kena sentiasa alert).
5. Adjust badan anda, pastikan anda menutup kumpulan pelancong di belakang anda. Dan snap.
6. Timing snap itu paling penting. Kalau lambat snap, kumpulan pelancong di hadapan anda mungkin akan termasuk dalam gambar. Dan anda mungkin perlu mengulang step 1-5 lagi dan lagi.
7. Kalau tak yakin boleh snap tepat pada masa, gunakan mode 'burst'. Guna ketetapan/setting 30frames/1sec.
8. Okbai

Untuk pergi sini (guna JR Pass) dari Kyoto Station, pergi ke track nombor 32 atau 33, line JR Sagano atau JR San-in. Kalau nak sampai awal, pilih rapid train, bukan local train, menuju Saga Arashiyama Station.
.
Dari station tersebut, anda perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke lorong masuk utama hutan buluh ni.
.
Sekian.

P/S: tempat yang sama, angle yang sama, gajet yang sama, tahun dan pakaian adalah berbeza. Ini bukan trivago.

Read more ...

Friday 13 January 2017

Jigokudani Snow Monkey Park, Nagano

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini, saya nak kongsi tentang Jigokudani Snow Monkey Park, yang terletak di Nagano.

Oleh Nur Rahman.

 Nur Rahman dan Jalur Gemilang

 Antara laluan yang perlu diredah

 Monyet-monyet berendam dalam ohsen

 Monyet -monyet ini ibarat memakai jaket winter

kebanyakan anak monyet berpaut pada pungkoq ibu 

Jadi, untuk pergi ke sini;
1. naik JR Shinano train dari Nagoya, covered by JR Pass. Ambil masa lebih kurang 3 jam, ke Nagano station.
2. Naik Nagaden Bus (sebelah JR Nagano station), tiket 1400 yen (RM54) satu hala, turun di Monkey Snow Park Bus Stop. 
3. Part mencabar sikit adalah kena trekking lebih kurang 30-45minit untuk jarak 1.8km, dan sampai ke destinasi.
4. Tiket masuk harga 800 yen (RM31) seorang.


Tips : 
1. Boleh juga naik shinkansen dari Tokyo atau mana2 route yang boleh sampai ke Nagano station atau Yudanaka station.
2. Boleh beli Monkey Snow Park 1 Day Pass di Nagaden Nagano Station, harga 3500 yen (RM135.00). Pass ni cover tiket bas pergi/balik, atau train dari Yudanaka station ke Nagano Station pergi/balik serta loop bas, dan juga tiket masuk ke Monkey Snow Park ni.
3. Kalau pergi musim sejuk atau bersalji, pakaian kena proper, terutama kasut. Boleh tahan licin trek. Nak-nak bila nak turun. 
4. Sediakan powerbank (musim sejuk) untuk handphone, dan extra battery untuk kamera seperti gopro. Bateri cepat nauu habisnya.
5. Sentiasa check cuaca semasa (boleh guna apps ACCUWEATHER), jadi, boleh lah bajet-bajet timing untuk dapat snow. 
6. Tempat ni boleh pergi bila-bila masa, cuma nya dah nama pun Snow-Monkey, jadinya lebih best kalau pergi waktu winter dan bersalji.:)

Semoga bermanfaat!

Terima kasih kepada Nur Rahman.

Read more ...

Tuesday 10 January 2017

Back To School Giveaway by Abam Kie

   

 Moh kita menyertai peraduan  Back To School Giveaway by Abam Kie. GA ini berlangsung dari 6 hingga 31 Januari 2017. Seramai 5 pemenang bertuah akan mendapat sekeping magnet peti sejuk dan sebuah notepad tiap seorang. Manakala peserta paling pantas dan terakhir secara automatik akan menerima topup bernilai RM5. Target Abam Kie GA ini mampu menarik 50 penyertaan. Sekiranya melebihi sasaran maka hadiah akan ditambah. Jangan risau, OK? 

 Klik link seperti di bawah untuk menyertai GA Back to School Giveaway by Abam Kie.





Read more ...

Friday 6 January 2017

Itinerary Mencari Sakura di Chiang Mai.

Musim Sakura di Chiang Mai 

Teman teringin menikmati musim sakura di Jepun atau korea. Memandangkan cuti yang tidak mengizinkan, tambah-tambah lagi isteri seorang guru, maka pi Chiang Mai tengok Sakura pun jadi le. Ini teman ambil itinenary dari Meeza Aziz Anjee Temok (face book) dan telah pun mendapat keizinan beliau untuk menyiarkan iti ini. Teman telah pun mengubah suai sedikit dan disimpan sebagai rujukan untuk teman ke sana nanti. 

Meeza Aziz Anjee Temok (face book)

Full itinerary padang besar - hatyai - chiang mai - hatyai - padang besar.
oleh Meeza Aziz Anjee Temok
Total hangus 3500 bht. (RM438.06)

19/12/2016

11am - Selesaikan passport di imgresen Thailand (tips rm 1 dicaj untuk cop passport sebelah thailand) 

A Apabila hendak masuk ke Thailand kena guna border card dan dapat percuma sekiranya mintak dekat kaunter imi.  Kalau orang thai konon nak tolong tuliskan  dan lepas itu akan dicaj rm 2 .
Dari imi thailand ke station van ke hatyai cuma 1km tapi pilih untuk naik motor ke stesen. Bayar 33bht (RM4) (sepatutnya 50bht (RM6) tetapi  kami 3 orang dapat murah sikit)

12pm - padang besar - hatyai tambang 50bht (RM6) perjalanan sejam.

1pm - sampai di hatyai (stesen van) ambil tuktuk ke airport 80bht (RM10) seorang. Dengan tuktuk kena pandai main harga. Takut kena ketuk.

2ptg- solat siap-siap. Boarding time . Flight jam 5pm

8pm - 11pm sampai Chiang Mai . Kami sewa kereta untuk satu hari.   Tokey sewa kereta pickup kami di air port.  Harga 1000bht sehari.(RM125.00). Kami dapat kereta vios baru .
Terus check in hostel .
RAW HOSTEL 200BHT/PAX  (RM25.00)
Raw hostel dekat nite bazaar sekitar 800 meter. Tapi kami ada kereta tidak jadi masalah dengan jarak .
Bila kami sampai ke night market. Tak tahu nak pusing mana 1 terlalu besar. So kami ambik keputusan untuk jalan ke pasar sebelah kanan dahulu. Pasar ni bahagi kepada dua. 1 chang khlan road dan asunarm market. Serius sangat besar . Pasal makanan halal. Jangan risau. Banyak kedai halal cuma yang perlu anda risaukan harga . Nasi putih dengan sup kosong dah 40bht. (RM5) Hehhe nak murah sikit pergi area masjid. Tengah-tengah bandar. Tapi da juga makanan yang mahal. Sebelum makan tanya harga dulu ok . Selesai cuci mata. Makan-makan Terus balik hotel esok nak keluar awal pagi.

20hb - Mencari bunga Sakura

5am - siap solat subuh. Terus drive ke Doi Ang Khang perjalanan mengambil masa 3 jam kelajuan speed. Hehhe. Untuk pengetahuan anda, jalan ke Doi Ang Khang ada dua. Satu yang lambat dan satu yang cepat. Kami pilih yang lambat sebab otw ke sana jumpa tempat lepak perkampungan awan.  Jalan nak ke Doi Ang Khang ni sangat trill. Tapi berbaloi. Suhu di sana waktu otw memang sejuk. Tapi bila sampai ke kawasan sakura dah tak sejuk sangat.

Meeza Aziz Anjee Temok (face book)

Waktu kami pergi 40% sakura dah kembang. Bulan 1 peak season yang 100% sepanjang jalan penuh dengan bunga sakura. Takat kami yang baru 40% ini pun dah sangat cantik.
Fee dikenakan 50bht/pax (RM6) kereta 50bht (RM6)
Sebelum balik dari Doi Ang Khang pastikan semua makan strawberi dia. Manis dan sangat murah cari dekat orang jual dalam bakul 3plastik baru 100bht.(RM12)
Sebelum balik makan dulu di depan pintu masuk, ada 1 kedai makanan halal sebelah kiri bila nak keluar dari pintu masuk. Roti canai dia sedap. Tapi ingat makanan dia harga mahal.

Perkampungan Awan Doi Ang Khang 

6pm - sampai hotel. Kami check in hotel lain pula. Tamada hostel. Rate 5 Bintang. Sebab murah selesa.
TAMADA HOSTEL 260BHT/PAX INCLUDE BREAKFAST (RM32)
Hostel ni betul-betul di kawasan nite bazar. So boleh jalan kaki tok pusing-pusing.

8pm- lepas rehat antar kereta dan sewa moto. Masih sewa di tempat yang sama sebab harga murah berbanding di hostel. 2 biji moto harga 450 bht (Rm56)  sebab ambik moto 120cc dan 125cc so harga lain-lain.
Jalan-jalan di asunarm market plak untuk second day. Shooping. Balik rehat. Massage. Tido

21hb Mencari bunga Tulip

10am- rempit ke Doi Suthep dekat sini dari bandar dekat je dalam setengah jam sampai puncak naik moto plak memang layan dia punya angin sejuk.
Untuk pengetahuan korang nak naik tengok gold temple dekat Doi Suthep kena panjat tangga tinggi juga. Tapi pelan-pelan sampai juga. Fee di kenakan 30bht (RM3.70) sahaja. Parking kenderaan free sahaja. Dekat sini view dia sangat cantik. Kalau di Doi Ang Khang natural view. Di Doi Suthep view bandar. Nampak flight landing . Cuba la datang sini. Seronok juga.

2pm- selesai solat, makan (dekat 7e je) isi minyak 80bht (RM10) setiap moto. Terus ke royal park rajapruek. 
Dari Doi Suthep ke royal park jarak 15km je.

Fee di kena kan 100bht.(RM12). Kalo nak sewa basikal bajet2 korea pusing2 dalam flower garden ni 60bht.(RM7.50) Tapi kami pilih naik train. FREE JE. Setiap 15 minit train akan jalan dan stop di 8 point. Peminat bunga boleh datang sini. Semua bunga pon ada. Boleh refer gambar ok.

8pm - lepas selesai makan. Solat di masjid hidayatul dekat bandar chiang mai. Antar moto. Shopping. Terus overnite ke airport. Rezeki kami dapat songthew bayar 50bht (RM6) dari bandar Chiang Mai ke airport.

Meeza Aziz Anjee Temok (face book)

22hb Chiang Mai - Hatyai

Flight jam 6am sampai hatyai 8am.

Terus cari Songthew bayaran 50bht (RM6)
*perhatian untuk ke teminal bus or van. Korang kena jalan ke luar dari kawasan airport untuk dapat songthew or tuktuk. Diaorg tidak ambil dalam kawasan airport sebab orang teksi marah nanti.

9am- teminal van ke padang besar 50bht (RM6)

10am. Dah selamat balik ke malaysia.

Selesai memburu bunga sakura dan tulip. Very short vacation. Semata-mata nak tengok sakura tulip dan merasa perkampungan awan. 

Apa yang perlu waktu ke chiang mai kalo ikot itinerary anje.
Kalau nak bajet lagi. Bawa makanan sendiri. 
kalai tak tahan sejuk, bawa baju sejuk ke Doi Ang Khang. Boleh camping di perkampungan awan tu. Fee di kena kan 100bht (RM12) 1khemah boleh kongsi 2 orang. Murah kan . 


Dan ANDA PERLU SEWA KENDERAAN. KALO RAMAI BETTER NAIK KERETA UNTUK KE SAKURA. SEBAB JALAN DIA SMOOTH TAPI SANGAT PENING! KALO NAIK MOTO? MOHON TOLAK MOTO ANDA.


Ok sekian full iti dari anje. Boleh share dan like. Sebarang pertanyaan boleh pm, atau komen di gambar di face book. Untuk gambar deal kereta sewa boleh tengok gambar fb owner seperti lampiran  di bawah. Terima kasih.


Read more ...

Tuesday 3 January 2017

Awek Kawai Miyajima Island

Miyajima Island, Hiroshima Island.

Oleh Noor Hidayah Hanapi

Awek kawai nipon malu-malu kucen jumpa retis tanah melayu..

Saya & Awek Kawai

Saya tengok adik ni comel sangat, sedang ayahnya merakam gambarnya berlatar belakangkan tori gate warna oren di belakang tu mulutnya tak henti-henti bercakap
Saya datang dekat ayahnya dan minta izin bergambar dengan adik ni..saya kata anaknya comel sangat..dia cakap sesuatu dengan adik ni, yang saya faham perkataan kawai je..
Bila bergambar ayahnya suruh dia senyum dan sebut perkataan kawai, agaknya sebab tu dia jadi malu macam tu hehehe
Nasib baik ayahnya tak cakap saya kawai, mau saya sorok muka belakang adik tu hahaha

Si Comel Kecil Jepun
Read more ...