Monday 30 March 2015

With love from Taiping : Mee Udang Kuala Sepetang

Menu Istimewa Kuala Sepetang

Kalau anda bercuti atau singgah di Kuala Sepetang, jangan lupa cuba mee udang Kuala Sepetang. Setakat ini saya telah mencuba 3 buah warung mee udang Kuala Sepetang. 

Lokasi Mee Udang. Sekiranya anda dari Taiping menghala ke pekan Kuala Sepetang, anda akan jumpa Warung Mee Udang Mak Teh terlebih dahulu, kemudian Mee Udang Mak Jah. Akhir sekali, Mee Udang Port Weld atau Salleh Stall. Salleh Stall terletak dalam pekan Kuala Sepetang. Salleh stall terletak berdekatan dengan Balai Polis Kuala Sepetang.

Mengikut citarasa atau tekak saya, saya paling suka Mee Udang Mak Jah, diikuti dengan Mee Udang Mak Teh dan akhirnya Mee Udang Port Weld. Lain orang lain rasanya. Itu tekak saya. Rasa kita tak sama. Tepuk dada tanya selera masing-masing. 

Terima kasih Cinta kerana sudi belanja kami anak beranak. Tahniah Cinta kerana naik pangkat ke DG 44. Semoga murah rezeki dan dirahmati Allah S.W.T. selalu.

 Kaki Travel di Warung Salleh Stall atau Mee Udang Port Weld

 Warung Salleh Stall yang asal

 Tambahan Salleh Stall untuk menampung bilangan pelanggan yang semakin bertambah

Sang Helang menerjah

 Mee Udang Mak Jah (khaikerr.blogspot.com)

Mak Teh Mee banjir Udang (Joinme.com.my)
Read more ...

Saturday 28 March 2015

Indon

Jakarta, Indonesia.

Bali, Indonesia


Marilah kita mengamalkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain terutamanya dengan negara jiran tetangga kita. Perkara ' Indon' ini telah diutarakan oleh Saudara Saya Reez dalam FB.

Istilah 'Indo' tidak digemari oleh orang-orang Indonesia. Dahulu saya seringkali menggelarkan orang Indonesia sebagai 'Indo'. Rata-ratanya orang Malaysia suka menggelarkan orang Indonesia sebagai 'Indo'. Ini kerana budaya kami orang Melayu suka kepada ayat-ayat yang singkat. Budaya kami suka memendekkan perkataan yang panjang. Kalau di Korea, kita guna 'Indon' maksudnya 'India'.

Rata-rata daripada kita pun tidak suka panggilan tertentu. Moga-moga kita perhatin akan gelaran terutama kita sebagai backpacker. Orang bangladesh pun tidak suka dilabel sebagai 'bangla'. Saya telah dengan nakal menggusik mereka dengan 'abang bangla'.  No..No...panggil kami 'Abang bangladeshi'. 

Orang-orang Indonesia suka panggil saya orang Malay. Pada mulanya saya rasa kurang senang. Saya lebih suka sebagai orang Malaysia atau Melayu. Orang Malay boleh diterima pakai lagi. Jangan panggil kami 'Malingsia'. Maling bermakna 'pencuri'.  Orang India di Malaysia pun tidak suka dipanggil 'keling'. Bukankah kasar nama kalau kita label orang Indonesia sebagai 'Indogsial'

Macam-macam gelaran. Orang Thai panggil kita 'Malai'. Apapun sekali, ktia sepatutnya guna nama penuh atau sebutan penuh. Sebab kita mengamalkan budaya menghormati orang lain. Jangan sekali-kali mengamalkan budaya yang tidak menghormati orang lain. 

Mengapa istilah' indo' tidak boleh digunakan? Bagi orang-orang indonesia, penggunaannya berkonotasi negatif, melecehkan dan merendahkan martabat masyarakat mereka. Kedua, perkataan itu sudah jelas dan pasti salah dari segi tatabahasa. 

Semoga kita mengambil iktibar dari segala peristiwa yang telah berlaku. Semoga kita mengucap yang baik-baik  kerana semua itu merupakan doa. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Misalnya, kita tidak boleh guna perkataan 'bro' kat Acheh. 'Bro' adalah nama babi yang terdapat di Weh Island. Kita seharusnya bertindak seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.  Maksudnya, kita seharusnya menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan sesuatu. 
  

Read more ...

Thursday 26 March 2015

From Taiping with love : Senja di Kuala Sepetang

Muara Sungai Kuala Sepetang

Kami telah berjalan-jalan di sekitar Pekan Kuala Sepetang. Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. Sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka meninggalkan nostalgia buat kami sekeluarga. Sehingga anak kami, Nassier mengatakan bahawa alangkah bahagianya mempunyai sebuah rumah di muara sungai kuala Sepetang, menikmati senja dan malam hari sambil menikmati secangkir teh.   Kami ingin menikmati dan menghayati mentari terbenam di Kuala Sepetang. Nama asal Kuala Sepetang adalah Port Weld. Dahulunya, Port Weld adalah sebuah pelabuhan yang penting bagi pelombong bijih timah dengan adanya landasan keretapi pertama Tanah Melayu yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld. 

Kuala Sepetang adalah terletak di kuala Sungai yang menghadap Selat Melaka. Kuala Sepetang mempunyai hutan bakau yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Antaranya, kayu arangnya mempunyai nilai komersial yang bermutu tinggi. Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping adalah jiran-jirannya yang berdekatan.  

 Nelayan-nelayan tengah berehat di muara sungai

 Anda boleh menyewa bot sambil menyusuri Kuala Sungai Sepetang

 Deretan rumah tersusun di sepanjang muara sungai

 Deretan rumah dalam air

 Terkenang Kampung air yang banyak terdapat di Sabah,Sarawak dan Brunei

 Bot-bot nelayan yang tersusun indah di tepi muara Sungai Kuala Sepetang

 Para Pelancung menikmati keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. 

 Jambatan Kuala Sepetang, di sini saya menikmati senja mentari di ufuk barat

 Cinta dan anak-anak semua kesayangan abah

 Nassier dan Naim, anak-anak kesayangan abah

 Senja semakin merangkak tiba

Bot-bot nelayan tengah melabuhkan tirainya
Read more ...

Monday 23 March 2015

With love from Taiping : Keretapi Port Weld/Kuala Sepetang

Tinggal Kenangan Stesen keretapi pertama Tanah Melayu laluan antara Taiping dan Port Weld

Selepas melawat Hutan Paya Laut Matang, Kami terus  berjalan di Port Weld/Kuala Sepetang untuk mencari jejak landasan keretapi Tanah Melayu yang pertama dengan laluan di antara Taiping dan Port Weld. Stesyen Taiping adalah stesyen keretapi pertama di Tanah Melayu.  Landasan ini telah dibina oleh Residen British di Perak, Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885. Landasan sepanjang 8 batu (12 kilometer) menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kini Kuala Sepetang). Pembinaan Landasan ini bermula pada tahun 1852 dengan melibatkan kos kira-kira RM37,000 (7,000 pound Sterling).

Tujuan utama laluan keretapi ini dibina ialah untuk menghubungkan kawasan perlombongan timah di daerah Larut dengan pelabuhan terdekatnya, Port Weld. Landasan keretapi itu telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh ke kawasan lombong bijih timah.

Pandu arahnya senang sahaja. Anda kena rajin bertanya. Kami sekadar ingin mencari papan tanda KTM Port Weld. Taukeh-taukeh kedai di sini boleh menunjukkkan di mana letaknya sekiranya anda rajin bertanya atau tunjukkan gambar KTM Port Weld. Landasan ini ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

Landasan keretapi yang asal sekarang telah dihuni oleh deretan kedai dan rumah-rumah yang didiami oleh kaum nelayan. Setiap landasan milik KTM berhad mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTM Berhad. Sekarang yang tinggal hanya papan tanda yang telah dibaik pulih dan dibina semula. Kami telah meronda-ronda dan bersiar-siar di pekan koboi Kuala Sepetang.  


 Pencarian kami bermula dengan S.R.J.K.(C) Poay Eng

  Pencarian yang senang adalah menghala ke kuala Sungai dan berhampiran dengan Jambatan baru Kuala Sepetang

 Banyak juga kereta di sini kerana hari ini adalah tahun baru Cina. Anak-anak pulang dari perantauan

 Panda tanda Port Weld atau sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang

 Kami bergambar di Landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu

 Menyusuri Pelabuhan Port Weld sempena nama Gabenor Sir Frederick Weld

 Ini sahaja yang tinggal sebagai kenangan sebagai stesen laluan keretapi yang pertama di antara Taiping dan Port Weld. Stesyen Taiping adalah sebagai stesyen keretapi pertama Tanah Melayu

Hari ini, ini sahaja yang tinggal untuk diwarisi oleh anak cucu.  
Read more ...

Friday 20 March 2015

With love from Taiping : Hutan Paya Laut Matang

Hari Pertama ( 19 Feb 2015)

Selepas melawat Muzium Matang Ngah Ibrahim, kami terus ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang. Kami berasa bertuah kerana telah dapat melawat hutan Paya Laut yang terbesar di Semenanjung dan sumber Pokok bakau minyak terbesar di Malaysia. Hutan ini terletak daerah Matang, Perak. Selain dapat melihat paya laut di hutan lipur ini, kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini adalah wakaf, tapak perkhemahan, chalet, jeti bot, dan tandas. 
Pusat ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Setakat ini,  tiada bayaran masuk dikenakan. (Sehingga 19 Feb 2015). Secara peribadi, pusat ini sesuai untuk kita mengenali hutan Paya Laut, beriadah, dan aktiviti naik bot di sepanjang sungai hutan Paya Laut Matang. Kira-kira 70 peratus daripada hasil hutannya adalah dijadikan arang dan dieksport ke Jepun dan negara-negara maju yang lain. Lagipun, kualiti arang kayu dari pokok bakau minyak di Kuala Sepetang ini adalah antara arang kayu yang terbaik di dunia. 

 Selamat datang Ke Hutan Paya Laut Matang

 Naimah dan Nadiah 

 Akar-akar kayu kayan menjalar di segenap pelusuk

 Kami keluarga bahagia sampai ke Jannah

 Pohon-pohon menjulang tinggi melangit

 Di celah-celah kayu kayan

Intai-intailah kami 

 Alang aje yang tak bersama kami. Alang tengah menyambung pengajian di Ireland

 Aku, Cinta bersama anak-anak

 Kita boleh menyusuri  sepanjang sungai dengan perkhidmatan bot yang disediakan.

 Aku Kaki travel Khairuddin

Aku Nassier, abang ngah dalam keluarga
Read more ...

Monday 16 March 2015

With love from Taiping : Galeri Pameran Muzium Matang

Larut  dan Matang


Galeri  Pameran Muzium Matang terbahagi kepada dua ; aras atas dan aras bawah. Galeri aras bawah terbahagi kepada tujuh segmen; iaitu segmen gajah Si Larut, Pertanian, Pentadbiran British, Perang Larut, Zaman Pemerintahan Jepun, Perlombongan dan Penjara.  Galeri di atas atas pula mempamerkan segmen mahkamah, maktab, pejabat pentadbiran British, serta pejabat dan bilik tidur Ngah Ibrahim.  

Alat-alat Pertanian Tradisional

Penemuan bijih Timah oleh Si Larut, gajah kepunyaan Che Long Jaafar

Pejabat Zaman Pemerintahan Jepun

Keterangan akan Penemuan Bijih Timah oleh Si Larut

Puak Ghee Hin dan Han San di Larut

Basikal-basikal Tua

Tingkat Dua (Aras Atas) Muzium Matang atau dulu Rumah Ngah Ibrahim

Bilik Tidur Ngah Ibrahim

Pintu Masuk ke Bilik Tidur Ngah Ibrahim

Pejabat British Mahkamah

Bilik darjah suatu masa dahulu

Pejabat British Mahkamah

Pejabat Ngah Ibrahim





Read more ...