Pokok Bunga Tahi Ayam atau nama saintifik Lantana Camara. Juga dikenali sebagai Bunga Pagar.
Bunga ini salah satu bunga kegemaran teman. Teman suka kerana bentuk bunga yang cantik berbentuk payung. Teman suka baunya walaupun kurang menyenangkan. Baunya sesuai dengan jiwa teman. Bunga ini adalah sebagai penghalau nyamuk. Lagipun, jarang dirosakkan serangga atau pun haiwan kerana pokoknya beracun.
Pokok ini mudah disebarkan oleh burung melalui bijinya. Pokok ini pokok beracun. Haiwan-haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri boleh jatuh sakit sekiranya memakannya. Walau apa sekali pun, saya sangat menyukai bunga ini, cantik di mata dan hati teman. Pokok adalah tumbuhan liar di negara kita atau Malaysia wild flower.