ICT Warung Pok Nong, Kuala Terengganu.
Di Warung Pok Nong, anda dapat memilih sama ada ikan celup tepung, udang celup tepung atau sotong celup tepung. Kami memilih ketiga-tiga jenis makanan laut, almaklum semua itu adalah kegemaran kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi bukannya selalu ke pantai timur. Dua kali atau sekali setahun sahaja.
Lokasi. Warung Pak Nong terletak di Mengabang, Telipot. Alamat : Jalan Pantai A 1693, Kampung Kolam Mengabang, Telipot. No tel : 09-6127655/0133517262. Waktu Operasi : 3.30 petang hingga lewat petang. Kordinat : 05.42802; 103.072854.
Sementara menunggu pesanan ICT/UCT/SCT sampai, anda boleh memesan minuman terlebih dahulu. Ada ABC, air batu jagung dan air kelapa. Kaunter pesanan minuman adalah berlainan dengan pesanan makanan.
Sekiranya anda bertanyakan teman sedap atau tidak. Jawapannya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Sedap atau tidak banyak bergantung kepada kesegaran makanan laut yang dihidangkan, tepung yang digunakan ataupun sos itu sendiri. Tepuk dada tanya selera anda sendiri.
Landskap di depan Warung Pok Nong
Wajah Warung Pok Nong
Angin yang tiup begitu kencang sekali di waktu kunjungan teman ke sana
Deretan kedai bersusun atur di depan Warung Pok Nong
Ombak yang begitu mengganas sekali. Percikan air laut sampai ke tepi jalan raya.