Showing posts with label Invaluable Blogger Relations. Show all posts
Showing posts with label Invaluable Blogger Relations. Show all posts

Tuesday, 16 May 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 : Coretan ringkas

Kenangan indah di majlis makan malam sepetang bersama blogger #SBB2017.


 Bersam-sama rakan blogger di meja no 18


Bersama Nor Ariffin Hamzah dan Tuan Haji Amir Denaihati


Tahniah pemenang award #SBB2017
Penyampaian Anugerah :
Most Engaging Social Media 2017 - @Neyrashazeyra
Most Engaging Blog 2017 - kisahemasputih.com
Promising Blogger Group of The Year 2017 - Projek Blogger Utara
Best Foodie Blogger 2017 - Mahamahu.com
Best Travel Blogger 2017 - Projektravel.com
Best Lifestyle Blogger 2017 - Ciklilyputih.com
Blogger of The Year 2017 - Redmummy.com
Digital Economy Champion - MDEC
Fast Growing Social Media Company - Misi Viral

Alhamdulillah Sepetang bersama blogger 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2017 di MaTiC, KualaLumpur. Kami telah berkumpul beramai-ramai di Pusat Pelancongan Malasysia (MaTIC) untuk membina network besar dan menambah ilmu daripada panel-panel jemputan.
Majlis ilmu telah berlangsung dari jam 2.00 petang sehingga 6.45 petang di Dewan Tuanku Abdul Rahman, MaTic. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 sekiranya mengikuti majlis di siang hari. Gala Dinner  & Award Night 2017 telah berlangsung di sebelah malam. Bayaran dikenakan untuk majlis siang dan malam adalah RM50. Sangat berbaloi.Rugi pada sesiapa yang tidak dapat meluangkan masa untuk mengikuti majlis sepetang bersama blogger 2017.

Aturcara #SBB2017 

(Tempat : Dewan Tuanku Abdul Rahman,MaTic)

12.30 - 2.00 petang Pendaftaran
2.00 - 2.30 petang  Majlis Pembukaan
2.30 - 3.30 petang Mini Forum - Blogging dalam dunia ekonomi digital
3.30 - 4.30 petang Datuk Ibu Hanim
4.30 - 4.45 petang Slot istimewa
4.45 - 5.15 petang Rehat Solat dan minum petang
5.15 - 5.45 petang Personal Branding & Affiliate  
5.45 - 6.45 petang Content Mastery & Affiliate
6.45 - 8.00 malam Rehat/Solat Maghrib

(Tempat : Saloma Bistro)

7.00 - 8.00 malam  Ketibaan Tetamu Jemputan & Media
8.00 malam Ketibaan YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
8.00 malam Persembahan Selamat Datang
                    Bacaan Doa
                    Ucapan Aluan Datuk Hishamuddin Yaacob,Chairman/CEO Kumpulan Media                         Karangkraf
                    Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Hajjah Mas Ermieyati                  Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
                    Jamuan Makan Malam & Persembahan
                     Penyampaian Anugerah
                     Sesi Fotografi
  10.30 malam Program Tamat

Untuk pengetahuan para pembaca,Denaihati Network, penganjur sepetang bersama blogger 2017 bermula sebagai sebuah blog peribadi pada tahun 2008 oleh Tuan Haji Amir Hassan(Amir Denaihati). Di blog tersebut, Amir Denaihati telah berkongsi pendapat mengenai pelbagai topik. Pada hari ini, Denaihati.com telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang membawa perjuangan blogger ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa. Denaihati.com telah membawa perjuangan blogger ke arah ekonomi digital. Projek terkini adalah Denaisell.com yang bertujuan memudahkan rakan-rakan blogger dan media sosial menjana pendapatan melalui platform digital.


Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Amir Denaihati dan pasukannya. Moga #SBB diteruskan lagi. 

Kami mendapat banyak manfaat daripada majlis ilmu. Makanan yang beraneka jenis sangat memenuhi selera kami. 

Semoga kita akan merebut setiap peluang dan ruang dalam ekonomi digital sebagaimana disarankan oleh Tuan Haji Amir Denaihati.


#SBB2017
#DenaihatiNetwork

Read more ...

Monday, 13 March 2017

Trafik Blog "Kaki Travel Khairuddin"Meroket sehingga ke Bulan.

Saya telah menyertai Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket".

Dengan tidak disangka-sangka, Sifu HH telah memberi peluang kepada setiap peserta meletakkan satu post  bagi mereka yang inginkan trafik post meroket. Tetapi harus diingat bahawa hanya  one time traffic boost. Beliau tidak menjamin trafik blog akan terus meroket selepas tamat segmen. Sekali pun jadi, asalkan trafik meroket sehingga ke bulan.

"Blog anda akan terima trafik mencanak-canak untuk blog post yang anda berikan link sahaja menerusi segmen ini. Trafik blog anda mungkin akan naik sehingga 10K-30K dalam masa beberapa hari sebaik sahaja penyertaan diterima. Ini hanyalah 'one time traffic boost'. Saya tak jamin trafik blog akan terus meroket selepas tamat segmen ini. (Hasrul Hassan)


Pada 10 hb March 2017, Sifu HH telah meninggalkan komen di blog Kaki travel Khairuddin di bawah Segmen " Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket".

Terima kasih sebab sudi join segmen saya. Maka dengan ini, sebaik sahaja komen ini keluar, saya jamin trafik blog ini akan meroket seperti dijanjikan.
..
Jangan lupa utk share kejayaan trafik meroket di FB dan tag diri saya ye.

Sememangnya, seperti yang telah dijanjikan sesiapa yang join segmen ini akan mendapat trafik blog yang luar biasa. Terima Kasih Sifu HH. Janji telah ditepati selepas blog Kaki travel Khairuddin tersenarai dalam Senarai Peserta Segmen "Hasrul Hassan bantu Trafik Blog Meroket".

Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana blog kaki travel khairuddin meroket sehingga ke bulan pada 10hb March,2017.



Graph of Blogger page views

Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna warni,
Jasamu Sifu HH besar sekali,
Tidak terbalas walau pun seinci.

Terima Kasih daun keladi buat Sifu HH. Kami menunggu segmen seterusnya yang membantu memajukan dunia blogging.


Read more ...

Monday, 18 April 2016

18 sebab anda harus ke Majlis Sepetang Bersama Blogger

Anjuran #DenaihatiNetwork, #SBB2016, #MDeCSBB2106

Upin & Ipin Kembar Siiras

16hb April 2016 telah menjadi satu kenangan yang indah. Sesungguhnya, tarikh keramat itu  telah mencipta sejarah dalam dunia blogging Malaysia. Bagaikan kata, meraikan dan diraikan. Ibarat kongsi dan perkongsian. Hatta,memberi dan menerima. Majlis tahunan kali ke-5 kali ini bermula dari edisi #SBB2012 sehinggalah pada tahun ini di #SBB2016.

Acara ini telah berlangsung di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur. Jam: 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Majlis ini telah menghimpunkan ratusan penulis blog, aktivis media sosial dan usahawan online (Usahawan digital ekonomi) yang telah berhimpun pada acara tahunan sepetang bersama blogger tahun 2016. Syukur alhamdulillah majlis #MDeCSBB 2016 telah selesai dengan hujan renyai-renyai semasa kami masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah. Hujan yang dirahmati Allah SWT, in Shaa Allah. Sambutan yang sangat luar biasa. Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah S.W.T. Kelemahan adalah dari pihak kami, insan yang kerdil.

Wajah-wajah yang riang ria dari pihak para blogger, aktivis media sosial dan usahawan online.

18 sebab anda harus ke Majlis Sepetang Bersama Blogger

1. Majlis Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu di pasaran kini semakin mahal dan telah menjadi barang dagangan. Hanya dengan melabur RM30 seorang, anda boleh mendapat pulangan yang sangat lumayan. Banyak tip berguna dikongsikan dan boleh diaplikasi dalam  dunia bisnes dan blogging untuk menjana pendapatan.

2. Jaringan persahabatan 
Networking yang berguna. Majlis ini merupakan antara perjumpaan yang paling besar buat bloggers Malaysia. Program ini merupakan platform untuk membina networking marketing jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi, 'ekonomi digital' yang sedang berkembang pesat pada hari ini. Dijangka menjadi havoc pada masa depan, sesuai dengan konsep "Futuristic economy" pada masa depan. Ramai blogger, aktivis media sosial dan usahawan online yang membina network daripada #SBB kini semakin berjaya dalam bidang mereka.

3. Cabutan bertuah
Bukan senang hendak mengadakan hadiah cabutan bertuah lumayan untuk blogger sebagai penghargaan. Majlis ini menyediakan 60 cabutan bertuah. Di antara hadiah menarik adalah dari bos Rick Gan dan Asia Herbal Biotech (HQ) yang menaja 20 hamper produk Cordyceps. LED TV 32 inci atau Smartphone, iPad, jam Tawaf Denaihati dan juga pakej Umrah 15 hari 14 malam oleh Simply Umrah adalah antara hadiah besar yang telah disediakan.

4. Para Panel yang terkenal
Di antara yang terhebat adalah Hasrulhassan - sifu blogger, @aqifazizan - master dalam copy writing iklan, @abangensem - figure yang sangat berpengalaman dalam dunia hartanah, Tn. Hj @adpadiputra yang berkongsi bagaimana media sosial membantu kerjaya beliau sebagai seolah artis berjaya. Seorang lagi ikon yang hadir pada #SBB2016 tahun ini adalah Cikgu Tuan Ali Hanafiah Daud - guru Facebook ads. Tuan Ismail Che Ani yang membina empayar perniagaan dan menjana jutaan ringgit menggunakan media sosial dan platform online juga turut hadir memeriahkan majlis #SBB2016 tahun ini.

5. Lokasi yang strategi
Hotel Campbell terletak di sebelah ibu pejabat Polis Dang Wangi, belakang Semua House dan berhampiran Sogo. Kalau yang datang dengan kenderaan sendiri, terus parking di aras 4 parking lot hotel dengan kadar flat rate. Kalau menggunakan kenderaan awam, Bas Go KL (percuma) di hentian Medan Mara. Putra LRT di stesen Dang Wangi dan STAR LRT di Stesen Bandaraya (SOGO). Surau di aras 1 dan tandas berdekatan di tingkat 4. Semuanya sangat strategik dan mudah dicapai.

6. Pengacara Majlis yang santai.
Mr MC kacak Hilal Azmi yang telah mengendalikan #MDECSBB2016 dengan sangat bergaya sehingga berlangsung dengan lancar dari awal sehingga tamat.

7. Makanan yang sedap.
Sajian makanan tengah hari yang sedap. Diakhiri dengan minuman petang mengisi perut yang berkeroncong. Di atas meja ada Codi Coffee, sejenis kopi berkualiti dan juga terdapat madu nanas. Sedap sungguh madu nanas yang ditaja Jus Bob Nanas!   

8. Goodies yang menarik 
  • Antara yang sweet adalah mug daripada @ephyra2u limited edition. 
  • T-shirt#SBB2016 yang simpel dan menarik. 
  • Buku "Mudahnya Berniaga" bernilai RM45.90 dan juga CD Motivasi bernilai RM1XX, pemberian Dr. Azizan Osman. 
  • #doorgift iaitu Kad terkandung 99 Nama Allah dan maksud di  sebalik Nama Allah dari www.akdkahwinku.com. Kecil tapi cukup bermakna. 
  • Sohaini Cookies yang sedap dan lazat rasanya. Semoga cookies bumiputra terus dikenali ramai. 
  • Buku nota #SBB2016 dari blogger untuk blogger.

9. Sahabat blogger yang happening.
Anda semua memang awesome! Antaranya adalah:
  • Akma Omar, peramah habis dan sukses dalam berblogging dan bisnes,
  • Bro Khir Khalid yang jumpa buat kali kedua. Hubungan teman dan Bro Khir semakin rapat dan semoga hingga ke Jannah. 
  • Sis Nur Misnan yang datang jauh dari Brunei yang sangat mesra dan baik hati. 
  • Begitu juga dengan Sis Hanny Abdullah yang cantik rupawan dan mesra. 
  • Bro Nazlan Nasir yang banyak kongsi informasi dan mesra alam. 
Tidak lupa, Uncle Zuan,  Bro Denaihati, Bro Azuan Rafael, Bro Kamil Salleh, Mamat Zeo Unic, Bro Hisyamuddin, Bro Halim Nadzeri, Bro framestone, Bro Eshamzhalim, Bro Boni kacak, Bro HH, Sis Fatin Bella, Bro Reez,Breo Feroz Othman,Encik ST, Bro Mawardiyunus, Bro Nizamijam, Bro Hisyam Den, Bro Adza Danial, Bro Azrizam, Sis Sumijelly, Bro Nor Ariffin Hamzah, Bro Handsome, Sis Ainie Zubir, Sis Ruggedmom,dan Marsitahieta. 

Banyak lagi blogger yang teman tidak sebut di sini. Teman minta maaf. Semoga kita ketemu lagi di masa hadapan. You all are the best. In a nutshell, sangat seronok dapat berkumpul dan berkongsi rahsia berblogging sesama bloggers. 

Meja 4: Para Sahabat blogger.

10. Para penaja yang hebat.
Di antara penaja-penaja adalah seperti berikut :
  • Multimedia Development Cooperation (MDeC): Malaysia Digital Economy Corporation, penaja utama #SBB2016;
  • Richworks Academy (Dr Azizan Osman);
  • Mem Besar Oceanlife2u (Ephyra) Amiza Amiruddin wanita yang sukses dalam kerjaya dan bisnes. 
  • Amna Home. 
  • Yeo's Malaysia. 
  • Zeeta: Magis aura mawar. 
  • ZT ZeeTa. 
  • Upin & Ipin. 
  • Asia Herbal BioTech (HQ).
  • eQurban.
  • Sohaini Cookies. 
  • Abang Ensem. 
  • Jus Bob Nanas. 
  • CVS Production. 
  • Kotak Lensa
  • Adi Putra.
  • Jemaah Bisnis Denaihati.

11. Selebriti yang terkenal.
Haji Adi Putra merupakan seorang artis yang berjaya. Dua ikon yang mesra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza duta ephyra aummm belaka, turut sama hadir. Upin & Ipin yang menciut hati para penonton, ikon kanak-kanak yang terkenal sampai ke Indonesia dan Filipina.  

12. Kad Biz pelbagai rupa. 
Banyak juga bisnes kad yang berjaya dirembat. Di antara kegunaan adalah untuk blogwalking sebagai blogger dan juga untuk networking.

13. AJK dan sukarelawan yang senyum sepanjang masa.
Orang Kuat #DenaihatiNetwork, Pengarah Projek Hisyamudin Fadzil dengan backbone team Denaihati. Teamwork yang padu dan hebat. Juga sukarelawan yang permudahkan segala urusan dalam majlis ini.   

14. Booth Jualan
Oceanlife2u bagi diskaun 50% produk khas untuk para hadirin #SSB2016. Booth Magis Aura Mawar Wangian Harum Semerbak. Anda perlu sediakan wang yang secukupnya.

15. Inspiring person Tuan Haji Amir Founder @denaihatinetwork.
Tuan Haji Amir telah memberi manafaat kepada ramai bloggers dan usahawan online. Semoga usaha beliau akan melahirkan bloggers dan usahawan digital yg sukses pada masa akan datang. Denaihati Network hanya menjadi perantaraan; dengan izin ALLAH juga semua berlaku. Denaihati Network hanya memberi platform untuk anda berjaya.

Teman bersama  Inspiring person Tuan Haji Amir Founder @denaihatinetwork.

16. Mendapat liputan di berita Astro Awani.
Terima kasih Astro Awani kerana menyebarkan event "mesti pergi" setiap tahun. Nama Sepetang Bersama Blogger. Tapi sebenarnya lebih daripada itu. Begitu juga selepas event mendapat liputan yang luas dalam berita Astro Awani. 

17. Pertandingan 
Di antara peraduan adalah menangi adalah percutian ke luar negara bersama AmnaHome fullboard ke Paris atau Amsterdam. Juga Zeeta Magis AuraMawar Wangian Harum Semerbak untuk selfie gambar di Istagram.

18. Peka dengan dunia perubahan.
Dunia bisnes sudah berubah terutama dengan kehadiran FB, Instagram, Youtube, Twitter, blog dan pelbagai media sosial  Ini dikatakan antara media yang paling kreatif dan inovatif pada abad ke-21 ini. Sekiranya anda ingin memanjangkan kitaran hayat perniagaan, anda perlu menggunakan pelbagai media sosial. Jangan menjadi seperti Nokia dan Kodak yang telah tenggelam dalam arus dunia perniagaan. Sama-samalah kita belajar bagaimana menggunakan teknik pemasaran media sosial.

Di sini teman ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas salah silap, terlepas pandang dan terkasar bahasa sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya pertemuan kita, walaupun singkat, sangat besar maknanya. Kepada yang sudi menegur, terima kasih daun keladi. Bagi yang tidak sempat teman tegur dan selfie, in Shaa Allah tahun depan kita jumpa lagi. Kita tidak bertemu untuk berpisah, kita berpisah untuk bertemu kembali. Jauh ke dekat, antara kita, yang penting kita perlu bersatu. Semoga ukhwah silaturrahim sentiasa padu dan diberkati. Amin. 

Terima kasih daun keladi buat #DenaihatiNetwork kerana masih lagi sudi menganjurkan event blogger tahun ini. Semoga ada lagi pada tahun 2017. Ini adalah antara kenangan dalam hidup yang tidak dapat teman lupakan sampai ke akhir hayat. Satu Memori bukan sekadar untuk diingat tetapi menjadi inspirasi untuk kejayaan masa depan. Semoga kita berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat, in Shaa Allah.


Kredit : Denaihati.com dan facebook teman-teman blogger.

Sekadar untuk renungan bersama :


"Tanam padi rumput ikut tumbuh, Tanam rumput padi tak ikut sama.."
Ketika kita menanam padi, rumput ikut tumbuh. Tapi saat kita menanam rumput,tidak pernah tumbuh padi.
Dalam melakukan kebaikan terkadang hal yang buruk turut menyertai. Namun saat melakukan keburukan, tidak ada kebaikan bersamanya.
Jangan pernah bosan untuk berbuat baik meskipun tidak sempurna di mata manusia, asalkan dilakukan dengan ikhlas keranaNYA, sungguh itu akan terlihat lebih sempurna pada pandangan Allah.

"(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.


Read more ...

Tuesday, 29 March 2016

Gurindam Jiwa bersamamu Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016


Gurindam Jiwa 1966


SBB2016 : Sepetang Bersama Blogger.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman akan menghadiri himpunan terbesar blogger yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Perjumpaan kali ini akan menghimpunkan kira-kira 500 blogger seluruh Malaysia. Semoga kita dapat bertemu di sana. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016) akan di adakan di Dewan Cambell Complex, Kuala Lumpur. Tarikh : 16hb April, 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Teman telah mendaftar awal dengan bayaran hanya RM30 seorang termasuk goodies dan sehelai Tshirt. Kalau tahun lepas, Sepetang bersama Blogger 2015 (SBB2015) telah menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah utamanya. Untuk Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016), kita nanti apakah hadiah utama pula? 

Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada perhimpunan ini. Antara lain membuat jaringan bersama rakan-rakan blogger dan barisan penaja yang hebat. Barisan penaja yang hebat adalah seperti berikut :

1 . Amna Home
(denaihati.com)

Kedua, kita boleh menambahkan ilmu melalui perkongsian 'mini forum'. Ketiga , kita berasa teruja apabila  mendapat hadiah yang menarik daripada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan itu. 

Semoga kita berjumpa di sana. Terimalah Lagu Gurindam Jiwa hasil karya Almarhum Hamzah Hussien dan lagunya dicipta oleh Almarhum Pak Wandly Yazid.  

Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Lagu tetap menjadi siulan teman sepanjang masa. Ibarat tak lapok dek hujan tak lekang dek panas. Cerita filem ini telah dilakonkan oleh Seniman Nordin Ahamd dan Seniwati Latifah Omar. 

Moh Kita ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016




Read more ...

Thursday, 30 January 2014

Mom Blogger Top Referral Contest

Jom Sertai Mom Blogger Top Referral Contest 

Assalamu'alaikum  dan selamat sejahtera rakan blogger sekalian.
  
Segmen ini telah dianjurkan oleh Mom Blogger Ummi Hanie.

Hadiah berupa wang tunai disediakan oleh  Mom Blogger Top Referral Contest adalah seperti berikut : 

RM70 untuk top referral no 1
RM50 untuk top referral no 2
RM30 tambahan untuk entri review terbaik

Mom Blogger Top Referral Contest


Peraduan ini berlangsung dari 6 Jan 2014 hingga 6 Feb 2014. Anda boleh menghantar sebanyak mana pun penyertaan. Keputusan akan diumumkan di blog Mom Blooger Ummihanie.com selepas tamat contest,yakni antara 7hb Feb- 10 Feb 2014. Hadiah akan diberi selepas pengumuman pemenang.

Walaupun tinggal beberapa hari lagi, saya mengambil peluang kerana ingin  memberi sokongan kepada ummihanie sebagai rakan blogger.

Kenalilah Mom Blogger Ummihanie

UmmiHanie adalah ibu kepada enam orang anak. Beliau adalah seorang yang penyayang dan penuh dengan ciri-ciri keibuan. Mom Blogger menjalankan bisnes online dari rumah dengan rangkaian produk seperti baju kanak-kanak jenama boboiboy original, tas tangan jenama Coach dari USA original dan menjual pakaian muslimah. Beliau juga menjana pendapatan dengan blogging. Mom Blogger juga menerima job review produk, pengiklanan win-win atau advertorial. 

Review Blog Mom Blogger

Mom Blogger adalah usahawan wanita internet Small Office Home Office (SOHO) sejak tahun 2008. Beliau telah menjana pendapatan dengan bisnes online dari rumah. 

Beliau juga telah juga menjana pendapatan dengan berblogging. Di antara bidang penulisan yang menjadi tumpuan adalah tentang kekeluargaan, gaya kehidupan, travelog, dan SOHO bisnes online dari rumah. 

Saya sukakan blog Mom Blogger yang berwarna lembut dan berlatar putih. Saya telah menimbang berat blog Ummiehanie kira-kira 38.26kb. Berat blog di bawah 100kb adalah baik untuk proses loading yang cepat. Lebih rendah kb lebih cepat proses loadingnya. 

ummihanie.com/blog-tools/timbang-blog/
We took 5.46 seconds to load all content and files from this page
5.46
SECONDS

Saya lebih suka sekiranya Mom Blogger memberi perhatian kepada header. Warna pink sangat menarik. Cuma kurangkan gambar atau item-item yang terdapat dalam header itu sahaja.  


Selamat Maju Jaya buat Mom Blogger, Ummihanie. Semoga bertambah murah rezeki dengan bisnes online dari rumah dan juga menjana pendapatan dengan berblogging. Semoga menjadi ibu mithali di samping suami serta anak-anak tersayang.


JOM SERTAI MOM BLOGGER  TOP REFERRAL CONTEST DAN PENAJA ADALAH :

Mom Blogger Top Referral Contest dianjurkan oleh ummihanie.com dengan kerjasama AnnisaBiz dan Ziefauzi.com“.














Read more ...

Tuesday, 28 January 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Rebutlah peluang menyertai Peraduan Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Para Blogger Malaysia.

Kali ini saya ingin menyertai Peraduan yang dianjurkan oleh blogger Hasrulhassan iaitu Contest Ilmu blogspot Blogger Malaysia. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan iaitu RM400 untuk hadiah utama dan RM200 untuk hadiah tempat pertama, hadiah tempat kedua Rm100, hadiah tempat ketiga RM50 dan hadiah Saguhati RM 20 untuk lima pemenang yang bertuah. 

Saya ingin berkongsi tiga (3) ilmu blogspot yang seringkali menjadi amalan dalam berblogging.  

(a)  Ilmu Teknik SEO

Ramai blogger termasuk saya kurang mahir dalam menggunakan ilmu SEO (Search Engine Optimization). Kita perlu terus belajar agar link blog kita berada di halaman utama muka surat pertama google. Dalam ertikata lain, berada di bahagian atas sekali. 

Untuk Ilmu Teknik SEO ini, anda boleh gunakan 'Ilmu Blogspot Blogger Malaysia' sebagai anchor text. Letakkan link di komen blog lain, di laman ping atau backlink ke blog blogger yang trafiknya tinggi. Contohnya, blog saya ada di blog blogger www.hasrulhassan.com. Selain itu, anda boleh pelbagai keyword anchor text. Contohnya seperti Blogger Malaysia,dan Ilmu Blogspot.         

(b) Ilmu Ping entri anda

Apabila anda ping bererti anda telah menghantar link entri ke laman sosial group blogger dan website yang menyediakan perkhidmatan ping. Contohnya busuk orang, apesal .com dan pingje.com. Saya banyak menggunakan perkhidmatan pingje.com. Selain itu, sebagai blogger, saya menggunakan facebook dan Goggle Plus untuk bantuan trafik yang tinggi dan juga sebagai medium blogwalking. Saya seringkali tinggalkan komen yang positif. Di sini disertakan enam (6) group facebook yang seringkali dikongsi entri terbaru saya . Di antaranya adalah facebook sendiri (MK Pydee), Kelab Blogger, Sembang Blogger, Aku Blogger, dan Blogger Area (ini tempat K.I. T. Semua). Semua pendaftaran yang dinyatakan di atas adalah percuma.


(c) Ilmu Menjana Pendapatan

Saya telah menjana pendapatan dengan meletakkan iklan dari syarikat pengiklanan nuffang. Selain itu, terdapat pengiklanan yang lain seperti syarikat Komli, goggle adsense dan juga 8 share. Mana yang lebih menguntungkan ? Tepuk dada tanya selera.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada semua blogger Malaysia. Kita sebagai blogger semestinya menguasai sedikit sebanyak ilmu berblogging.


Penaja IImu Blogspot Blogger Malaysia


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Read more ...

Tuesday, 3 December 2013

Contest SEO Eridy Bernilai RM500

Rebutlah peluang menyertai Contest SEO Eridy

Contest SEO Eridy adalah  anjuran Eridy, 24 tahun. Eridy adalah blogger dari Sabah dan berkecimpung dalam bidang IT.




Tarikh Contest SEO Eridy
Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini (diawalkan) – 11.12.13 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
Contest bermula : 12.12.13 – 30.12.13
Hadiah Contest SEO Eridy
Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Juara : RM200 x 1
Naib Juara : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6 orang
Syarat Contest SEO ERIDY
Pemenang bagi Contest ini dipilih melalui carian Google bagi keyword "Contest SEO Eridy". Siapa yang berada di page pertama akan menang. Entri mengikut kreativiti tersendiri. Jom join  Contest SEO anjuran Blogger Eridy.

Petua Contest SEO dari Muazfaris com :


Contest SEO Eridy memberi peluang kepada anda dari segi berikut :
1) Belajar SEO dengan penyertaan contest ini.
2) Berkenalan dengan lebih ramai kawan blogger yang sama-sama menyertai Segmen Contest SEO Eridy selain blogger Eridy itu sendiri.
3)Tinjau perkembangan haiwan Google bernama HummingBird yang semakin liar.

Apa yang akan anda buat untuk bermain keyword ini? 
1. Gunakan keyword “CONTEST SEO ERIDY” ini dan jadikan anchor text.  Kemudian letakkan link tersebut di Forum, Website lain, komen blog lain (boleh letak komen dibawah) dan juga di laman ping.
2. Pelbagai keyword anchor text. Jangan gunakan ‘contest seo eridy‘ sahaja. Anda  boleh pelbagaikan viarasi bahasa seperti Pertandingan SEO, Contest SEO Eridy, Contest SEO, Blog Eridy, Contest blog Eridy atau Eridy SEO Contest.  Sumber ini adalah sumber terbaru dari HummingBird.
3. Beli Backlink dari pakar-pakar SEO. Anda boleh juga letakkan link blog anda ke dalam blog blogger yang trafiknya tinggi.

Bagi yang telah menyertainya, boleh semak sama ada entri Contest SEO telah berada di laman utama engine carian Goggle com. Kepada sesiapa yang belum menyertai lagi Contest SEO, maklumat lanjut boleh di perolehi di Contest SEO Eridy.  

Jika anda nak join, klik SINI untuk Contest SEO Eridy.

Read more ...

Friday, 8 November 2013

Website Speed Test

Jom kita timbang blog kita 


Tell a Friend
Website Speed Test
Find out how fast your website loads. Too slow? Perhaps you need to optimize the page or move to a faster server.

 
Link adalah seperti berikut :
http://www.iwebtool.com/speed_test

Hari ini saya hendak timbang blog. Nak tahu sama ada blog saya berat ke tak dan juga nak tahu kelajuan loading blog ini. Jom klik http://www.iwebtool.com/speed_test untuk tengok result terkini....
(eg. iwebtool.com)
#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1kakitravelkhairuddin.blogspot.com194.14 KB0.67 seconds0 seconds



Keputusan adalah seperti tertera di atas :

Nampak gaya memang tak berapa berat dan cepat time nak loading. Kalau tak kenalah  tukar theme dan header agar nampak lain sikit. Bermakna, saya tidak perlu berhijrah, Betul tak kawan-kawan? Sila bagi cadangan atau komen yang berguna buat saya yang baru dalam dunia blogging. Terima Kasih.
Read more ...

Thursday, 7 November 2013

Ping di Facebook


Bantuan untuk Trafik Lebih Tinggi



Sudah acapkali kita mendengar perkataan Facebook ini. Malah jaringan laman sosial ini sememangnya sudah bertakhta di mata masyarakat selari dengan perkembangan teknologi komunikasi yang kini pelbagai sehinggakan ada antara pengguna menjadi ketagih dan memberi impak kurang sihat. Baik buruk terpulang kepada diri sendiri.

Bercakap mengenai Facebook dan Twitter, memang sudah tidak asing lagi bagi pengguna media sosial. dan semestinya antara facebook dan twitter mempunyai peminatnya masing-masing. Fakta yang sebenarnya menunjukkan Facebook mendahului Twitter dari pelbagai aspek. Dari sudut pendapatannya Facebook jauh mendahului twitter sebanyak 5.3 billion berbanding Twitter hanya 422 juta sahaja. Dari segi pengguna yang aktif pada setiap bulan Facebook seramai 1.2 billion manakala Twitter 232 juta sahaja. Untuk bacaan lanjut sila 
Read more ...