Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Tuesday, 22 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris 3 (Pont Des Arts)

Pont Des Arts

Selepas Pont Neuf (Jambatan baru) kami terus ke destinasi yang berikut, iaitu Pont Des Arts. Jambatan di sini adalah jambatan kayu. View sekeliling sangat cantik. Di kejauhan dapat melihat E- Tower dan Seine. Banyak pengembaraan filem dijalankan di sini.

Di sepanjang perjalanan itu, saya telah menemui  dua scam utama. Saya telah disapa oleh beberapa gadis yang ayu. Cantik, ayu dan ramping badan gadis-gadis itu. Gadis-gadis itu menghampiri saya dan bertanya sama ada saya berbicara dalam bahasa Inggeris. Saya membisu seribu bahasa dengan muka yang bengis sekali. Apa pun situasi, gadis-gadis itu tetap menawarkan kita untuk menandatangani seperti petisi. Saya langsung tidak melayan mereka. Setahu saya,apabila anda menandatangani petisi itu, anda harus membayar sejumlah wang. Jika tidak, anda akan diganggu ke mana pun anda pergi sampai anda memberikan mereka sejumlah wang. 

Scam yang kedua sepanjang perjalanan ke Pont Des Arts adalah adalah bergambar dengan patung perak seperti tertera di bawah. Sekiranya anda bergambar dengan patung emas itu, beliau akan meminta Euro 5 (RM25.00). Sekiranya beliau tidak berpuas hati,beliau akan minta tambah lagi Euro 5. Saya langsung tidak bergambar. Saya zoom dari jauh sahaja. 

Scam Patung Perak. Berhati-hati.

 Cinta di sepanjang Sungai Seine dan E Tower. Anda harus bergambar di sini

 Banyak deretan kedai Cendera hati di sepanjang jalan ke Pont Des Arts.

 Jambatan  kayu yang cantik

 Banyak pengambaran filem di jalankan di sini

 Big Bus Paris. Boleh bersiar-siar melihat kota Paris yang cantik.

 Cinta dan Jambatan kayu

                                              Cinta, Jambatan Kayu, E Tower dan Seine  

Kaki Travel Khairuddin dan Jambatan Kayu.

Read more ...

Friday, 18 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris 2

Pont Neuf (Maksud Jambatan baru dalam bahasa Perancis)

Tempat yang banyak pad lock. Sebenarnya, selepas Cathedrale Notre Dame De Paris,kami terus ke tempat yang banyak pad lock. Goggle Maps je, anda pasti sampai ke destinasinya. Jalannya adalah sepanjang Seine River.     


entri sebelum ini adalah seperti berikut :


Paris penuh dengan jambatan. Semua jambatan itu lebih kurang sama sahaja. Saya sendiri pun terkeliru dan menjadi bingung. Ada jambatan yang baru. Ada jambatan yang lama. Saya terpegun dengan keindahan Paris architecture. Saya terasa begitu romantik bila berjalan berdua-duaan dengan Cinta. Terasa badai romantik antara kita berdua. Cinta, sebenarnya seorang gadis yang romantik dan ingin terasa dicintai selalu.


Sebenarnya Pont Neuf (Jambatan baru), adalah jambatan yang lama. Telah difilemkan dalam "The Borune Identity" sebagai meeting place, di penghujung cerita. Di sini penuh dengan love locks. Memahatkan cinta yang agung dalam bentuk pad lock. Tapi sayang seribu kali sayang,di sepanjang perjalanan Seine River ini penuh dengan bau hancing. Saya tak boleh tahan, terasa hendak muntah. Macam orang mengandung pula.



 Pemandangan yang menusuk sukma daku.

Begitu indah tersusun kereta polis.

Anda boleh juga menaiki Hop On Hop Off De Paris untuk melihat sekitar kota Paris.


 Kami berjalan di sepanjang Seine River untuk sampai ke Pont Des Arts.


 Pemandangan cantik tapi bau persekitarannya hancing.

 Paris is a great city and all of its attractions are fabulous. 

"Multiple houseboats moored up along the River Seine, leading towards the oldest bridge in Paris"

Pengunci Cinta disepanjang Pont Neuf. Di sini terletaknya Vedettes Du Pont Neuf.

Cinta dan Love Locks

Penceritaan "Henry IV"

 Bridge with love locks

Beautiful bridge. I was stunned by the view of the Seine and the E-Tower in the distance. Be ready for romance!
Read more ...

Tuesday, 15 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris 1

Cathedrale Notre Dame De Paris

Paris adalah kota Cinta. Juga Kota fesyen. Orangnya lawa-lawa. Saya telah menjelajah ke 6 buah negara di Eropah dalam kembara kali ini. Peranchis, Belgium, Belanda, London, Ireland dan Jerman. Lelaki kacak dan perempuan lawa terdapat di Paris. Fesyen juga terdapat di sini. Orang-orangnya romantik, itu kelebihannya. . Penyeluk saku pun di sini. Peminta sedekah pun di sini. Kawasan pelancongannya pun berbau hancing. Nak muntah saya, itu kekurangan kota Paris.

Kota ini penuh dengan pendatang asing dan gelandangan. Mereka menyumbang kepada kadar jenayah yang berlaku di sini. Berhati-hati. Saya telah banyak membaca tentang situasi di sini sebelum sampai. Memang situasi adalah seperti yang telah digambarkan oleh rakan-rakan blogger. Anda yang ke Kota Paris perlu berhati-hati. Banyak penyangak yang cuba dapat wang anda. Bahagi dan pecahkan duit anda. Asingkan dan letak di tempat yang anda rasa selamat. Jangan letak di satu tempat. Banyak scam di sini. 

Saya sangat berhati-hati di sini. Saya telah menjadi orang yang tidak mesra. Tidak senyum atau muka selalu serius. Tidak menjawab pertanyaan orang. Saya tidak berhenti tengok sebarang pertunjukan di jalanan. Kalau ada pun saya melihat dari jarak yang jauh. Manusia di kota ini penuh dengan penipuan atau bertopeng-topeng. Tapi saya suka cuci mata. Orang di sini kacak-kacak dan cantik-cantik terutama yang berpasangan. Sungguh romantik bila depa bercumbu-cumbuan di depan orang ramai. Saya selalu awas dan berasa curiga bila dihampiri oleh orang awam. 

Sejurus sampai ke Lapangan terbang antarabangsa Charles De Gaulle dan daftar masuk ke Camrai Hotel saya terus bergegar untuk melihat kota Paris. Dari Camrai Hotel kami kembali ke Stesen Keretapi Gare Du Nord. Masa itu belum dapat daftar masuk. Waktu daftar masuk adalah 2.00 petang. Kami tinggalkan bagasi di Kaunter dan dijangka daftar masuk pada waktu malam nanti. Destinasi terakhir kami adalah Eiffel Tower.

Destinasi kami adalah seperti berikut :
i) Cathedrale Notre Dame De Paris
ii)Pont Neuf
iii)Pont Des Arts
iv)Palais Du Louvre
v)Museum De Louvre/Palace de Corousel/Cour Napoleon
vi)Jardin des Tuileries 
vii)Place de la concorde
viii)Avanue des Champs-Elysees
ix)Arc de Triomphe
x) Eiffel Tower

Kali ini,penceritaan adalah tentang Cathedrale Notre Dame De Paris. Gereja katholik yang pertama di dunia dan gereja yang terkenal di Paris. Kita bermula di sini seperti dalam senarai susunan saya dan berakhir dengan Eiffel Tower. Semua boleh dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Terletak dalam lingkungan yang sama antara satu sama lain. Guna google maps dan Paris Metro. 

Dari Stesen Keretapi Gare Du Nord, kami turun di St.Micheal Notre Dame Station. Kami berjalan kaki lebih kurang 400 meter  untuk sampai ke Cathedrale Notre Dame De Paris. Letak di IIe De La Cite,salah satu dari dua pulau kecil yang terletak di tengah Sungai Seine. Anda harus kunjungi juga Paris Point Zero. Semua jarak di Paris di ukur dari sini. Cari di lantai di depan gereja.  

Gereja ini terletak di jantung Paris. Ini kerana semua jarak di Paris diukur dari depan Place Du Parris Notre Dame. Di lantai depan gereja terdapat sebuah bintang Perak yang menandai 0 Paris 0 km yang disebut  point zero des routes de France (Paris Point Zero).  

Anda harus masuk ke dalam gereja. Kami tidak masuk kerana masa tidak mencukupi. Ornamen dan hiasan dalamnya lebih memukau berbanding dengan di luar. Gereja ini adalah antara yang terindah di dunia.     

Kami naik train dari Gare Du Nord dan turun di St. Micheal Notre Dame Station.

Cinta dan Cathedrale Notre Dame De Paris



 Kaki travel Khairuddin dan Cathedrale Notre Dame De Paris


 Bintang Perak di tengah yang menandai Paris Point Zero

Keindahan Ornamen dan hiasan dalamnya benar-benar memukau.

Gereja Notre Dame Paris terdapat juga di Luxembourg, Belgia dan di Kanada.  


 Contoh gereja dengan desain Perancis. 

 Buka setiap hari dari jam 7.45 a.m hingga 6.45 p.m.


 Keindahan Ornamen dan hiasan dalamnya menjadi gereja ini antara yang tercantik di dunia.

Read more ...

Friday, 11 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris

Paris : Kota Cinta


Flight kami 8.50 malam pada 23 Mei 2017. Kami dijangka berlepas ke Paris melalui KLIA. Kami naik Qatar Airways. Penerbangan mengambil masa kira-kira 7 jam 30 minit. Flight : QR849. Harga tiket seorang adalah RM2181. Kadar pertukaran untuk Euro adalah 4.777. Kadar pertukaran untuk  pound adalah 5.645. Hari ini, 10 hb Ogos,2017 kadar pertukaran adalah RM 5.03 Euro dan pound adalah RM 5.566




Tiket Qatar Airways


Kami telah tiba di DOHA, di Hamad International Airport Qatar jam 11.20 malam. Transit lebih kurang 2 jam di sini. Kami berlegar-legar di sekitar air port. Setakat pengembaraan saya, airport ini adalah airport yang tercantik yang pernah saya singgah. Luas, cantik dan moden reka bentuknya. Tapi orang kalut malut bergerak dengan pelan-pelan.Tenang.Lapang. Dingin.   



Jam 1.20 pagi kami berlepas dari  DOHA, di Hamad International Airport Qatar. Penerbangan dijangka mengambil masa lebih kurang 6 jam 55 minit. Akhirnya, kami  tiba ke Charles De Gaulle, Paris Terminal 1 jam  7.15 pagi. Hari telah menjadi 24 Mei,2017 pulak. Kami akan menaiki CDGVAL CDGVAL (Charles de Gaulle Véhicule Automatique Léger) is a free automatic shuttle rail service at Paris-Charles de Gaulle. di Terminal 1 untuk ke Terminal 3. Lebih kurang airport shuttle dan adalah percuma. Terminal 2 adalah untuk ke stesen bas utama. Terminal 3 adalah untuk ke stesen keretapi.



Kira-kira jam 9.00 pagi,kami ke SNCF(Trains, Services, Businesses) Terminal 3 untuk beli single tiket untuk ke Gare Du Nord. Hotel kami, Cambrai Hotel terletak di kawasan yang berdekatan dengan Stesen keretapi, Gare Du Nord. Harga single ticket adalah Euro 10.00 seorang.   Kami juga beli Ticket Carnet (10 t-ticket) pada harga Euro 14.50 seorang. Murah untuk travel dengan train di sekitar Paris. 



Kami telah menaiki tren RER di Terminal 3 Paris ke Gare Du Nord. Harus ingat bahawa Stesen bas Gare Du Nord adalah bersebelahan dengan Stesen Keretapi Gare Du Nord.

Dari   Stesen Keretapi Gare Du Nord. , kami akan berjalan  kaki ke Cambrai Hotel. Guna google map je dan sampai ke destinasi 129 Bls, Boulevard Magenta Paris. Harga hotel semalam, Euro 51.88


Kami bawa dua beg tolak dan dua beg backpack masing-masing. 

Keretapi dalam perjalanan ke Stesen Keretapi Gare Du Nord dari Terminal 2 airport.



Sebelum itu, di Malaysia kami bergerak naik keretapi KTM Ke KLIA. Kami naik teksi RM8 dari rumah kami di Tanjong Malim ke Stesen Keretapi. Dari KTM Tg Malim, naik KTM sampai ke Stesen TBS harga RM12.00 seorang. Dari TBS, naik train ke KLIA harga RM38.20 seorang. Kami juga telah membeli insurans perjalanan (Etika, beli secara online) harga RM64.44 seorang. Kami juga beli Wifi Samurai RM612 untuk 18 hari. Kami ambil di KLIA airport dan pulang semula wifi Samurai di KLIA Airport.  



 Kotaraya Cinta Paris

     Arca Stesen Keretapi Gare Du Nord

                                              Pintu Masuk Stesen Keretapi Gare Du Nord
Read more ...

Wednesday, 26 July 2017

Kos Perbelanjaan Backpack ke Eropah dan Ireland

Kaki travel : Backpack ke Eropah dan Ireland.

Kami akan berada di benua Eropah selama 18 hari. (23hb Mei, 2017 sehingga 8hb Jun, 2017). Kadar pertukaran untuk Euro adalah 4.777. Kadar pertukaran untuk  pound adalah 5.645.



 Kunci-kunci Cinta di Vedeftes Du Pont Neuf

 Musee Du Couvre

Orang-orang Eropah

Berikut adalah Itinenary kami ke Eropah dan Ireland :  

23hb Mei : Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport jam 8.50 malam

24hb Mei : Sampai ke Paris 7.15 am

25hb Mei : Jalan-Jalan di Paris (France)

26hb Mei : Heidelberg (Jerman)

27hb Mei : Frankfurt (Jerman)

28hb & 29hb Mei : Amsterdam

30hb Mei : Brussels, Belgium

31hb Mei : Bruges, Belgium

1hb & 2hb Jun : London

3hb - 7hb Jun : Dublin & menghadiri Konvo Dr Nasree di RCSI

8hb Jun : Dublin -Paris 650-940 am. Paris- Kuala Lumpur : 3.15 pm 

Perjalanan kami adalah dari Paris, Jerman, Amsterdam, Belgium,London, Dublin dan terbang semula ke Kuala Lumpur. Doakan kami selamat dalam perjalanan pergi balik.

Kos Perbelanjaan adalah seperti berikut :

Perbelanjaan di bawah adalah untuk dua orang. 

1. Flight Tiket  

    a) Qatar Airlines dari Malaysia ke Paris (dua hala)                                        RM 4326.00
    b) Aerling D7F dari Dublin ke Paris                                                                         985.56
    c) Ryanair London dari London ke Dublin                                                               580.00

2. Rent a car di Ireland                                                                                                747.52
     Minyak kereta di Ireland                                                                                         783.32

3. Penginapan 18 hari                                                                                                 1299.11
4. Pengangkutan Awam (Bas dan kereta api)                                                            1464.88 
5. Wifi Samurai                                                                                                             612.00
6. Etiqa Insurance                                                                                                        128.88  
7. Perbelanjaan runcit yang lain                                                                                   137.34 

 Jumlah keseluruhan                                                                                         RM 11064..61

Kami kongsi berdua, seorang adalah RM5532.305 perbelanjaan secara Backpack ke Eropah dan Ireland selama 18 hari.  
Read more ...

Saturday, 17 June 2017

Jejak Bumi Eropah 2017

Serba sedikit tentang Eropah

Saya telah mengembara ke 6 buah negara. Antara yang telah negara yang telah saya jejaki adalah seperti berikut :

1. France
2. Germany
3. Holland
4. Belgium
5. United Kingdom
6. Ireland

Peta Eropah : YourEuropeMap.com

Antara bandar-bandar yang telah kami singgah adalah seperti berikut :
1. Paris - France
2. Strasbourg - France
3. Heidelberg - Germany
4. Frankfurt - Germany
5. Amsterdam City - Amsterdam
6. Zaandam (Zaanse Schans)- Amsterdam
7. Volendam- Amsterdam
8. Edam- Amsterdam
9. Brussels City - Belgium
10. Ghent/Gent -Belgium.
11. Bruges - Belgium
12. London- United Kingdom.
13. Galway-Ireland.
14. Belfast- United Kingdom.
15. Dublin- Ireland.
16. Kilkenny-Ireland.

Kembara saya bermula di Paris dan berakhir di Dublin, Ireland. Kembara ke Eropah adalah dari 23 Mei hingga 9 Jun 2017.

Semua negara itu adalah negara Kesatuan Eropah atau European Union (EU). EU adalah terdiri daripada 28 buah negara dalam benua Eropah. Hampir semua negara menggunakan Euro sebagai mata wang kecuali negara seperti berikut :

1. Bulgaria
2. Croatia
3. Czech Republic
4. Denmark
5. Hungary
6. Poland
7. Romania
8. Sweden
9. United Kingdom.

Kesembilan buah negara itu menggunakan mata wang sendiri. Ini bermakna saya hanya guna  2 jenis mata wang dalam kembara saya. Euro dan Sterling. Euro untuk 5 negara lain.Sterling untuk UK sahaja. Euro dollar pada masa pertukaran (10 Mei 2017) adalah 4.777. Kadar Pertukaran  Sterling (UK) pada 10 mei 2017 adalah 5.645. Ini bermakna nilai mata wang kita adalah rendah dan kecil. Nilai mata wang kita semakin jatuh. Misalnya berbanding Dollar Singapura yang kian meningkat saban tahun. Dollar Singapura semakin kukuh di mana adalah seperti berikut :

1995 : 1.7
2000 : 2.2
2010 : 2.4
2015 : 2.8
2017 : 3.1

Benua Eropah mempunyai  50 buah negara. Keahlian dalam Kesatuan Eropah (EU) adalah kira-kira 28 buah negara dalam benua Eropah termasuk United Kingdom. Hanya 26 buah negara dalam EU yang membatalkan border control, iaitu tiada pemeriksaan pasport ataupun keperluan visa bagi memasuki kesemua negara itu yang dikenali sebagai Schengen Area. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan masuk ke semua 26 buah negara ini tanpa memerlukan visa.  

Negara-negara dalam Schengen Area adalah seperti berikut :

1. Austria
2. Belgium
3. Czech Rep.
4. Denmark
5. Estonia
6. Finland
7. France
8. Germany
9. Greece
10.Hungary
11. Iceland
12. Italy
13. Latvia
14. Liechtenstein
15. Lithuania
16. Luxembourg
17. Malta
18. Netherland
19. Norway
20. Poland
21. Portugal
22. Slovakia
23. Slovenia
24. Spain
25. Sweden
26. Switzerland

Kawasan Schengen menggalakkan pergerakan bebas barangan, maklumat, wang dan juga orang. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan masuk ke semua 26 buah negara ini tanpa visa dan tanpa pemeriksaan pasport. Pasport hanya disemak di negara kita mula masuk dan negara terakhir kita keluar. Tapi saya telah masuk ke London dan Republik Ireland pada bulan Jun 2017, bukan negara dalam Schengen saya telah melalui pemeriksaan sempadan. Pasport saya telah dicop tapi visa tidak diperlukan. Namun, kadang kala kita diminta mengemukakan tiket balik, alamat hotel atau penginapan, dan insurans perjalanan. 

Sekiranya, kita ingin menginap lebih daripada 3 bulan di sesebuah negara Eropah atau pun melebihi 6 bulan di United Kingdom, kita perlu memohon visa terlebih dahulu di pejabat kedutaan besar atau pejabat konsulat negara terbabit.

Rujukan :  Khairul Abdullah (2016), I'm a Backpacker : Europe, Kuala Lumpur : Puteh Press.    
    


Read more ...

Monday, 12 June 2017

Kembara ke Eropah 2017

Sahabat blogger,

Saya telah singgah ke enam buah negara dalam siri kembara ke Eropah 2017. Di antara negara yang telah saya singgah adalah seperti berikut :

1. France
2. Germany
3. Holland
4. Belgium
5. United Kingdom
6. Ireland

 Most photographed spot in Bruges, Rozenhoedkaau — with Noor Hidayah Hanapi at Brasserie Rozenhoedkaai Brugge Belguim.


 Gambar yang mendamba sukma jiwa hamba. Begitu indahnya ciptaan Allah SWT. Subhanallah.— at Brasserie Rozenhoedkaai Brugge Belguim.
 Sejoli Merpati

  Konvo Dr  Nasree bersama-sama lima sekawan
RCSI School of Medicine Conferring Ceremony 2017

Degrees of Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery, Bachelor of Obstetrics (MB, BCh, BAO), LRCPI & SI (Hons)

Memanto lima Sekawan Dr Nasree

Antara bandar-bandar yang telah disinggah adalah seperti berikut :
1. Paris - France
2. Strasbourg - France
3. Heidelberg - Germany
4. Frankfurt - Germany
5. Amsterdam City - Amsterdam
6. Zaandam (Zaanse Schans)- Amsterdam
7. Volendam- Amsterdam
8. Edam- Amsterdam
9. Brussels City - Belgium
10. Ghent/Gent -Belgium.
11. Bruges - Belgium
12. London- United Kingdom.
13. Belfast -United Kingdom.
14. Galway- Ireland.
15. Dublin- Ireland.
16. Kilkenny-Ireland.


Read more ...

Tuesday, 19 January 2016

Pelan Tindakan apabila kehilangan di Paris

Assalamualaikum, 

Mohammad Farid Hanafi di Paris

Tujuan teman siarkan cerita pick poket di Paris adalah sebagai peringatan dan pengajaran. Teman telah meminta izin dari penulis asal,Masriz Aziron Mansor. 

Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang akan mengalami situasi seperti ini di masa depan. Pengubahsuaian telah dibuat oleh teman.

Saya telah  kena pick pocket Mei 2015 di Paris. Bukan kali pertama ke sana tetapi orang  kata kalau nak kena tu kena jugak. Sebelum ni pergi Paris sangatlah berhati-hati, pouch bag sentiasa di pinggang/melekap je di badan and mata meliar tengok sekeliling. Walaupun time ni dah travel almost a month di Europe, pouch bag itu elok je pakai kat badan tapi bila kat Paris, entah kenapa gatal tangan masukkan dalam backpack. Saya kena pick pocket dalam HRC Paris.

Apa yang ingin dikongsikan adalah tindakan anda apabila kena pick poket di Paris. Penceritaan saya adalah berdasarkan pengalaman di Paris. Modus operasi boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Dalam kes saya, saya kehilangan wang tunai, credit/debit cards dan passport.

1- Hubungi kawan di Malaysia. Minta hubungi semua the respective banks untuk block all your cards for any transactions.

2- Cari balai polis berhampiran. Ada satu balai polis berdekatan dengan  area HRC. Malang sungguh, polis di sini tak reti Bahasa Inggeris. Nasib baik, ada seorang Mamat Paris ni tengah tunggu buat report juga. Mamat ini reti Bahasa Indon dan telah menjadi penterjemah. 

3- Sebaik sahaja selesai urusan dengan polis, bergegas ke kedutaan Malaysia. Masa itu adalah 4.30 petang dan kedutaan akan tutup jam 5 petang. Ada setengah jam lagi. Kami cuba dapatkan teksi tetapi mengalah kerana tahu memang tidak sempat sampai ke kedutaan Malaysia. Kami minum kopi untuk release tension. Sambil minum kopi, saya telah menghubungi seorang Staf Malaysia di kedutaan 
(0033632606184).She advised to go early in the morning, so that I can get the temporary passport before they close.

4- If you have a couple of days , it should be no problem. My flight was scheduled the next day, early morning. What you should do is to call the airlines centre or if you can go to the airport, try to change your flight. But there will be a penalty that you have to pay. (so nak tak nak kena bayar, nasib baik member ada cash lagi). Nasib baik ada flight ke KL malam esoknya.

5- Awal pagi terus ke airport CDG dulu, simpan luggage and sent my friend balik dahulu. Now masing-masing keseorangan, dah macam travel alone. Then I took a train terus ke Kedutaan Malaysia, tak susah mencari sebab dah dapat guide dari awal. 


Address : 2 Bis Rue Bénouville, 75116 Paris. Kalau dari Gare du Nord, jalan ke Barbès Rochechourt towards Port Dauphine amik Metro Line 2 (Blue). Turun di Port Dauphine. Jalan kaki dalam 450m.


6- Sampai sana, ada seorang Malaysian tengah isi borang, bila tanya dia, dia kena pick pocket jugak. Dalam sejam jugak tunggu giliran saya, then isi borang yang pelbagai, settled at 12pm. Clerk situ inform almost everyday Msian people datang and ask for temporary passport. Semua kena pick pocket! Sementara tunggu passport siap, you can go around area-area, ada bakery boleh makan-makan and mengopi.

7- 2.30pm pergi collect then terus pergi airport semula. Nak pergi shopping-shopping pun duit dah takde. 
..

8- Asingkan wang tunai/Cards/Passport. Jangan letak semua dokumen setempat terutama passport kita. 

9- Sampai sahaja di Malaysia, sila berurusan dengan imigresen untuk membuat semula passport. Passport yang ada hanya sementara (single journey only) Serahkan semua dokumen yang anda dapat dari Kedutaan berserta dengan report polis utk pengesahan.

Cadangan :
Letak passport/ kad kredit dalam sling bag kecil, sangkut kat leher dan letak dalam baju atau jacket. Wang tunai letak asing-asing. letak juga dalam kasut yang kita pakai. Pakai sekali dalam stokin, memang leper duit kita. Kat beg silang depan, letak juga wang tunai sikit, kamera dan handphone. Kalau nak ke samun, tak tau nak cakap apa lagi. 

Jangan lupa beli travel Insurance.

Kredit :  Masriz Aziron Mansor.
Read more ...