Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Aku Isterinya Izzue Islam & Anzalna Nasir

Saksilah rancangan kegemaran anda mulai 2 April 2014 
Setiap hari Isnin hingga Khamis
dari jam 7 hingga 8 malam di TV3
Pengarah  Fairuz Loy
Penulis Novel : Acik Lana
Adaptasi : Novel Aku Bukan Mistress




Cerita ini mengisahkan Mya Arlissa dirogol bapa saudara dan telah dijual ke pusat pelacuran. Mya diselamatkan Mikail dan  telah hidup bersama selama 2 tahun. Tapi pada suatu hari, Adam kawan baik Mikail telah merogol Mya ketika Mikail mabuk. Sejak kejadian itu, Mya mula mencari arah tujuan hidup dan tidak boleh bergantung sebarang harapan pada Mikail.  

Mikail dihantui oleh kekasihnya, Lisa yang telah berkahwin dengan ayahnya hingga keluarga berpecah belah dan telah  menyebabkan kakaknya melarikan diri ke luar negeri. Ibunya hidup dalam kesunyian ditemani adiknya, Mimi. Mikail telah meletakkan syarat kepada Mya membayar RM50 ribu jika ingin dilepaskan. Mikail telah cuba sedaya upaya memastikan dia tidak kehilangan Mya. Suzanne, bekas kekasih Mikail juga muncul kembali dan telah menghasut ibu Mikail membenci Mya. Keadaan bertambah rumit bila bekas Kekasih Mya Shamil datang menagih janji lama.

Dapatkah Mikail dan Mya bersama selamanya ?   

Akasia ini rancangan kegemaran saya tahun 2014 dan ditonton secara offline bila saya ada masa.







Read more ...

Saturday, 7 December 2013

A Tribute to Paul Walker (1973-2013)


The Fast and the Furious Film series



  • Paul William Walker IV was an American actor. He became famous in 1999 after his role in the hit film Varsity Blues, but later garnered fame as Brian O'Conner in The Fast and the Furious film series. Wikipedia
  • BornSeptember 12, 1973, Glendale, California, United States

  • Height6' 2" (1.88 m)

  • ChildrenMeadow Walker

  • Read more ...

    Wednesday, 4 December 2013

    R.I.P Paul Walker 40 tahun (1973-2013)

    Paul Walker dalam Kenangan

    Mendiang Paul Walker telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 30 Nov 2013 apabila beliau (penumpang) dan rakan yang memandu GT Porsche tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok. Menurut sumber, ketika kejadian Paul Walker dalam perjalanan untuk menghadiri acara amal untuk membantu mangsa taufan Haiyan Filipina di Santa Clarica. Beliau adalah sorang yang pemurah semasa hayatnya, dan ramai yang tidak tahu bahawa mendiang Paul Walker mengetuai badan kebajikan Reach Out Worldwide. Fungsi badan kebajikan itu membantu dan menghulurkan bantuan sukarelawan dan dana kewangan pada negara-negara yang ditimpa bencana.

    Paul Walker antara pelakon favorite saya dalam filem Fast & Furious memegang watak Brian O Conner. Beliau juga pernah menjadi model untuk perfume Cool Water oleh Davidoff.


    Paul Walker has died at the age of 40 after he was involved in a single-car accident and explosion in Santa Clarita, Calif.



    Dari anak perempuan Paul Walker :

    "Ketika aku masih kecil, Ayah mengajar aku berjalan.  Ayah mengajar aku untuk tersenyum, dan Ayahlah yang mengajar aku agar jangan mudah untuk menyerah begitu saja dalam hal apa pun.  Aku sayang Ayah bahkan saat saya belum mengerti sayang itu sendiri.   Ayah adalah pahlawan ku.  Ayah pahlawan ku yang sesungguhnya bagi ku.   Ayah selalu ada dalam hati ku. Aku menangis saat menulis kalimat kalimat ini untuk Ayah  tersayang.  Ayah sudah pergi meninggalkan ku, tapi Aku akan ingat Ayah selalu. Istirehat dengan tenang Ayah ku sayang" - Meadow Walker.

    Dalam suatu kesempatan Paul Walker sendiri pernah berkata "Jika suatu hari nanti kelajuan yang membunuh saya, janganlah bersedih, kerana saya  sedang tersenyum" tulis Paul Walker. 

    Antara Kata-Kata Hikmat Mendiang Paul yang berkait dengan kereta :

    "If one day speed kills me, do not cry because I was smiling."

    "I'm a crazy car guy. I've got an airplane hangar full of cars."

    "I've always wanted to race cars, ever since I was a young boy, as I think a lot of guys have."

    Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kafir atau Islam, dosa atau pahala, syurga atau neraka hanya Allah sahaja yang tentukan. Aktor tampan berambut perang bermata biru kini sudah pergi untuk selama lamanya.  Selamat Jalan Paul Walker. Rest in Peace in the hand of GOD.









    Read more ...

    Tuesday, 12 November 2013

    Teladan Love You Mr Arrogant


    Azlee Khairi dan Zara Zya




    Tamat sudah drama Love You Mr Arrogant, cerita yang menjadi kegilaan ramai.. Drama yang mempunyai 26 episod. Drama lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya ini benar-benar menghiburkan ramai. Apa sekali pun, lelaki yang playboy walaupun ada ramai teman wanita, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi tercari-cari perempuan yang mampu mengubah hidupnya.

    Sifat sombong dan angkuh itu dikatakan sifat lelaki yang digemari oleh kebanyakan wanita. Sifat ini dikatakan mempunyai daya tarikan seksual terhadap wanita berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh Universiti of British Columbia. Barangkali, perubahan mentaliti dan juga amalan gaya hidup materialistik sedikit sebanyak telah memberi perubahan terhadap cita rasa wanita terhadap lelaki.

    Bukankah lelaki yang angkuh ini kelihatan diselubungi oleh misteri yang mendorong kepada terdetiknya hati wanita untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Adakah angkuh itu gagah ? Ah, perempuan gemar sungguh berimaginasi tanpa hujung pangkal.  

    Kamus Oxford mendefinisikan orang yang angkuh sebagai, "berperilaku dalam cara kebanggaan dan unggul, menunjukkan terlalu banyak kebanggaan diri dan terlalu sedikit pertimbangan untuk orang lain". ("behaving in a pride and superior manner, showing too much pride in oneself and too little consideration for others").  

    Tiga (3) contoh manusia yang angkuh dan sombong  tercatat dalam Al-Quran  :

    i. Firaun dan bala tenteranya telah tenggelam di lautan kerana kesombongan itulah dia lupa diri sehingga  keangkuhannya  dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang harus disembah.

    ii. Kehancuran Kaum Nabi Luth kerana kesombongan menolak kebenaran disampaikan Nabi Luth agar meninggalkan kegiatan homoseksual yang diamalkan mereka selama ini. 

    iii. Qarun tenggelam dengan segala hartanya ke dalam perut bumi kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah dan kaumnya.

    Jusetru itu, orang yang sombong akan menjadi penghuni neraka. QS az-Zumar :72, pintu hatinya terkunci dan tertutup, telah mengabaikan perintah Allah, dan kesombongan akan membawa kepada kehinaan di dunia dan akhirat.








    Read more ...