Showing posts with label Bukit Berekeh. Show all posts
Showing posts with label Bukit Berekeh. Show all posts

Tuesday, 21 February 2017

Awan Karpet Bukit Berekeh

Anda harus mengunjungi tempat ini sebelum anda mati, sekali seumur hidup pun jadi le. Anda akan merasa betapa bahagianya  melihat kecantikan awan itu berarak melintas mengelilingi anda dengan keindahan bukit bukau di sekelilingi bukit berekeh. 

Lokasi : Kg Bawong,Lasah Sg Siput. Mukim Pulau Kemiri, Perak. Ketinggian : 1940 kaki/454 meter


Sabah tanah airku : Warga Sabah di bumi Perak

Nun jauh di sana

Entah bila kami dapat ke sini lagi

Ingat kami kumpulan Krik Krik : Misi Pendakian 1 Minggu 1 Puncak

Arif dengan dua kuntum bunga mawar

Terbaik kata Sang Gadis Ayu  Gunung

Dikau tetap indah di hatiku selamanya

Aku tetap kembali ke sini suatu masa nanti
Read more ...

Friday, 17 February 2017

Ekspedisi Krik-krik di Puncak Berekeh


Ringkasan Bukit Berekeh/Bukit Botak

1.  Lokasi : Kg Bawong,Lasah Sg Siput. Mukim Pulau Kemiri, Perak.
2.  Ketinggian : 1940 kaki/454 meter
3.  GPS trail : everytrail/ view ranger. Koordinat : 1805
4.  Kepayahan trek : 3.5/10
5.  Masa : 1 jam 30 minit
6.  Kadar jalan : Perlahan kepada Sederhana
7.  Mercu tanda : Sekolah Kg Bawong, Masjid Kg Bawong, Klinik Desa Kg Bawong 
8.  Permit tidak diperlukan dan masuk adalah percuma
9.  Mendaki awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan cuaca yang panas terik dan kurangnya pokok-pokok untuk berteduh.  


 Beirut Puncak Berekeh 

 Aksi-aksi Pendaki di Puncak Berekeh

 Krik-krik : Misi Pendakian 1 Minggu 1 Puncak

 Awan Karpet dinihari

  Memang sangat cantik karpet putih 😄 bentangan ku permaidani, dari baldu berwarna putih. eh eh, tetiba teringat rangkap lagu tu

 Geng-geng kami krik-krik : Muhammad Hudzaifah, Arif, Kaki travel khairuddin dan Baim yang duduk tu (Lelaki )

 SubhanaAllahi ammaa yasifoon (Glory be to God)

 Muhammad Hudziafah, Baim, Kaki travel Khairuddin, Arif dan Hafiz

Savana Malaysia
Read more ...

Monday, 13 February 2017

Puncak Bukit Berekeh

Bukit Berakeh diviralkan sebagai nama Bukit Berekeh atau Bukit Botak. Ketinggian adalah kira-kira 1940 kaki atau 454 meter dari paras laut. Bukit ini terletak di Kampung Bawong,Lasah dalam Mukim Pulau Kemiri, Perak Darul Ridzuan. 

Bukit Berekeh ini sesuai untuk penggemar fotografi merakamkan gambar-gambar matahari terbit,dan matahari terbenam. Lebih-lebih seperti saya yang suka mengejar awan karpet putih. Saya suka dengan ketinggiannya yang sederhana. Koordinat adalah 1805. Pendakian yang santai-santai dengan panorama yang cukup indah. 

Untuk ke lokasi ini, waze je Kampung Bawong, Lasah. Untuk sampai ke atas puncak Bukit Berekeh, guna view ranger. Terdapat lima puncak kesemuanya. Puncak tertinggi adalah puncak kelima dengan Beirut di atasnya menamatkan misi anda mengejar hamparan karpet putih.     

Arif, sahabat teman di puncak kelima Bukit Berekeh


Misi mengejar awan karpet 

 Lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian dengan awan karpet.

 Hamparan karpet putih

 Pemandangan indah lautan awan di sekelilingi anda

Begitu indahnya pemandangan permaidani putih di pagi hari  

Di sini teman terus sujud ke pangkuan kekasihku yang teragung. Sesungguhnya, sujud itu indah. Kau berbisik ke bumi tapi didengar di langit. 

Allahuakbar. Allah is the Greater.




Read more ...

Tuesday, 7 February 2017

Itinenary mendaki lima Puncak Bukit Berekeh @ Bukit Botak

Bukit Berekeh @ Bukit Botak dengan ketinggian 1940 kaki ( 454 meter ). Terdapat lima buah puncak bukit serta memiliki Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong, Lasah, Sungai Siput, Perak .Puncak tertinggi adalah di puncak kelima. Lima puncak bukit menawarkan pemandangan yang terbaik merasakan kita  seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah.

Anda akan merasai keindahan panorama dengan pemandangan hamparan  awan berada di sekeliling anda. Ibarat kata " maka tak kenal, maka tak cinta. Anda pasti jatuh hati dengan kepulan-kepulan awan yang cantik berarak datang dan pergi menutupi pemandangan di sekitar puncak bukit.

Treknya tidaklah begitu sukar. Kami akan menggunakan trek baru. Kami menggunakan app bernama view ranger. Kami telah melalui trek baru, jalan tanah merah lebih kurang 30 minit berjalan. Kami terus berjalan  sehingga memasuki trek hutan kira-kira 20 minit sehingga sampai ke puncak pertama.  Anda pasti terjumpa dengan batang-batang pokok yang berwarna merah atau marron, dan kawasan ini adalah kawasan yang bertanda. Anggaran masa untuk sampai dari puncak pertama ke puncak ke lima lebih kurang 30 minit. Saya teringat akan Bukit Borga, Semenyih. Puncak-puncak Bukit dikelilingi oleh lalang-lalang dan rumput-rumput savanna yang kering dan cantik. 

Cabaran utama adalah matahari begitu terik pada waktu tengah hari. Seboleh-bolehnya mendaki di awal pagi lebih kurang jam 6.00 pagi. Anda harus tahu bahawa trek ini kekurangan pokok untuk berteduh. Pastikan anda membawa air secukupnya dan payung. Anda harus ingat bahawa Sungai Siput adalah kawasan panas dan kering di Semenanjung Malaysia.

Dari atas puncak nanti terutamanya puncak tertinggi, anda  boleh nampak pemandangan 360 darjah gunung-gunung yang terdapat di sekeliling. Anda juga boleh lihat view gunung trans titiwangsa ( V3 ) selain kampung Bawong, penempatan orang asli dan ladang kelapa sawit di sekitarnya.

 Aku dan Panorama Bukit Botak

Muhammad Hudzaifah, Ibrahim, Arif dan Kaki travel Khairuddin


Trip bukit berekeh sg siput perak-new route... 21/1/2017-Sabtu.
1.jep
2.ibrahim
3.arip

4.khairuddin
5.Fiza
6.loko
7.ain
8.fatin
9.fidot
10.ada
11.atikah


Tentatif Program

0500 start hiking
1000 mandi sungai
1230 touring kuala kangsar

Bawa makanan&minuman secukupnya
Baju hujan/windbreaker (musim hujan)
Headlamp
Pakaian basah&kering
Ubat personal jika ada
Dan sewaktu dengannya


Sekiranya musim panas, bawa payung/ topi. Takut heat strok.

Carpool dari KL

1.0 Kak fiza
Ada
Fidot
Fatin
Atikah

2.0 Ibrahim
Arip
En. khairuddin


Read more ...