Kolam Air Panas Kerling
Kolam Air Panas Kerling adalah terletak di bawah kelolaan Majlis Daerah Hulu Selangor. Lokasi. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, ambil exist Tol Tanjong Malim. Dari Tol Tanjong Malim, anda menghala ke arah Kuala Kubu Bharu. Kolam Air Panas Kerling adalah kira-kira 10 km dari Tol Tanjong Malim dan terletak di Kampung Air Panas Kerling.
Anda senang mencari Kerling Hot Spring kerana terdapat sign board di jalan utama Persekutuan menghala ke arah Kuala Kubu Bharu. Kordinasi GPS adalah N03° 36.587' E101° 36.549'.
Anda boleh berkelah di sini. Keistimewaan di sini adalah boleh mandi di kolam air panas, dan juga mandi sungai. Boleh rasa air sejuk dan air panas sekali. Boleh buat BBQ. Kemudahan juga disediakan seperti wakaf, tandas awam, kawasan tanah lapang, jaga,dan tempat letak kereta. Kawasan ini terjaga kebersihannya. Kawasan ini adalah tempat riadah saya kerana saya suka berendam dalam kolam air panas. Itu antara hobi utama saya. Diharap anda membawa tuala dan pakaian serta ada disediakan bilik persalinan.
Kelihatan Wakaf dan kemudahan tempat letak kereta. juga kawasan lapang untuk BBQ.
Jambatan menghubungkan sungai dan kolam air panas.
Di bawah jambatan, adalah sungai untuk mandi manda
Kolam air panas yang kecil hanya memuat antara 10 - 20 orang sahaja
Aktiviti merendam kaki. Saya suka rendam satu badan, mandi manda.
Aktiviti skodeng boleh dilakukan. Hihihi bergurau je kerana kami adalah satu keluarga dari keturunan Hanapi dan Asiah.
Air yang cetek sesuai untuk kanak-kanak
Boleh mandi manda di sungai yang cetek dan bersih.