Monday, 18 May 2015

Air Terjun Lata Medang & Lubuk Mecu

Kuala Kubu Bharu, Selangor

Air Terjun Lata Medang terletak di Kg. Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ia terletak dalam perkampungan orang asli moden. 

Laluan ke Air Terjun Lata Medang, adalah pertama kita perlu melalui pekan Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser. Jalannya adalah menuju ke Sg. Chiling. Anda perlu melalui dua Jambatan. Anda nampak papan arah ke Kg Pertak, di Jambatan yang kedua. Papan arah itu terletak betul-betul di hujung jambatan yang kedua. Empangan Kuala Kubu Bharu di sebelah kiri anda dan pastikan anda belum sampai ke Sg Chiling. 

Ikut jalan masuk ke Kg Pertak, terus jalan sampai ke simpang 3 ambil kanan dan terus lagi sampai ke hujung jalan yang tidak bertar (tanah merah). Anda boleh letak kereta di bahu jalan atau tempat letak kereta yang tidak berturap. Pastikan kenderaan anda tidak menghalang kereta yang keluar masuk. Tinggalkan no talipon sekiranya anda menghalang jalan orang lain.

Berikut saya lakarkan peta kedudukan Lata Medang dan Lubuk Mercu mengikut pengalaman saya yang telah beberapa kali ke sana.

Peta arah ke Lubuk Mecu dan Lata Medang

Masa perjalanan adalah dua jam lebih sebelum anda sampai ke Lata medang bergantung kepada stamina dan pengalaman anda sendiri. Elok mulakan perjalanan di awal pagi, seawal yang boleh. Katakan kira-kira 7 atau 8 pagi. Ini demi keselamatan diri anda sendiri. Biasanya hujan akan turun di sebelah petang. Sekiranya berlaku hujan lebat, cepat-cepat beredar dari air terjun dan jangan mandi semasa hujan lebat. Biasa akan berlakunya kepala air. Anda pasti hanyut dengan kepala air yang begitu deras. Elok naik ke atas awal dan turun balik sebaik-baiknya pukul 1.00 tengah hari. Jauh perjalanan adalah kira-kira 12 km dua hala. Sehala 6 km.

Perjalanan agak mudah, anda perlu melalui Jambatan pertama seperti di bawah :
  
Jambatan Pertama


Berikut adalah Jambatan kedua yang agak bahaya semasa hujan lebat. Anda tidak boleh menyeberangi semasa hujan lebat. Airnya sangat deras. Tunggu sehingga hujan reda dan air surut baru boleh melintas. Berhati-hati semasa di sini. Di sini adalah tempat yang merbahaya. Saya redah air semasa air kurang. Saya tidak suka melintas di atas jambatan yang rasanya kurang stabil. 

Jambatan kedua. Check point yang bahaya semasa hujan lebat.

Daripada jambatan ke 2 yang runtuh, terus jalan sehingga berada di simpang pertama. Ambil jalan ke kiri dan jalan ini menghala ke Lata Medang. Jalan ke sebelah kanan adalah menghala ke Bukit Kutu seperti yang kelihatan di gambar di bawah :  

Anda akan mendengar deruan air Lata Jebus di sebelah kiri anda sehingga lama kelamaan deruan air itu hilang dan tidak lama lagi akan bermula cabaran yang semakin mencabar. 

Selepas simpang yang kedua, perjalanan adalah lebih mencabar, mencanak, mendaki dan terus mendaki. Terus mengikut ke kanan, kerana akan sampai ke satu persimpangan seperti yang peta lakaran saya yang merupakan trek ke Luit Fall. Satu kepastian, anda jarang berselisih dengan orang dan tidak seperti Santuari Ikan Sungai Chiling yang begitu ramai umat manusia.  

Akan sampai ke satu tempat yang kiri kanan memang banyak pokok buluh

Backpack buddies ke Lata Medang

Sungguh stylo abam-abam Sado Backpack Buddies kumpulan kami.

Pokok-Pokok yang besar dan gagah perkasa ini petanda anda telah hampir sampai ke Lubuk Mecu

Lubuk Mecu

Air Terjun Lata Medang adalah kira-kira 180 meter jauhnya dari Lubuk Mecu. Anda perlu mengambil masa kira-kira 10 sehingga 15 min untuk sampai ke sana. Anda perlu mencari tanda ini untuk naik ke Lata Medang. Petanda ini berada di sebelah bahu kiri anda. Berhati-hati saya tersesat di sini walaupun ke sini dah  2 kali.

Cari tanda ini untuk naik ke Lata Medang

Perlu jumpa titi buatan orang asli

Anda akan jumpa satu lagi persimpangan ketiga untuk ke Lata Medang. Satu ke kiri dan satu ke kanan. Jalan ke kiri menuju ke dataran tinggi. Makin lama anda mendaki makin tinggi dan Lata Medang semakin jauh di bawah. Lata Medang berada nun jauh di bawah. Ini bermakna anda telah sesat jalan. Ambil jalan ke sebelah kanan anda. Petanda adalah pokok yang telah ditoreh separuh. Lain kali ada sesiapa yang pergi lagi sila letak tanda yang jelas. Letak riben atau mungkin saya akan ikat kain lusuh di tengah pokok. Saya pasti ke sini lagi. Tempat ini umpama syurga di dunia. Tempat yang begitu jernih airnya. Tempat yang jarang diterokai dan dicemari. Bukan semua orang dapat ke sini. One of the heaven on earth. Air terjun ini ada dua strata, satu bahagian atas dan satu lagi bahagian bawah. Saya lebih suka bahagian atas, lebih cantik dan bagaikan satu kolam abadi dengan pemandangan yang menakjubkan. 

Ikut Kanan dan jalan ini menghala ke lata Medang

Kami berkhemah di atas tanah lapang di Lata Medang

Air terjun Lata Medang Strata ke 2, Bahagian atas

Syurga di dunia, Kolam abadi
  
Air Terjun Lata Medang bahagian bawah
 
Main gelongsor meluncur laju

Air Terjun Lata Medang bahagian bawah

37 comments:

  1. Menarik.. suasana persekitaran nampak menyegarkan.. apatah lagi dpt mandi mcm tu.. fuuhhh best.. :)

    ReplyDelete
  2. dunia ini selalalu indah pak tapi tak selamanya semoga saya bisa mencicipinya dah....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah bestnyeeee..!!!
    satu hari nanti nak jugak jelajah bumi hijau allah ni..

    jom join sama http://ridmasrm.blogspot.com/2015/05/tangkap-gambar-like-post-dan-share.html

    ReplyDelete
  4. mencabar sungguh nak ke dua2 air terjun ni..tapi berbaloi...lawa sungguh air terjunnya..

    ReplyDelete
  5. masih banyak air terjun yang boleh dilawati di melesia kannn...

    ReplyDelete
  6. Rasa sejuk air semulajadi mcm ni takkan sama dgn kesejukan air paip.. sedapnya tengok mandi..

    ReplyDelete
  7. lama tak main air terjun ^ ^ teringat memories kat Royal Belum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Royal Belum. Memories yang indah.

      Delete
  8. dah beberapa kali ke sini? dah berapa kali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak kali sampai. Tempat permainan teman.

      Delete
  9. nak meniti jambatan tu cuka..kalau JM teregelincir or jatuh...aga2 abe MKL nk tlg tak...ke tlg tgk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tolong ketawa boleh hehee.. gurau je :D :D

      Delete
    2. Mbak JM jatuh mesti ramai yg mau tolong..hehe

      Delete
    3. Bro KK...campai ati tau hihihih

      Delete
    4. Mas Gunadi...jgn tolong tengok or sorak je tau hihihih

      Delete
  10. makan pastu mandi pastu mkn semula..wahh..seronoknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi lepas tu makan.. lepas tu mandi semula jadi mengah perut JM. Tp rugi pulak klu x mandi lagi kan.. :D

      Delete
    2. ahahahaha....kalau mcm tu mandi sampai gigil2 pastu baru mkn...dah kenyang gi ber** dulu pastu sambung mandi ahahhaah

      Delete
  11. kena gigih tu nak sampai atas air terjun ...

    ReplyDelete
  12. Wah, indahnya tempat tu... Dah lama tak pergi air terjun, terasa nak pergi sana...

    ReplyDelete
  13. meriah sungguh kalau pergi sekali dengan geng macam ni kan, ohsem ;3

    ReplyDelete
  14. keindahan yang masih alami Pak Lim. memang paling asyik menjelajah hutan dan sungai yang masih asli ramai ramai.

    ReplyDelete
  15. Air terjurnya sangat indah Pak Lim.

    ReplyDelete
  16. seronoknya main air terjun, terutama kat part gelungsur tu..tapi jambatan kedua tu scary gila.dahla takde tempat pegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambatan kedua memang scary. Tak ada tempat pemegang. Ditambah dengan musim hujan. Ada kepala air semasa kejadian hujan lebat.

      Delete
  17. Mandi manda ..Bila dah mandi manda terasa lapar terus makan kat situ..Bestnyerr..Seronok benor dapat g sana tuu

    ReplyDelete
  18. chilling pernah la sampai.. dalam2 lagi tak berani hahaha..
    dulu praktikal kat serendah selalu jugak berendam kat air terjun serendah..

    ReplyDelete
  19. Dah riki jalan tapi masih belum terbuka hati nak camping di sana.

    ReplyDelete
  20. Assalam,
    he3
    santek memang santek
    tapi kalo iols laaaa memang idok ler nak naek ateh ayor torojun tu he3
    takuit
    mandi kat bawah2 sajork he3

    ReplyDelete
  21. besttnyaaa mandi air terjunn.. dah lame tak mandi air trjunn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain mandi manda, boleh juga menikmati keindahan air terjun yang bersih dan jernih.

      Delete
    2. Selain mandi manda, boleh juga menikmati keindahan air terjun yang bersih dan jernih.

      Delete
  22. Perkongsian Lata Medang.
    Air kat sini sejuk dan best. Trekking dalam hutan pun agak adventure sikit. Buat yang pertama kali nak datang sini boleh la ikut tip ni. Sampai ja kat Kampung Pertak terus ikut trail yang ada hingga ke jambatan gantung. Terus lagi sampai ke jambatan runtuh lepas dari ini akan ada simpang2 yang kritikal. Simpang pertama lepas jambatan runtuh ambil kiri, simpang 2nd pun kiri. Simpang 3rd ambil kanan dan ikut ja trail sampai ke air terjun.
    P/s 2 jam trekking masuk, 1-2 jam trekking keluar

    ReplyDelete