Thursday, 25 June 2015

Seoul, Busan, dan Jeju Island

Jeongbang Waterfall, Jeju Island.

Jeongbang Waterfall, Jeju Island.

Salam Para Sahabat Blogger,

Dah hampir dua minggu balik  dari bercuti dari Korea belum sempat nak update blog. Banyak kerja yang terbengkalai. Sangat sibuk mengejar kehidupan dunia. Tambahan pula bulan puasa dengan solat terawih.

Di sini saya serta seisi keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan solat terawih. Saya juga juga ingin berkongsi pendapat sebagaimana yang telah diutarakan oleh Lurimatravel.com tentang kebersihan Orang Korea. Orang Korea memang pembersih tapi bersih lagi orang Jepun. Jepun adalah negara terbersih di Asia. Tempat kedua jatuh kepada Korea. Kan, Kebersihan lambang keimanan seseorang.

Memang susah hendak mencari tong sampah di Korea. Jenuh saya mencari tong sampah di Korea. Saya selalu suka membuang sampah di dalam tong sampah. Di Korea walaupun susah hendak mencari tong sampah tetapi mereka tidak membuang di merata tempat.

Dari pemerhatian  saya, Orang Korea sayangkan negara mereka. Mereka menjaga imej negara dan tidak akan kotorkan negara mereka.

Kedua, Mereka juga tidak makan semasa berjalan. Kita suka berjalan sambil makan. Itu adalah tabiat kita sejak kecil lagi. Mereka biasa makan di restoran atau gerai-gerai yang terdapat di tepi jalan. Pemandangan itu adalah biasa di Busan. Ataupun di Busan, saya perhatikan mereka akan duduk di taman serta makan di situ.

Ketiga, Orang-orang Korea akan simpan bahan-bahan kotoran atau bahan yang perlu dibuang ke dalam beg atau poket mereka. Mereka pasti ke tandas yang berdekatan untuk membuang sampah kerana tong sampah disediakan di situ.

Ingatlah bahawa sangat susah hendak mencari tong sampah di Korea. Jenuh anda seperti mana saya, yang terpaksa simpan dalam poket atau beg. Kadang kala, beg atau poket saya penuh dengan sampah sarap daripada barang shopping.


Moral of the story, Jagalah kebersihan di mana kita berada. Diharap kebersihan akan menjadi amalan kita seharian. Semoga kita warga Malaysia akan menjaga kebersihan negara kita.  
😊

25 comments:

  1. Wah tentu banyak tempat yang en Din singgah... 3 destinasi tu... Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  2. Kan best kalau rakyat Malaysia pembersih macam orang Korea tu... Salam Ramadhan dan selamat berbuka yer MKL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berbuka dan Salam Ramadhan jugak buat Zumal.

      Delete
  3. kebersihan itu sebahgian iman ajaran Isllam tapi di negara kita yg Islam ni sampah bertaburan...salam ramadan.

    ReplyDelete
  4. Tambah lagi satu..orang Korea hensem dan cantik!!!!!!

    ReplyDelete
  5. susah nak cari yang perut boyot!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa banyak berjalan..banyak bukit dan tempat memerlukan kita berjalan kaki.

      Delete
  6. bab nak cari tong sampah tu mmg susah seperti juga di Jepun..bersih...pastu 3 musim yg begitu memikat jiwa..oh Korea...i love u heeeee

    ReplyDelete
  7. esok JM akan pos laju something buat abe MKL..semoga terima dgn selamat

    ReplyDelete
  8. baru tahu susah nak cari tong sampah ... malaysia banyak tong sampah, sampah pun banyak juga :)

    ReplyDelete
  9. setuju dengan statement tu. memang jenuh nak jumpa tong sampah. sampaikan saya sediakan sendiri plastik lain dalam beg untuk letak sampah sebelum jumpa tong sampah.

    ReplyDelete
  10. Moral yg sgt baik.. itulah sikap yg patut kita contohi. Tapi tak ramai yg nak ikut teladan mcm tu hhmmm... thanks sharing sahabat... :)

    ReplyDelete
  11. Mcm 3D waterfall tu. ckp cntik

    ReplyDelete
  12. Kadang orang Jepang dan Korea dalam kehidupan sehari hari lebih islami dari kita yg orang muslim, Pak Lim. Harusnya kita yg muslim malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terasa malu dengan depa pasal bersih sangat. Sekarang pun terikut-ikut sikap depa.

      Delete
  13. mungkin diorang sahaja je buat macam tu..so that orang tak buat sampah..dahsyat ek, Singapore pun kalah

    ReplyDelete
  14. TQ. Info yg baik tapi short & sharp. Banyak sangat gambar. As Salam

    ReplyDelete
  15. ramainya org, tpi kenapa x nmpak ada org mandi..? ke mmg x bleh mandi kat situ.. ?

    ReplyDelete
  16. ni semua mentaliti kan MKL
    lagipun didikan sejak kecil beri impak sehingga dewasa

    ReplyDelete
  17. kat tpt kita byk tong sampah sbb byk sampah bersepah . tu pun masukkan sampah ke dlam tong tak masuk juga . bersepad di sekitar tong sampah ... dah jadi budaya lah . klu org malaysia pembersih , x de la byk bangla kat msia ni utk buat kerja pembersihan , kan !

    ReplyDelete
  18. orang Malaysia ? hehe kulit durian pun campak luar tingkap >.< hahaha

    ReplyDelete