Thursday, 29 September 2016

Aku dan Sang Helang

Tanjong Malim

Jadikan diri anda sebagai Sang Helang. 

Artikel oleh Atiff Ghazali


HELANG adalah seeekor burung yang dikurniakan Allah sebagai salah seekor haiwan yang panjang riwayat hidupnya. Umurnya dapat mencapai sehingga 70 tahun. Tetapi, helang perlu membuat keputusan yang sangat sukar apabila umurnya 40 tahun.

Ketika umur sebegini, paruhnya mulai panjang hingga membengkok sampai ke dada. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulu yang lebat menyukarkannya untuk terbang.

Pada waktu ini, Helang perlu membuat keputusan sama ada menunggu kematian atau meneruskan kehidupan dengan proses transformasi yang menyakitkan selama 150 hari.

Untuk melakukan proses transformasi ini, Helang perlu ke puncak gunung & tinggal di sana sepanjang proses itu berlaku.Pertamanya, Helang perlu mematukkan paruhnya ke batu karang sehingga paruhnya tercabut dan menunggu untuk tumbuh paruh yang baru. Dengan adanya paruh yang baru , Ia perlu membuang cakar-cakarnya.Ketika cakarnya tumbuh yang baru, ia perlu membuang seluruh bulu-bulunya. Lima bulan kemudian, bulu-bulunya akan tumbuh kembali & Helang menjalani hidup selama 30 tahun dgn penuh energi. 
............

Sahabat sekalian, kadangkala kita perlu melakukan keputusan yang teruk untuk menjadi lebih baik. Jangan biarkan masa lalu melemahkan semangat kita kerana ANDA lah HELANG-HELANG itu!

Sang Helang adalah antara haiwan kegemaran saya. Banyak iktibar yang boleh kita pelajari dari seekor haiwan yang gagah terbang tinggi di angkasa raya.

Terbang Helang

Lirik Lagu Melayu

Sharifah Aini

Khairil Johari Johar dan Habsah Hassan

Di angkasa nan luas

Terbang sang helang bebas

Menebarkan sayapnya

Sungguh megah lagaknya

Helang mendabik dada

Membelahi angkasa

Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri

Burung lain terbang lari

Kau merasakan dirimu gagah

Hak yang lain tak kau endah

Mangganas engkau di angkasa

Terbanglah engkau tinggi

Sampai ke mana lagi

Ingin engkau jelajahi

Sehingga kau terlupa

Yang tinggi jatuh jua

Bila tiba ketika

Kau ketanah akhirnya

Bila saja engkau menghampiri

Burung lain terbang lari

Kau merasakan dirimu gagah

Hak yang laun tak kau endah

Mengganas engakau di angkasa

Di angkasa nan luas

Terbang sang helang bebas

Menebarkan sayapnya

Usah kau lupa diri

Bahawa langit itu tinggi

Nanti lemas sendiri

Nanti lemas sendiri

17 comments:

  1. Subhanallah...begitu prosesnya utk hidup lebih lama..nice sharing..

    ReplyDelete
  2. betul ke cerita tu bro..x penh dgr lak...

    ReplyDelete
  3. Best tu dapat rasakan kehebatan ...

    ReplyDelete
  4. Strong will power to survive :)

    ReplyDelete
  5. Baru tahu info pasal helang ni...sebelum ni tak pernah dengar pun...

    ReplyDelete
  6. Sekali mengepak terus melayang ..hebat si helang di awan

    ReplyDelete
  7. untuk bloglist kita nak guna HTML yang mana satu ? saya dah lupa

    ReplyDelete
  8. tak pernah dengar pulak kisah ni..tapi moralnya bagus

    ReplyDelete
  9. Teringat Langkawi. Hehe... baru tahu paruh helang boleh tumbuh semula

    ReplyDelete
  10. I love reading most of your articles. Love them.

    ReplyDelete
  11. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tunaikan permintaan anda. Semoga berjaya selalu.

      Delete