Monday, 13 February 2017

Puncak Bukit Berekeh

Bukit Berakeh diviralkan sebagai nama Bukit Berekeh atau Bukit Botak. Ketinggian adalah kira-kira 1940 kaki atau 454 meter dari paras laut. Bukit ini terletak di Kampung Bawong,Lasah dalam Mukim Pulau Kemiri, Perak Darul Ridzuan. 

Bukit Berekeh ini sesuai untuk penggemar fotografi merakamkan gambar-gambar matahari terbit,dan matahari terbenam. Lebih-lebih seperti saya yang suka mengejar awan karpet putih. Saya suka dengan ketinggiannya yang sederhana. Koordinat adalah 1805. Pendakian yang santai-santai dengan panorama yang cukup indah. 

Untuk ke lokasi ini, waze je Kampung Bawong, Lasah. Untuk sampai ke atas puncak Bukit Berekeh, guna view ranger. Terdapat lima puncak kesemuanya. Puncak tertinggi adalah puncak kelima dengan Beirut di atasnya menamatkan misi anda mengejar hamparan karpet putih.     

Arif, sahabat teman di puncak kelima Bukit Berekeh


Misi mengejar awan karpet 

 Lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian dengan awan karpet.

 Hamparan karpet putih

 Pemandangan indah lautan awan di sekelilingi anda

Begitu indahnya pemandangan permaidani putih di pagi hari  

Di sini teman terus sujud ke pangkuan kekasihku yang teragung. Sesungguhnya, sujud itu indah. Kau berbisik ke bumi tapi didengar di langit. 

Allahuakbar. Allah is the Greater.




21 comments:

  1. Cantik menarik pemandangannya...

    ReplyDelete
  2. cantiknya, teringin juga nak tengok sendiri karpet awan tu

    ReplyDelete
  3. SUBHANALLAH CANTIK SEKALI PEMANDANGANNYA

    ReplyDelete
  4. Salam saudara ikut trek mana ya? Sama macam sebelum ni ke? Sebab haritu berekeh tutup sementara, masih trek yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut trek baru. Tak sama. Trek kebun kelapa sawit memang dah tak boleh lalu. Itu tanah persendirian. Ini trek awam..trek yang boleh dilalui oleh 4WD dan motorsikal.

      Delete
  5. Salam Tuan, guna trek mana ya? Masih sama macam dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trek baru...ada trek baru..trek mengikut lereng bukit tanah merah sebelum sampai ke trek hutan yang lama...

      Delete
  6. mmg betul... kalu g mn2 puncak bkt or gunung, view on the top mmg x terucap kecantikannya

    ReplyDelete
  7. subhanAllah, memang sngt cantik karpet putih 😄 bentangan ku permaidani, dari baldu berwarna putih. eh eh, tetiba teringat rangkap lagu tu

    ReplyDelete
  8. Ya Allah cantiknya pemandangan dia. time naik naik pukul berapa? awal pagi ya? btw saya singgah dan follow blog ni. blog yang menarik :) . jemput melawat blog saya jika berkelapangan

    http://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik pukul 5.00 pagi. Saya akan melawat blog anda. Semoga berjaya dalam dunia blogging.

      Delete
  9. pergh cantikya pemandangan. memang tak dinafikan ia port yang sesuai untuk photography :)

    ReplyDelete
  10. sungguh tenang dan mendamaikan..Allahuakbar

    ReplyDelete
  11. Banyak juga nama bukit yang aku tak tau kewujudannya..

    ReplyDelete
  12. bila laa nak hiking sini pula. hmm

    ReplyDelete
  13. Mmg cantik... menginspirasikan :)

    ReplyDelete
  14. Macam mana nak contact admin ya . Nak tanya pasal berekeh . Tak pun, admin , boleh contact sy tak . eyrahfaez@gmail.com . 2nd april nak pi naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah menghubungi dayang di email. Tq

      Delete