Monday 17 April 2017

Itinenary ke Kuching

Taman Negara Bako : The Sea Stack


19 April 2017 (Rabu)

Flight 11.40 pagi  &  1.30 tengah hari tiba di Kuching. 3.00 petang di hotel. Semua perlu tiba di KLIA 3 jam sebelum departure.

Pengangkutan dari airport ke hotel : Perkhidmatan Uber,  lebih kurang RM11.00 atau naik teksi berkupon dari Airport Kuching ke hotel. Harga Standard : RM26.00

Tinggal di Abell Hotel, 22 Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching,Sarawak. 

Aktiviti : berjalan-jalan di Waterfront Kucing dan naik bot Penambang ke Kampung Boyan.

20 April (Khamis)

8.00 pagi :Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Bako. (45 minit). Perjalanan adalah dari Kuching ke Jeti Bako dan Bako National Park. 10.00 pagi : Mula tracking (Route : Teluk Pandan Kecil). Dari jeti Bako ke Bako National Park adalah kira-kira 30 minit dengan menaiki bot.  Masa untuk trekking adalah 2 jam.  Latar belakang : Gunung Santubong. Bot terakhir adalah jam 4.00 petang.  4.30 petang : Bertolak ke Kuching. Berhenti di Jambatan Sungai Santubong. Ambil gambar Latar belakang Gunung Santubong. Kan Misi kita menjejak Puteri Santubong. Puteri Sejinjangi penjaga gunung negeri Sarawak.

Park Fee : RM10.00  Tambang boat : RM30 (dua hala) campur RM35 (ke Sea Stack mercu tanda bako National Park).

Kita mulakan perjalanan dengan bot dari Jeti Bako ke Sea Stack. Lepas itu, ke Teluk Pandan Kecil. Hiking bermula di sini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kembali ke HQ.

Kita akan sewa kereta kancil dan boleh tinjau di mudah.com. Kami bercadang book Kancil (RM60). Book dengan En.Ting (0198788096).

21 April (Jumaat)

8.00 pagi : Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Semenggoh Wildlife Center (45 minit) Bertemu dengan Orang Utan. 9.00 pagi acara bagi makan Orang Utan. Waktu terbaik untuk melawat adalah antara bulan Mac hingga April setiap tahun. Fee kemasukan adalah RM5.00. Perjalanan adalah dari Kuching ke Kota Padawan,Jalan Kucing ke Serian.

12.00 tengah hari : Bertolak ke Sarawak Cultural Village (45 mint) Entrance Fee : RM15/ per person dengan kad pelajar. Bukan pelajar RM60.00. 11.30 dan 4.15 pm ada acara tarian. 4.00 petang : bertolak ke Kuching.

Melawat Pantai Damai. Masuk RM5. Pantai best. Puncak Santubong boleh dilihat dalam perjalanan ke Pantai Damai. Pantai Damai terletak di pinggir kaki Gunung Santubong, Lawat Damai Beach Resort, Damai Central. Ada Tugu burung kenyalang/enggang berwarna putih. Ada surau, tandas dan medan selera.


22 April (Sabtu)

Pagi :  

Pasar Minggu Satok : 7.00 pagi hingga 10.00 malam.  Berjalan-jalan di pasar waktu pagi sampai ke tengah hari. Di Kubah Ria Komplex.

Petang :  Melawat tempat-tempat yang menarik dan belum dilawati sebelum ini :

1.  Tugu Kuching/ Square Tower/Chinese Museum
2.  India Street/ Lukisan Mural Jalan Power
3.  Astana ,Sarawak State Assembly Building, Fort Margaritha & Sarawak Orchid Garden. Naik bot penambang.
4.  Musium Sarawak/Heroes monument/ Musium kuching and Musium Tekstil. Jalan kaki dari Padang Merdeka, Jalan Tun Abang Haji Openg.
                

5.00 petang : River Cuisine di sepanjang Sungai Sarawak menikmati matahari terbenam.

8.00 malam :Top Spot Food Court Kuching, 

Set waze/ goggle map ke UTC Sarawak. Bangunan UTC dekat dengan Kuching Water front dan dekat dengan hotel Pullman. Nampak sign 1Malaysia sebesar-besar bangunan. Naik tingkat 6 bangunan dan terus jumpa Food Court Top Spot. Address : Jalan Bukit Mata Kuching, 43100 Kuching, Sarawak.  Kedai pilihan no 25, Bukit Mata Seafood. Order Siakap Tiga Rasa dan Sayur Midi Goreng Belacan.

23 April (Ahad)

Pagi :  Kuching Civic Centre/ Dewan Suarah Negeri Kuching. (Seperti Payung). Atas menara boleh melihat seluruh bandaraya Kuching dan kawasan sekitar. Ada Planetarium Sultan Iskandar, yang pertama di Malaysia. Tiket masuk :RM2. Alamat : Jalan Taman Budaya, 93000 Kuching, Sarawak. 

Flight jam : 1.55 tengah hari. Tiba di KLIA jam 3.40 petang. Perlu ada di air port kira-kira 2 jam sebelum berlepas.

Makanan yang sedap antaranya : Mee Kolok, Ayam Pansuh, Laksa Sarawak, Bakso, Ayam Pansuh, dan Nasi Putih + Ikan Masin + Sambal Belacan Ulam.

18 comments:

  1. iti yang menarik..belum pernah sampai ke Kuching..moga ada rezeki suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. satu2 negeri dalam malaysia yg belum sy jejaki lg sob sob

    ReplyDelete
  3. wow macam cobra la sea stack tu

    ReplyDelete
  4. tudia.. ke kuching pulak...
    cantik batu tu..

    ReplyDelete
  5. Dah pernah pergi sini! hehehe. Serius ah daripada bawah bentuk dia macamtu?
    WOWWW CANTIKNYA! Tak pernah tahu bentuk dia macamtu.

    ReplyDelete
  6. Serawak yg bnyk tmpat menarik utk dilawati

    ReplyDelete
  7. Saya kerap gi sarawak and sabah. Tapi tak terfikir nak cari puteri santubung. Puteri tu tunggu tuan kot.

    Waterfront Kucing je tempat lepak sementara tunggu azan

    ReplyDelete
  8. sarawak je negeri yg belum abe kie jejakkan kaki. meme nak sangat gi situ...

    ReplyDelete
  9. batu yang keren pak kim mantap alhamdulillah matur nuwun suguhannya nikmat bangeet ^-^

    ReplyDelete
  10. Masya Allah..
    tebingnya awesome banget gan :-)

    ReplyDelete
  11. lama tak ke kuching, menarik juga

    ReplyDelete
  12. rindu sayur midi...wow..nk menjejak Puteri Santubong..hihi..saya kalau jumpa puteri santubong, terus larikk..hehe..

    ReplyDelete
  13. waa keren nih, udah lama ga ke Kuching. belum pernah sih lebih tepatnya

    ReplyDelete
  14. Saya pun lama dah tak ke kuching.. pasti dah banyak perubahan dan kemajuan di sana sekarang.

    ReplyDelete
  15. kalau ke kuching boleh rujuk entri ini

    ReplyDelete