Thursday 27 April 2017

Teaser 1 : Ireland & Northern Ireland

Salam. Ireland dan Northern Island adalah sebuah tempat yang mempunyai kepulan bentuk-bentuk awannya sangat cantik dan menarik selain matahari terbit dan terbenam. Penceritaan saya kali ini adalah lokasi di sekitar Ireland dan Northern Ireland.

Saya hendak berkongsi cerita tentang Giant's Causeway. Cerita ini ditulis oleh Gandhi Papa.


Sekiranya anda ke UK dan ada kesempatan boleh la lajak ke North Ireland (NI). NI adalah sebuah negara di bawah naungan UK. Banyak juga tempat-tempat yang  menarik di sana seperti Giant's Causeway, Carrick-a-Rede rope bridge, Dunluce Castle dan banyak lagi castle sekitar NI.

Kalau peminat tegar Game of Throne di sini memang tempat pengambarannya melalui Causeway Coastal Route sampai ke town of Ballycastle. Tetapi di sini saya nak cerita tentang Giant's Causeway sahaja. Tempatnya sangat cantik.😅. Lihat gambar di bawah tentang Giant's Causeway (GC). GC adalah satu tempat tarikan di NI dan salah satu UNESCO World Heritage site pada 1986. Ia juga dinobatkan antara the greatest 4 natural wonder di UK. Apa unik disini?? Selain pemandangan yang cantik sekitar tepi laut dan berbukit.. ada cerita menarik untuk dikongsikan.

Menurut cerita zaman dahulu.. Mereka terkenal cerita dengan kisah Giant Legendary (berbadan besar) mostly negara Vikings spt Sweden, Denmark, dan Norway tak lupa juga Scotland dan Ireland. Ceritanya bermula apabila Causeway ini dibina oleh giant bernama Finn MacCool (Finn). Finn  adalah giant yang sangat gagah dan perkasa di daerah Ireland. Suatu hari dia terfikir untuk melebarkan kawasan jajahan ke Scotland maka dia perlu ke seberang untuk ke Scotland untuk meninjau atau melihat keadaan di sana. Untuk ke sana dia perlu merentasi laut North Channel maka dibinanya Causeway ini seperti piling (macam cerucuk besi) hingga ke scotland. (Causeway inilah yg dinamakan the Giant's Causeway). Setiba di sana beliau rasa dialah yang gagah perkasa dan boleh menawan scotland dengan mudah.. Tetapi malangnya beliau terjumpa giant yang lagi besar darinya.. 2 kali besar dari saiz tapak kakinya dan 2 kali besar saiz badannya.. Giant tersebut bernama Benandonner. Maka giant Finn pun lari lintang pukang balik ke Ireland menyedari Benandonner dapat menghidu kedatangannya untuk menawan Scotland. Giant Benandonner amat terkejut dengan Causeway yang dibina di tepian laut dan dia mengekori giant FInn berserta geng-geng giant yang lain merentasi laut North Channel ke NI.
 
Setiba Finn di NI beliau mencari isterinya dalam ketakutan kerana giant Benandonner akan membunuh beliau dan kemungkinan isterinya. Isterinya bernama giant Oonagh. Isterinya sangat cerdik lalu memakaikan giant Finn pakaian baby di tempt tidur. Giant Finn terpingga-pinga apa yang isterinya lakukan ketika dia dalam ketakutan.. Dalam ketakutan itu maka Giant Benandonner membuka pintu rumah untuk menjejaki Finn. Beliau amat terkejut dan ketakutan kerana melihat ada baby yang sangat besar. Beliau berkata kepada diri sendiri jika baby giant adalah sebesar ini maka bapaknya mungkin lagi besar daripadanya. Maka giant Benandonner pun balik ke Scotland tanpa pertumpahan darah berlaku.. Inilah cerita legendary atau cerita dongeng the Giant's Causeway.. 2 giant yang ingin berperang tapi tak pernah bersemuka di dalam hayatnya.


Peta Ireland dan Northern Ireland

Kami akan melawat Ireland dan North Ireland. Pengembaraan ini sempena konvokesyen anak lelaki saya, Nasree (Alang). Adik Dr. Nassier yang telah berkhidmat di Bendingo, Victoria, Australia. Nasree juga bakal seorang doktor perubatan, akan bergraduat dari RCSI, Ireland. 

Berikut adalah antara tempat-tempat yang akan kami lawati semasa berada di Ireland dan North Ireland nanti.

 Nur Atiqah MN : Giant Causeway, Northern Island.

Nur Atiqah MN : Watergate Park, Tallaght, Dublin

Nur Atiqah MN : Doolin, County Clare, Ireland.

Nur Atiqah MN : Blanchard Dublin

Nur Atiqah MN : Ha'penny Bridge, Dublin.

16 comments:

  1. Insya allah kalu murah rezeki sy thn dpn sy akn smpi sini =)

    ReplyDelete
  2. Paling cantik la gambar yang last tu! huaaaaa bestnya kalau dapat pergi sini.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah , Cantiknyaaa view =)

    ReplyDelete
  4. Tahniah MKL... dh bsr2 ank ya... sya pon x prnh ke ireland lg... dngr cerita mmg cntik tmptnya

    ReplyDelete
  5. subhanallah sungguh cantik bumi Allah

    ReplyDelete
  6. Subhanallah, cantiknya view...

    ReplyDelete
  7. banyak location GOT kat sana.. omg

    ReplyDelete
  8. Wow menarik.. tempat yg cantik, tenang dan nyaman :)

    ReplyDelete
  9. tahniah utk konvo anak lelaki :D
    seronoknya anak belajar jauh2 ni, boleh merantau kesana juga

    ReplyDelete
  10. wah..pergi Ireland.bestnya.have fun ye!

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pemandangan kat sana

    ReplyDelete
  12. Breathtaking views! Langit sana cantik betul :D

    ReplyDelete