Tuesday 18 July 2017

Day 2 (Ahad 19/3/2017) : Rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu Ke Hat Yai Siri 1

Laut Krabi dan Pulau-pulau di sekitarnya

Coretan kali ini, adalah kisah saya dan rombongan Opah Siah Lejen dan kuncu-kuncunya ke Hat Yai dan Krabi. Kami membuat Island Hoping bermula dari Pantai Krabi. Ejen akan mengambil kami di Jeti Pantai Krabi. Island hoping adalah  4 island sahaja lebih kurang RM57.00. Kami ambil pakej yang paling murah sekali. Kami tidak singgah di National Park. Kalau nak singgah di National Park perlu tambah pulus lagi.  Sekadar menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik. Kami dibekalkan dengan makan tengah hari, dan mandi manda di tepi pulau sahaja. 

Setakat yang saya ingat kami menikmati pemandangan 4 buah pulau. Antara pulau-pulau yang telah kami singgah adalah Poda Island, Tup Island, Chicken Island, Talu Island dan Railey Island. Kami singgah bermandi manda di Railey Island. Banyak aktiviti boleh dilakukan di Railey Island. Anda boleh mandi manda di tepian pantai. Ramai mat salleh di sini. Anda boleh cuci mata. Mereka begitu sexy dan cantik dipandang. Pantai yang putih di tambahi dengan air laut biru yang bersih jernih. Anda seharusnya mengambil peluang snorkeling. Ikan-ikan di sini jinak-jinak belaka. Banyak ikan tropika di sini seperti Nemo,batu karang yang berwarna warni, dan kadang-kala anda akan menemui black tip reef sharks yang jinak. Ada juga boleh  memanjat batu-batan di sini. Selepas itu, anda boleh terjun ke dasar laut. 

Saya begitu menyukai warna biru. 2/3 daripada bumi kita adalah berwarna biru. Biru  adalah warna kegemaran saya. Biru adalah lambang ketenangan dan kedamaian hidup. Biru membuatkan diri saya berasa begitu jernih dan muda sekali.  Biru berjaya melembutkan hati saya seperti air yang mengalir dengan tenaga yang bergelora seperti air pasang surut dalam melakukan kegiatan harian. Saya menggambarkan diri sebagai seorang ayah, suami, kekasih dan sahabat yang penuh dengan perasaan kasih sayang , muda remaja dan berjiwa bebas. 

Laut, dan  Langit semuanya berwarna biru. Biru yang mendamaikan jiwa dan raga saya. Biru adalah jiwa saya yang pasif tetapi bergerak seperti seekor itik di dasar sungai. Anda tidak nampak begitu derasnya kayuhan seekor itik yang bergerak begitu pasif dan tenang. Jadilah seperti seekor itik. 

Belajar mengikut prinsip seekor itik. Di atas permukaan air, itik kelihatan begitu tenang dan selesa. Pergerakan mereka begitu lembut, lancar dan indah sekali. Namun cuba anda lihat di bawah permukaan air, kaki itik bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul. 

Gabungan kuasa biru dan itik, itu adalah saya.  Kuasa biru itu melambangkan bahawa kita nampak tenang, bersahaja dan tenang setelah berjaya tapi sebenarnya kita bekerja keras, bertungkus lumus dalam usaha mencapai kejayaan. Kita bersikap pasif pada dasarnya. Kita tidak nampak usaha keras mereka. Ini kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja. Seperti seekor itik yang sedang berenang di tepian. Itik kelihatan sedang bergerak dengan tenang dan damai, seperti lambang warna biru tetapi sebenarnya di bawah permukaan air,kakinya bekerja keras mengayuh air agar kekal timbul di permukaan.   


 Pohon nan sebatang

 Jeti Pantai Krabi


 Mohammad anak saudara yang lasak

 Chicken Island

 Tup Island

Longtail Boat

 Pembantu Pemandu Longtail Boat

Poda Island

12 comments:

  1. belum pernah ke sini lagi dan berharap dapat melancong ke sini nanti. kalu ada rezeki. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. memang tenang kalau tengok laut kan..saya pun suka.

    ReplyDelete
  3. Syoknyaaaa tengok pemandangan tu. InshaAllah ada rezeki nak ke sini juga nanti.

    ReplyDelete
  4. Tuan mengambarkan warna biru dengan indah sekali. Memang benar, laut yg cantik disebabkan warna biru.

    ReplyDelete
  5. SUASANA ALAM KRABI MEMBIRU INDAH...

    ReplyDelete
  6. Wah seronoknya ke krabi =)

    ReplyDelete
  7. Subhanallah, pemandangannya indah....

    ReplyDelete
  8. hehe lepak tepi pantai cuci mateeeeee =P

    ReplyDelete
  9. Pemandangan yg indah dan nyaman.. Tapi kenepa saya belum sampai lagi yer di sini hahaha.. :D

    ReplyDelete
  10. ni yg rs nk terjun laut jg skrggggg

    ReplyDelete