Wednesday 8 August 2018

Green House Lezatta, Bukit Tinggi

Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
Green House Lezatta terletak di Jalan Raya Bukittinggi-Payakumbuh, km 9.5, Kabupaten Agam, Sumatera Barat.     
Sekiranya anda adalah dari Kota Bukit tinggi, Rumah Hobbit ini berada di sebelah kiri jalan sebelum SPBU Baso. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Tirtasari yang berjarak sekitar kira-kira 30 minit dari Kota Bukit tinggi. Tetapi sekiranya dari arah Pekan Baru, setelah SBPU Baso, adalah  kira-kira 100 meter, di sebelah kanan jalan. 
Akses ke sini melalui pengangkutan awam, adalah dengan menggunakan angkot biru muda dari Aur Kuning
Waktu masuk adalah kira-kira Rp15,000 untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah sekitar Rp10,000
Pemandangan di sini menakjubkan dengan keindahan yang hijau saujana mata memandang. Anda boleh melawat rumah hobbit dan rumah Barbie.  Di sini terdapatnya kolam ikan, warung makanan, dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di sini seperti orkid, kaktus dan tanaman hiasan yang lain. Keluarga anda pasti terhibur dan akan membawa pulang seribu kenangan.  

Green House Lezatta Garden
Imah begitu terpesona dengan bunga-bunga ros 
 Imah berjalan-jalan di sekitar taman bunga.

 Taman bunga yang begitu tersergam indah

 Landskap taman hobbit begitu indah

 Imah dengan pelbagai aksi

 Taman ini bagaikan Indera di kayangan

Imah dan rumah hobbit


 Begitu  indahnya rumah hobbit walau pun senget atau miring. 

Imah dan teman kuliah.

 Imah bersama sahabat seperjuangan di Universiti Andalas

Imah pulang membawa tangisan bahagia, seribu kenangan di taman hobbit.

14 comments:

  1. cantiknya rumah hobbit, mesti rindu nak pergo sana lagi kan

    ReplyDelete
  2. hobbit ada x kt sini?😊

    ReplyDelete
  3. Nice travel guide for the green house lezatta, thanks for useful information you shared with us.

    ReplyDelete
  4. tarikan baru di Bukit Tinggi...cantik tamannya..

    ReplyDelete
  5. Warna-warni rumah hobbit... mesti hobbit-hobbit ni makhluk yang ceria perwatakannya... hehehe

    ReplyDelete
  6. Menarik tempat ni.. seronok klu santai2 sekeluarga kat sini. Thanks sharing!

    ReplyDelete
  7. teringin nak ke sana lagi. Last pi sana thn 1993. Masa tu naik feri di Melaka n turun di Dumai. Pas tu meredah Pulau Sumatera hingga ke Padang Panjang

    ReplyDelete
  8. Wah cantik la taman bunga dan rumah-rumah tu...

    ReplyDelete
  9. comel comel la caption Uncle kat gambar2 tu hehe..

    ReplyDelete