Batu 4.5 Jalan Pantai
Pulau Burung adalah di sebelah Pantai Cahaya Negeri. Kemudahan jeti rekreasi sepanjang 181.7 m telah menghubungkan Pulau Burung dengan Pantai Cahaya Negeri sekaligus mewujudkan kesinambungan laluan serta kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung untuk beriadah.
Pulau Burung adalah salah satu daripada Hutan Paya Laut yang wujud di Port Dickson. Terdapat tiga spesis pokok di kawasan ini iaitu, Api-api putih, Bakau minyak dan Bakau kurap. Keunikan hutan paya ini bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam pemuliharaan dan keseimbangan alam sekitar malah turut mewujudkan ekosistem yang kompleks bagi hidupan laut persisiran pantai.
Kemudahan Jeti Rekreasi
Laluan Ke Pulau Burung dari Pantai Cahaya Negeri
Ingin melihat Hutan Paya Laut
Selamat Pengantin Baru
Semoga Bahagia ke Anak Cucu
Begitu Kerdilnya diriku di celah-celah Paya
Nun jauh di sana Bandar PD
Nun jauh di sana Batu 5 Jalan Pantai
Mentari hampir melabuhkan tirai
Ya Allah, ampunkanlah dosa umatmu
Sang Mentari di lautan
Pulang marilah pulang








