Macam-macam dalam kepala bila currency jatuh. Macam-macam tempat nak pergi seperti Balkan Country. Namun hasrat ditangguhkan sebab currency Malaysia makin teruk. Sebelum ini dah merancang ke Philippines. Namun, tempoh 2 minggu terlalu lama di sana. Teringin nak pergi negara sejuk seketika. (Inilah kelebihan bergerak solo, boleh suka-suka hati.huhu)
Alhamdulillah, akhirnya, membuat keputusan untuk ke China melalui Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila. Sebelum membuat keputusan ini, saya ada membuat kajian sedikit berkaitan 4 musim di sana. Niat di hati, nak pergi masa Autumn tengah lebat. Lazimnya, Autumn yang cantik di kebanyakan negara ( Hemisfera Utara) pada bulan Oktober sehingga awal November. Namun, cuti saya bermula pada 21 November ke atas.
Bagi kebanyakan negara 4 musim, Bulan November merupakan bulan yang penuh kesuraman terutamanya di Amerika, Eropah, Korea & China. Bulan ini merupakan peralihan di antara Autumn ke Winter. Cari punya cari, akhirnya menemui musim Autumn tercantik (daun-daun merah, kuning & keemasan) di Central Japan terutamanya Kyoto & Osaka. Namun, niat di hati nak menjejak ke China kerana Jepun telah dijejaki. Lagipun, flight ke Jepun mahal dari Manila.
Bulan November merupakan low season di beberapa bahagian di China terutamanya Beijing & Xian, Harbin, Urumqi bersiap sedia ke musim sejuk. Kumming, Guilin, Guangzhou pula masih melalui Autumn. Namun, pemandangan Autumn yang hebat pada lewat November sehingga Disember boleh dijumpai di Shanghai, Hangzhou, Nanjing & kawasan berdekatan. Hangzhou antara kawasan paling cantik di China!Saya sudah bertanya di website tour-beijing berkenaan ini. Mereka mengatakan waktu terbaik ke sana mulai penghujung November.
Jadi, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke sana.Lebih-lebih saya tidak pernah ke China & tidak pernah melawat negara luar pada musimAutumn. Namun ,trip saya turut meletakkan Beijing dan Xian yang kaya dengan budaya serta sejarah. Di tempat berhampiran Beijing juga terdapat pokok-pokok berwarna yang masih cantik pada penghujung November iaitu Mutianyu Great Wall. Beberapa tempat di Philippines juga menjadi taruhan sekitar Luzon Island.
Berikut merupakan sedikit gambaran perjalanan solo saya:
21 Nov: Flight Kuala Lumpur - Manila (Air Asia). tiba di Manila Tengahari.
Pada sebelah malam flight Manila - Beijing (Cebu Pacific).
22 Nov: Beijing
23 Nov: Beijing
24 Nov: Xian
25 Nov: Xian
26 Nov: Nanjing - Hangzhou
27 Nov: Hangzhou
28 Nov: Hangzhou - Shanghai
29 Nov: Shanghai
30 Nov: Manila - Taal Volcano
1 Dis : Taal Volcano
2 Dis : Mayon Volcano
3 Dis : Legazpi - Manila
4 Dis : Manila
5 Dis : Manila - Kuala Lumpur
Apa kata kawan-kawan kaki jalan kalian ? Saya tengah hendak mengubahsuai itinerary ini dan merancang ke sana sama ada tahun 2015 atau 2016. Selamat mencuba.