Saturday, 17 September 2016

"Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".

giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal

Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.

Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
(* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

Hadiah :

  1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 

Read more ...

Thursday, 15 September 2016

Jambatan Gantung Muzium Tentera Darat Port Dickson Siri 2

Jambatan Gantung Muzium Tentera Darat Port Dickson Siri 2


Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lokasi : Muzium Tentera Darat, Batu 4, Kem Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kemasukan : Percuma.

Di sini adalah sambungan dari Siri 1 seperti berikut :



 Begitu seronoknya bila berada di atas jambatan gantung.

 Nikmat yang sering kita lupa adalah masa lapang kita. Gunakan sebaik mungkin.

 Apabila berada di atas, jangan lupa rumput di tepi jalan.

 Kita boleh bina rumah kabin seperti  ini juga di kebun.

 Rumah Kabin Askar

 Hari semakin menjelang senja.

 Teman, Pokok Tua dan Wakaf

Naimah kembar tak seiras Naim 
Read more ...

Sunday, 11 September 2016

segmen: bloglist ayuinsyirah tahun 2016 "

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.  Sudah lama tidak ikuti perkembangan blog rakan blogger Cikgu Ayu Insyirah.  Kini Cikgu Ayu kembali semula dengan segmen bloglist.  Segmen yang menarik kerana segmen ini berlangsung selama sebulan.  Maka setiap orang berpeluang untuk menyertai segmen ini.  Penyertaan tidak susah, hanya memerlukan kreativiti dan daya usaha yang menghasilkan entri.

Ini adalah entri penyertaan YB untuk Segmen: Bloglist Ayu Insyirah Tahun 2016.  Berikut adalah sebahagian daripada maklumat untuk segmen ini.

Moh kita ikuti segmen bloglist dan link adalah seperti berikut :http://www.ayuinsyirah.my/




Read more ...

Friday, 9 September 2016

Jambatan Gantung Muzium Tentera Darat Port Dickson

Jambatan Gantung Muzium Tentera Darat Port Dickson Siri 1


Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lokasi : Muzium Tentera Darat, Batu 4, Kem Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kemasukan : Percuma.

Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Di muzium ini, anda berpeluang membaca dan mengikuti jalan cerita mengenai perjalanan ketenteraan dari era Kesultanan Melayu Melaka, era Portugis dan Belanda, era penjajahan British, era penubuhan Askar Melayu sehinggalah era Tentera Darat hari ini. 

Di sini selain daripada memasuki Muzium Tentera Darat Port Dickson, anda boleh juga boleh ke Jambatan Gantung Muzium Tentera Darat yang terletak di belakang muzium tersebut.

 Jambatan Gantung Muzium Tentera Darat Port Dickson

 Saya dan Naim

 Naim, anak istimewa teman

 Naim gayut juga dengan ketinggian

 Akhirnya berjaya turun ke bawah.

 Naim memerhatikan abahnya dari kejauhan.

 Salah satu kegemaran teman adalah memanjat Jambatan Gantung

 Begitu cantik sekali pokok tua, wakaf dan alam sekitar Jambatan Gantung Muzium Tentera Port Dickson

Read more ...

Monday, 5 September 2016

Itinenary Cuti-cuti Perth 2016

Western Australia :Itinenary Cuti-cuti Perth 2016

Hidup biarlah berjasa. Ikutlah resmi pohon yang hijau. Jika boleh berbuah, berbuahlah. Jika tidak berbuah biarlah berbunga, agar menjadi penghias alam. Jika tidak dapat berbunga, jadilah pohon rimbun menjadi tempat bernaung penghuni alam. Janganlah jadi pohon mati, kering dan layu, sakit mata memandang. Itu adalah tujuan utama saya berkongsi itinenary cuti-cuti Perth September, 2016.

Granite Skywalk (Castle Rock, Porongurup)
dragonboatingwa.asn.au

Hellfire Bay, Western Australia

Day 1 (11th September,2016 : Ahad)
1. Perth Airport
2. Yanchep National Park
3. Lancelin Sand Dunes
4. The Pinnacles Dersert
5. Lake Thetis
6. Emu Downs Wind Farm

Day 2  (12th September,2016 : Isnin)
1.  Araluen Botanic Park
2.  Lake Clifton Thromblites
3.  Busselton Jetty

Day 3 (13th September,2016 : Selasa)
1.  Cape Naturaliste Lighthouse
2.  Sugarloaf Rock, Dunsbourough
3.  Canal Rocks & Walyadaup Rock
3.  Hamelin Bay (Stingray)
4.  Cape Leeuwin Lighthouse &  Old Wheel Water
5.  Gloucester Tree, Pemberton
6.  Giant Tingle Tree, Walpole
7.  Valley of The Giant Tree Top Walk

Day 4 (14th September, 2016 : Rabu)
1.  Greens Pool, William Bay National Park
2.  Elephant Rocks, Denmark
3.  Albany Wind Farm
4.  Natural Gap & Bridge
5.  Blowholes, Torndirrup National Park
6.  Granite Skywalk (Castle Rock, Porongurup)

Day 5 (15th September,2016 : Khamis)
1.  Twilight Beach
2.  Salmon Beach
3.  Rotary Lookout
4.  Blue Haven
5.  West Beach
6.  Esperance Stonehenge
7.  Lucky Bay
8.  Hellfire Bay

Day 6 (16th September, 2016 : Jumaat)
1.  Wave Rock/Hippos Yawn, Hyden
2.   Wildflowers, Hyden
3.   York

Day 7 (17thSeptember, 2016 : Sabtu)
1.  Kings Park and Botanic Garden/ CBD View/Tree Top Walk
2.  Blue House Boat
3.  Jalan-Jalan Perth City, lepak depan Swan River
4.  Swan Bell Tower
5.  Harbour Town
6.  Elizabeth Quay


Day 8(18th September,2016 : Ahad)
1.   Fermantle Market
2.   Fremantle Habour
3.   Cicerello Fish & Chip
4.   E-Shed Market
5.  Cotteslove Beach/Sculpture Park


Day 9 (19th September,2016 : Isnin)
1.  Sampai ke KLIA2

   
Read more ...

Saturday, 3 September 2016

Homestay Villa Espa, Port Dickson

Port Dickson, Negeri Sembilan.

Homestay Villa Espa.  Maklumat homestay ini diperolehi dari Airbnb. Sangat berbaloi. Kadar RM118 untuk satu malam sahaja.

Ciri-ciri yang menarik :   Dekat dengan pantai, kira-kira 45 minit dari KLIA International Airport, dan dekat dengan Muzium Tentera Darat.
                                      Rumah ini mempunyai satu bilik air, satu ruang dapur, dua bilik. dan satu ruang tamu. Keadaan rumah ini baru, bersih dan kemas.
                                         Extra people : No Charge. Weekly discount : 20%. Monthly discount : 20%
                                   Saya suka suasana rumah ini kerana mengingatkan saya akan suasana kampung di Lambor Kanan, Perak. Homestay ini terletak di Jalan utama arah lebuhraya Seremban-Port Dickson. Berdekatan dengan jalan utama terdapat gerai laksa, rojak, ABC, Cendul dan pisang goreng yang sedap. Makanan sedapdi gerai ini sedap-sedap belaka. Harga pun berpatutan. 



 Hubungilah no seperti tertera di atas.

 Ruang tamu, ada iron board dan tv

 Bilik dua katil

 Dapur bersinki, mesin basuh, dan rice cooker

 Bilik Utama

 Meja makan, peti sejuk dan cerek elektrik

Water heater

 Suasana perkampungan yang tenang dan aman damai

 Kelihatan gerai laksa dan rojak yang sedap di jalan utama dan jalan masuk ke Homestay Villa Espa.

 Naimah, Naim, kaki travel dan Fauzan

Nadiah, Naim, Kaki travel dan Fauzan
Read more ...