Monday, 17 November 2014

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.

~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html

  "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana hasilannya unik dan nichie tersendiri yang pasti menawan hati setiap pengunjung blog.


SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*
 
Read more ...

Friday, 14 November 2014

Penang : Hop-On Hop Off


JOM KITA RAMAI-RAMAI

Missmunirah Roslan dengan rendah hati ingin menjemput all Buddies to have a ride on the newest attraction in PENANG on 17-23 November 2014 for free. Yes, you read it right, free!!. For traveller's blogger yang nak join the official launching, kindly What's App Missmunirah 012-215 2732 to put your name on. What's App gegedik tak mao layan katanya. 


Map Penang HOHO (nama pendek dia, jenuh nak sbut pjg sgt) hihi. Ade dua route. City route and beach route and ada Stop on Demand and Interchange stop.

Jemputan ini khas untuk traveller's blogger


Read more ...

Wednesday, 12 November 2014

Scammer Blacklisted : Paris

Paris, France

Kandkadventures.com

Saya teruja untuk membuat catatan tentang scammer dalam dunia travel sama ada pengalaman sendiri atau penceritaan orang lain. Niat adalah untuk membantu kawan-kawan atau sekadar peringatan untuk diri sendiri. Kan, kita sangat mencintai dunia jalan-jalan. 

Catatan kali ini dimulakan dengan berkongsi pengalaman bersama Faresha Joanis bt Johan dan Nasree Lim, anak saya.

Kalau anda berada di Paris, anda perlu berhati-hati dengan golongan Gipsy atau kulit hitam. Mereka berpakaian selekeh.Golongan ini sangat kasar, bengis dan suka memaksa kita. Mereka berada di merata-rata tempat terutama tube dan tempat-tempat pelancong. Berhati-hatilah,mana tahu tiba-tiba anda akan merasa tanpa di sedari tangan gadis Gipsy telah berada dalam handbag anda terutamanya di Metro. 

Kata orang itu memang kerja Gipsy, bagi kerja tak nak kerja. Hipothesis kot. Ini perlu dibuat research. 

Di antara scammer golongan Gipsy atau kulit hitam adalah seperti beriikut :

Situasi 1 :

"Do u speak English?"
Kalau jawab "Yes", Golongan ini akan suruh anda tanda tangan di atas sekeping kertas kononnya seperti petition. Selepas itu, anda akan di paw 10€. Nasree mengatakan bahawa kejadian ini hampir-hampir berlaku kepada kawan-kawannya di bawah Eiffel dan Louvre. Ada di antaranya dengan pantas menarik tangan kawan-kawan dan terus melarikan diri. Ada juga sahabat mereka yang telah menulis nama dan mengatakan no money dan terus belah cepat-cepat. 

Ada yang suruh sign petition. Dan kata mereka adalah dari persatuan deaf atau kurang upaya. Mereka akan meminta derma. Biasanya, kita akan memberi 5 Euro, kerana duit itu yang paling kecil. Mereka akan tunjuk kertas kerja yang mengatakan minimum derma adalah 10/20/50 Euro. Dalam tengah ambil duit tu, mereka dah pegang 5 Euro. Bila dah dapat 10 Euro daripada kita, mereka paw kedua-duanya dan terus melarikan diri. 

Nasree memberi satu situasi yang lain, hampir sama dengan do you speak English. Ini berlaku di Paris, geng Gipsy ini kononnya hendak buat silap mata. Mereka memegang tali hendak tunjuk magic dan serta ikat kedua-dua tangan. Bila dileraikan ikatan itu, masing-masing kena bayar. Atau beri tali kat tangan. Konon good luck charm. Kenalah anda bayar. Siap kena himpit pegang bahu tak bagi lari. Itu dah kena getah. 

Berhati-hati dengan golongan gipsy ini. Mereka suka sangat minta duit seperti Goblin dalam cerita The Merlin. Jangan sekali-kali melayan mereka. Buat muka bengis dan hati kering. Satu lagi yang sangat popular di Paris adalah gold ring scam. Gipsy ini bila nampak kita lalu, dia akan buat terjumpa cincin emas dari tanah. Akan bertanya ini anda punya kah? Sekiranya anda layan, mereka akan minta duit dari anda atau menyeluk poket anda tanpa disedari. 

Ada juga situasi di mana Gipsy akan datang kepada anda menjual benda terutamanya bunga. Gipsy ini akan membuat kita gelabah, kerana kita akan cari jalan menghalau mereka. Dalam sedar tak sedar, ada gipsy yang lain datang pickpocket pula. Mereka seperti segerombolan lebah datang menyerang anda.


Situasi 2:


Anda mungkin terserempak dengan sekumpulan gadis Gipsy. Sekiranya, anda telah dikenal pasti sebagai pemangsa, lebih-lebih lagi membawa beg branded dalam tube, kumpulan gadis Gipsy ini pasti mengekori anda. Gadis-gadis itu akan berdiri dekat pintu di tube. Gadis-gadis itu akan merampas beg anda sebaik sahaja pintu itu terkatup rapat. Begitu pantas pergerakan mereka seiringi dengan tertutupnya pintu tube. Sebaik sahaja anda berpatah balik ke situ,gadis-gadis itu telah menghilangkan diri.   


Situasi 3:

Ini biasanya berlaku di tempat membeli tiket terutamanya di setiap Gare. Biasanya, mereka tidak mempunyai kad pekerja.Pekerja itu sangat mesra. Menurut pengalaman bersama Faresha Joanis bt Johan, Tiket  hendak Ke Stesen Simplon dari Gare de Nord just 1.70€ je, dia pegi tunjuk yg harga 69.00€.

Nasib baik la saya pandai cakap French.
Saya tanya dia,
"Mana kad pekerja awak??"
Sebab semua pekerja dekat tube kena pakai kad pekerja.
Agaknye seorang pekerja tube tu nampak saya dah marah-marah budak ni.
Pekerja tu datang dekat saya,
"Attention ah. Il y a bcoup des picke pocket içi."
Bila saya pusing je, budak tu dah kena kejar dengan security. 
Kurang ajar. Nasib baik.


Pesanan dari penaja blog : 

1- Jalan dlm kumpulan. Jangan terpisah dari geng.

2- Kalau orang asing buat baik secara tiba-tiba . Eloklah berhati-hati. Dia suruh buat apa-apa, jangan buat.
3- BEWARE OF PICK POCKETS. Sekali dia seluk passport, memang habis tersadai kat situ.

4. Sekiranya situasi 2 berlaku kepada anda. Anda akan bernasib baik sekiranya tidak memasukkan semua benda dalam beg anda. Katakan anda masukkan pasport dan cash dalam poket depan. Pengajarannya jangan letak duit atau barang-barang berharga dalam satu tempat. Letak  wallet dalam beg sling atau handbag menghala ke depan. Jangan sekali-kali letak beg di tepi atau backpack di belakang. Kalau letak wallet dalam pocket belakang cari nahas namanya.
5. Jangan cakap dengan orang tak tentu pasal. Dalam tengah-tengah bercakap tu, seorang boleh buat kerja kerana anda tengah ralit. Manalah nak perasan. Karang menangis kena toreh.
6. Berhati-hatilah apabila anda dihug dan tiba-tiba dikerumuni oleh sekumpulan Gipsy.
Nasree mengatakan bahawa kejadian seumpama ini juga berlaku di Spain terutama Barcelona dan Italy. Di Barcelona sendiri terdapat banyak pickpocket dan mereka adalah terdiri daripada golongan professional. Di Italy juga adalah lubuk mereka terutamanya di depan Menara Pisa dan Collaseum. Contohnya, di Colosseum, ada orang yang berpakaian seperti pahlawan Rome. Jangan bergambar tanpa tanya harga dahulu. Memang kena kaw kaw nanti.

Anda dipersilakan menambah pengalaman anda semasa berada di Paris terutamanya dengan mencatat di ruangan komen di bawah. Lain kali saya akan  bawa anda ke negara lain pula dengan scammer yang berlainan pula. 


Read more ...

Tuesday, 11 November 2014

Beautiful Guilin 14 : Silver Cave 1

Yangshuo Silver Cave

Kali ini SiCharlie membawa kami melawat ke gua batu kapur yang kedua iaitu Silver Cave. Sebelum itu, kami telah melawat Tunnel Hill Cave. Gua ini jauh lebih besar dan memakan masa selama sejam perjalanan dari mula sampai ke akhirnya. Gua ini adalah gua yang terbesar di Guilin. Memang sangat puas hati melawat Gua ini. Sekiranya anda ke Guilin, anda mesti melawat Silver Cave. Sangat berbaloi dan pengalaman itu pasti tersemat indah di sanubari anda.

Berikut adalah keterangan tentang Silver Cave.  

1.  Silver Cave is the largest cave in Guilin; it is about 2,000 meters long.

2. About 85 kilometers (53 miles) from Guilin urban area, 18 kilometers (11 miles) from Yangshuo Town, it covers about one square kilometer (0.4 square miles).
3. Stalactites developed in different geologic ages in Silver Cave constitute various awe-inspiring sights.
4. Silver Cave Tourist Area has been honored with the description: “a typical representative of Guilin landscape”.
5. Surrounded by hills and peach trees, Silver Cave Tourist Area shows you a picture of harmonious rural scenery.
6. Silver Cave Tourist Area has the full range of services for tourism, eating, accommodation, entertainment and shopping.
(http://www.chinahighlights.com/yangshuo/attraction/silver-cave.htm)

 Pintu Depan Silver Cave. berbentuk Coin, fengshui orang Cina

Merah warna kesukaan masyarakat Cina

 Bersama Cinta di pintu masuk Silver Cave

Tiket masuk ke Silver Cave

 Lapan Orang Sahabat dalam tour Guilin.

Gua warna warni diterangi cahaya lampu yang bergemerlapan

 Lorong-Lorong Gua begitu bersih dan terjaga rapi

Saya menyukai gua-gua batu kapur yang terdapat di Guilin. begitu bersih dan kemas terjaga.

 Golden Key

Pelbagai bentuk batu kapur yang menakjubkan

 Buddha Scriptures

Musical Theatre


Read more ...

Friday, 7 November 2014

Beautiful Guilin 13 : Li River Cruise at Yangshuo

Day 2 (Sunday Noon) : Yangshuo and Lipu

A cruise along Li River, Yangshuo with Cinta will be an unforgettable experience , between spectacular limestone peaks you'll see graceful bamboo grovels, farmers tending rice paddies, and lumbering water buffaloes pulling carts or cooling off in the river.

In a nutshell, Yangshuo is surrounded by the karst mountains and is a popular place for foreign tourists to stay overnight. Distance to Guilin is 60 km.

Li River Cruise begins

 Spectacular limestone peaks 

 A typical boathouse Station

 Duck and duckling along Yangshuo Riverbank

 Yangshuo specifically boasts some of the most spectacular karst topography in the world

Fisherman along the river bank

Exploring karst topography

Rising sharply at odd angles, limestone peaks look like giant teeth growing out of the green plain. 

  Many of the traditional Chinese landscape paintings we see today were inspired by this region.

 The river forms a green gauze belt, the mountains are like jade hairpins

 Floating down the Li River is like a step back in time. Along the river, women kneel on the banks washing clothes, while farmers follow along behind their water buffalo.

With Cinta, life and apart till Jannah

Jangan membuat keputusan ketika sedang marah. Jangan membuat janji sewaktu sedang gembira. -Saidina Ali bin Abi Talib-




Read more ...

Wednesday, 5 November 2014

Beautiful Guilin 12 : Silver Gallery

Pelaburan dalam bidang Perak.

Pagi ini kami dibawa melawat ke Pusat Pameran Barang Kemas Perak. Pelaburan dalam bidang Perak adalah bidang yang menguntungkan selain Emas. Saya lebih suka melabur dalam bidang emas berbanding Perak. Apa yang penting, don't put your egg into one basket. Buatlah portfolio pelaburan yang pelbagai. Namun begitu, kedua-duanya tetap menjadi pilihan di hati mengikut Sunnah Nabi. 

Emas adalah wang sebenar. Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh Umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. Emas dan Perak tetap menjadi pilihan utama Umat islam.

Pintu Utama ke Galeri Perak

Cinta berselindung di sebalik Fengsui Galeri

Tukang Perak

Tekun memahat barang-barang kemas Perak

Proses membakar barang Perak

Pemandangan Sebahagian daripada Galeri Perak

Pakaian tradisional Lelaki  Guilin

Pakaian tradisonal Lelaki Orang Asli Guilin

Sanggul Kepala Perempuan Guilin

Piring Perak

Naga-naga Perak

Pepohon Perak
Read more ...