Tuesday, 18 March 2014

Jalan-Jalan Matta Fair Mac 2014


March 2014

Sabtu yang lepas, saya (cinta) dan Kekanda MKL telah ke pameran Matta Fair di PWTC. Kami pi dgn bas sebab kalau naik keta dah sah-sah tak sampai Matta Fair tu dek sebab susahnya nak cari parking huhuhu. Kami naik bas dari TM turun kat Masjid Jamek then terus naik tren ke PWTC.

Sampai2 je kat sana, ada la kain rentang 'Pray For MH370'. Sempat la kekanda turunkan otograp beliau. 

Sila jangan segan turunkan otograp..

Pray for MH370




Kekanda dan otograp..


Sampai sana pi kaunter, bayar RM4 dapat beg pink selai dan gelang tangan kertas macam  yg biasa kita dapat kalau pergi taman tema air. 

Masuk2 je kami terus terjah ke Hall 3 yg merupakan ruang pameran untuk pelancongan dalam negara dan sekitar Asean. Kami tak plan nak cari pakej tertentu masa datang ke sini. Saja jalan2 tengok2 kalau ada pakej yg berbaloi baru lah kami beli. 

Banyak juga pakej2 menarik yang ditawarkan. Tapi banyaknya pakej bermalam di hotel masing2. Disebabkan kami ni selalu duduk hotel2 budget je, tawaran pakej bermalam di hotel diorang walaupun murah berbanding harga asal kami pandang sepi je hehehe..

Biasanya kalau ke Matta Fair kami cari tiket masuk mana2 tempat lawatan yg murah mcm USS, legoland, KIdzania etc. Antara tawaran yg menarik kat Hall 3 ni:


1) Aquaria
Bayaran masuk RM28 utk dewasa (harga biasa RM38) dan RM22  (harga biasa RM28) untuk kanak2. Untuk family (2 dewasa dan 2 kanak2) RM99. Berbaloi juga kalau beli tiket ke Aquaria ni. 



Pakej Aquaria


2) Pakej A'Famosa Resort 
Bayaran masuk ke water theme park@ safari wonderland@ old west RM20 setiap satu. utk lunch dikenakan bayaran RM10. Jadi bayaran masuk theme park + lunch hanya RM30. Harga biasa entrance fee water theme park + lunch RM41 dan safari wonderland+lunch RM49. Haa jauhkan beza harga tu. Tapi kalau weekday murah sikit dalam 3/4 ringgit.





3) KL Hop-On Hop-Off City Tour
Konsep bas ni naik-turun sesuka hati. Ia beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi - 8 malam. Tiket yg kita beli sah sehingga 24 jam. Katakan kita naik pukul 4pm hari isnin, esoknya kita boleh sambung lagi naik sampailah pukul 4 pm. Best kan. 

Bas ni akan berhenti di 23 hentian, kalau rasa nak turun kita boleh turun, kalau tak nak turun terus je naik bas tu, xde sape boleh halau kita turun bas melainkan bas tu rosak (mampu ke kita duduk dalam bas yg panas pijor xde aircond hehehe)..

Antara hentian yg bas ni berhenti KLCC, Bird Park, Istana Negara, Masjid Negara etc.

Harga tiket bas ni RM10 sajork instead of RM19 kalau beli kat dalam bas tu sendiri. Berbaloi baloikan. 




23 hentian bas Hop-On Hop-Off


4) i-City 
Bulan jan hari tu i-City ada buka satu attraction baru yg dinamakan Space Mission. Jadi sempena Matta Fair ni diorang buat offer bayaran masuk ke Space Mission + Trick Art Museum RM25 berbanding RM35 harga biasa.

Tawaran yang kedua yg agak menarik ialah Super Fun Day. Promo ni berbaloi-baloi bagi kami. Kita boleh masuk  6 attraction iaitu 1. Space Mission (macam ruang angkasa), 2. red carpet (patung lilin, tapi baru2 ni dah terbakar. xbanyak patung yg tinggal, adik jaga booth tu kata elok datang sini lepas dah siap renovation baru berbaloi datang. Sapa la yg gatai tgn cucuh api kat patung2 lilin tu huhuhu)..3. water world 4. snowwalk 5. trickart museum 6. house of horror. 

Bayaran utk kesemua attraction ni RM70 je berbanding harga asal RM165. jauh beza harga tu. 

Kami siap tanya lagi ada tak hidden cost, mana la tau kan bayar kat Matta Fair RM70 tup2 sampai sana kena bayar macam2 pulak..bukan kena sumpah jadi ladang kelapa sawit, mau kena sumpah jadi padang jarak padang tekukur pulak kang. Tapi kata adik manis tu xde hidden cost melainkan kena bayar RM10 utk sewa kasut bot utk masuk rumah salji. Tapi kalau kita bawa kasut siap2 xpayah bayar hehehe.. 




Kat booth iCity ni tau kami jumpa siapa? angkasawan Malaysia uolssss...nak tgk gambarnya, tadaaaaaaaaaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hahaha lawak je..

5) Singapore

Booth singapore banyak juga buat offer ke USS, Legoland, SEA Aquarium dan banyak lagi la. Tapi disebabkan kami dah ke USS dan Legoland jadi xde la berhajat sgt nak berlama2 kat booth ni.

Cuma yang membuatkan kami teruja rupanya ada satu lagi attraction kat Singapore ni yg kami xtau iaitu Gardens By The Bay. Ada Flower Dome dan Cloud Forest dalam tu. Kalau tgk dalam gambar Subhanallah mmg cantik sangat. Katanya ada lebih dari 500 ribu tumbuh2an. Dari 26 Feb-6 April 2014 ada War of the Roses di Flower Dome (ini mungkin himpunan beribu2 bunga ros) dan dari 14 April - 4 Mei 2014 ada Tulip Mania @Flower Dome (ini mesti banyak bunga tulip kan) waaaaahhhhh sgt teruja. Sgt teringin nak pi.







Banyak lagi tawaran2 kat Hall 3 Matta Fair ni. Tapi kami tak la terjah semua sebab kami pilih yang menarik je (macam la lain2 tu tak menarik ye hehehe. Semuanya menarik tapi kena tgk budget la, takut2 nanti makan nasi dgn kicap je, kicap pun dah mahal skrg ni hihihi)

Lepas selesai di Hall 3 kami pun pergi la ke Hall 1 & 2. Hall 1&2 ni tempat pameran utk lawatan ke luar asean. Macam2 la pakej yg dijual kat sini. Kami just ambil pamplet, peta dan segala maklumat tntg mana2 negara yg kami rasa best utk diziarah nnt. Inshaallah. Antara pamplet yg kami ambik
.
.
.
.


Dalam pukul 3 tu kami pun balik ke Tanjong Malim naik bas di Pudu. Puduraya sekarang dah canggih uolsss. Kalah LCCT. Suraunya bersih, selesa nak solat. Tempat tunggu bas pun beraircond. Memang bagi 5* la.

Itu je entri Cinta utk kali ni. Bye uolssss..

46 comments:

  1. Hahahsa angkasawan msia katanta. Gigih betul dtg dgn bas mmg terbaek lahahaha angk

    ReplyDelete
  2. kalau dah plan nak melawat dalam negara memang baguslah ke Matta fair nie.. jimat banyak tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PCL..mmg berbaloi dtg Matta Fair ni..tp kena survey2 juga, takut terkena

      Delete
  3. klu dah ada budget , tak jadi masalah nak wat survey ...

    ReplyDelete
  4. Wahh menarik.. klu dari TM naik train smpai ke stesen putra pun ok juga.. tp tak seselesa naik bas kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menabung 3x uni of london sini.. :)

      Delete
    2. Naik komuter boleh juga dari TM tapi lambat..kalau naik bas sejam boleh sampai, kalau naik train blh mkn masa sampai 1 jam 45 minit..sakit pinggang duduk dlm train hehe

      Delete
  5. Menariknya. Banyak juga dapat potongan beli kat sana..

    ReplyDelete
  6. memang best collect pamphlet di Matta Fair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan nohas..lepas tu balik rumah byk yg dibuang sbb ras ada yg xpenting pun..dkt sana kutip je semua hahaha

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Assalam saya mukhlis dari Bukittingg-Padang Indonesia saya Tour Guide kom driver kat Bukittinggi, sesiapa tuan/puan nak datang Bukittinggi bleh lah contact saya. Yg nak pakej Tour atau sewa kereta,van,booking hotel dan yg nak Shopping Embroidery Bukittinggi nanti saya bw kat Home Industry kain sulam baik yg nak pakai sendiri maupun nak bisness, dari yg murah,menengah,Quality. Sila contact saya di +628197513210 or +6281268422608

    ReplyDelete
  9. Wah.. Best2 betul pakej nih.. Syok jenjalan dgn family bwa anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la lps ni pergi matta fair maria..blh dpt tiket murah2 bw anak jalan2

      Delete
  10. tawaran hebat dan menarik.. bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada matta fair lagi boleh la datang sini hasniza..berbaloi2

      Delete
  11. Assalammualaikum...

    wah.. tawaran yang ditawarkan memang menarik3 sangat kepada pelncong2 daripada dalam dan luar negara kepada yang berminat. Dapat bawak keluarga lagi best ...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..

      Tawaran kat matta fair ni byk pilihan dan ada yg murah..kena pandai pilih juga mselim..kadang2 murah kalau kita pergi sendiri lagi

      Delete
  12. saya baru cadang nak pi matta fair baru ni.... tapi terbantut sudahhhh, nampaknya kena tunggu next matta fair la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa knp terbantut pulak..tapi elok pun SR xpegi, sesak sgt kat situ, sian baby huhu

      Delete
  13. Saya dah pasang niat kalau turun Kolumpor nanti, nak try bus HoHo tu. Gigih naik kat negara orang, so kenalah try gak kat negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul ti Bie..kat negara org mana aje bas Hoho ni mesti kita terjah walaupun mahal kan..kat negara sendiri 10 hengget pun xmau keluar..dasar memilih tempat haha..ok ok lps ni kalau turun KL mesti naik hoho ni..saya tunggu entry bie tntg hoho :D

      Delete
  14. kami pun p sabtu haritu..Kul930pagi dh smp..kot2 kte ade selisih kan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan Ann..kotnya kita dok sebelah menyebelah je dgr penerangan org kat booth..tapi xperasan hehe

      Delete
  15. wah banyak yang menarik yer di pameran kali ini !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali matta fair ada je yg menarik..rambang mata memilihnya hehe

      Delete
  16. Rajinnya Tuan berjalan-jalan. Pasti cuti sekolah ni banyak tempat yang nak dilawati kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cuti boleh la jalan2..kalau tak de duduk pejabat je la hehe

      Delete
  17. tudia.. angkasawan negara..!! hahaha
    tesco sini..

    ReplyDelete
  18. bestnya.. kalau la dekat!! huhuhu

    ReplyDelete
  19. Space Mission tu macam menarik jer

    ReplyDelete
  20. Gigih betul dari Tanjung Malim ke PWTC utk MATTA Fair 2014. Teringin juga nak pergi sbb nak grab ticket USS, malangnya, masa tue ada kat Langkawi plak. Kalau tak boleh la grab ticket USS murah tue.

    ReplyDelete
  21. alahai camne saya boleh terlepas fair ni
    rugi sungguh rasanya!

    tak sangka MKL ni angkasawan rupanya...hehe

    ReplyDelete
  22. Menarik...
    Promosi Airasia
    http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5736

    ReplyDelete
  23. Ni pengalaman saya cari tiket ke frankfurt, germany di matta fair 2017.

    Jalan-jalan cari tiket di Matta Fair 2017

    ReplyDelete