Sunday, 2 March 2014

Pandu Arah Ke Jambatan Pulau Pinang kedua

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah


Kredit : Malaysiansmustknowthe truth.blogspot.com 

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer merentasi Selat Selatan itu  menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai.  Jambatan ini adalah jambatan atas permukaan air terpanjang di Asia Tenggara mula dibina pada 2008 membabitkan kos keseluruhan RM4.5 bilion dan telah dirasmikan pada 1 Mac 2014.

Jambatan ini dikatakan jambatan atas permukaan air yang ke 20 terpanjang di dunia. Diharap Jambatan ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Jambatan ini juga  dapat memberi impak positif kepada sosio-ekonomi penduduk setempat.


Pandu Arah ke Jambatan Pulau Pinang Kedua


i)  Sekiranya anda dari selatan dan hendak menghala ke Pulau Pinang melalui Lebuh Raya PLUS 

Sila ikut hala ke Batu Kawan di Seberang Perai dan susur keluar di Exit 157 (E28) untuk ke Batu Maung di Pulau Pinang. Dengan Sistem Tol Bersepadu, pengguna dari PLUS hanya perlu membuat bayaran di Laluan khas Plaza A (Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang/ Plaza Tol Plus Bandar Cassia).

ii)  Sekiranya ke Pulau Pinang dari Simpang Ampat

Bagi pengguna dari laluan R1 ke Simpang Ampat (P172) menghala ke Stadium Batu Kawan melalui Jalan Bukit Tambun ke Persiaran Bandar Cassia, sila ikut papan tanda dan membuat pembayaran tol di Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang.  

iii)  Sekiranya anda dari Pulau Pinang

Di penghujung jambatan, terdapat dua arah dari Batu Maung.

Di sebelah Kanan (Utara) iaitu menghala ke Bayan Lepas, Glugor dan Georgetown.

Di sebelah kiri (Selatan) iaitu menghala ke Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Batu Maung.


iv)  Sekiranya anda dari Pulau Pinang ke PLUS/Simpang Ampat

Dari Batu Maung, anda hanya perlu mengikuti papan tanda Jambatan Kedua Pulau Pinang.

* Jalan masuk berhampiran dengan Kawasan Perindustrian berdekatan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Kredit : Mingguan Malaysia (02.03.2014)

















53 comments:

  1. rajin share info sal ni.. mmg berguna sgt2

    ReplyDelete
  2. igtkan dah pi rasmi dah.. saya pun x rasmi lagi jambatan tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xrasmi lagi Pha Is..masih tak de kesempatan..inshaallah satu hari nnt

      Delete
    2. tu la.. dalam masa sebulan ni, mestink kena pi rasa jugak. sbb sebulan ni free.. hehehe

      Delete
  3. bagus informasi mengenai jambatan pulau pinang ini.. :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. bagus sgt info ni. Kena pada waktunya... in shaa Allah akan take note jika ke sana nnti.. T kasih..
    3x visa & semoga ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ini salah satu tempat yang mesti purnomo Jr lawat sekiranya ada di Malaysia..

      Delete
  6. Bulan lepas pergi Penang dapat tengok dari jauh jer jambatan baru ni...

    ReplyDelete
  7. blog travel sejati nih, mcm car gps :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de la sejati sangat Plain 83.. Saya baru nak berjinak2 travel ni hehe

      Delete
  8. mesti sukar nak buat jambatan ni.. *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukar dan menelan belanja yg besar fatin..semoga kita memanfaatkannya dengan baik

      Delete
  9. teringin nak guna jambatan tu.. hehe

    ReplyDelete
  10. inshaAllah nanti nak guna yang kedua ni pula..baru sekali sampai penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba jambatan kedua ni kathy..saya pun xberkesempatan pergi lagi

      Delete
  11. masa lalu atas jambatan tu , tak pulak rasa panjang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh bestnya, QV dah rasmi jambatan baru..tgk dlm gambar mcm panjang kan..mungkin sbb naik kenderaan bergerak laju, itu yg xrasa pjg kot

      Delete
  12. nnti nak try test jambatan baru..dgr kata jambatan baru cantik.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba try test farah..daripada gambar mmg nampak cantik dan unik..

      Delete
  13. ramai ner tukang komen kat blog nie KH pun nak gak la

    ReplyDelete
  14. Jambatan lama dalam sejarah....nostalgia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi la nostalgia Bunda kat dlm blog..blh share dgn sahabat2 yg lain :D

      Delete
  15. tak sabar pulak nak pandu atas tu.. hehehe macam tu pun boleh ker :D

    ReplyDelete
  16. xsabar nak lalui jambatan kedua pulau pinang pula...kalau ada rezeki in sya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah ada rezeki sampai la paridah ke sana..saya pun xsampai lagi :D

      Delete
  17. Akhirnya siap juga... Semoga tragedi runtuh sebelum ini telah berjaya diatasi masalahnya. Takut pula nak lalu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah..harap2 perkara yg buruk tak berulang lagi..pihak berwajib kena la selalu buat pemantauan kan..

      Delete
  18. Blom try lagi...dan xde perancangan lagi nak naek...sebab bukan laluan rietta buat masa nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, satu masa satu ketika nnt rietta dapat dtg ke sini..saya pulak teringin nak naik jambatan indah ni :-)

      Delete
  19. Tak pernah sampai penang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh kena datang sini fiza..jeruk penang benda yg wajib dibeli kalau kesini..sedap :D

      Delete
  20. thanks abg din..sy penah lalu depan exit jambatan kedua nie tahun lepas...tapi masa tu jambatan ini belum bukak lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..kalau macam tu azlan kena la dtg tahun ni, baru boleh lalu kat jambatan ni..

      Delete
    2. kena plan vacation ke penang laa nmpaknya..hahaha..menabung mcdonalds sini..

      Delete
  21. panjang sungguh jambatan ni ye
    dulu time ke sana, nampak tengah buat lagi
    entah bila dapat lalu situ pula =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang panjang..dari jauh ngeri pulak tengok sbb betul2 kat tgh laut..harap2 xde kejadian buruk yg berlaku kat tgh2 jambatn tu

      Delete
  22. Bila laa idah nak rasmikan nie... :D lama tak ke penang... dulu2 boleh dikatakan setiap bulan... sebab hubby keja kat sana duluu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah , xlama lagi dapat la idah rasmikan jambatan ni:D

      Delete
  23. terima kasih bro untuk info nih...

    ReplyDelete
  24. Dalam gambar jambatan ni macam bentuk zig zag sket

    ReplyDelete
  25. walaupun saya belum di penang, tapi belum sempat naik jambatan ini

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...info berguna...baru je lalu ni..

    ReplyDelete