Thursday, 6 March 2014

Air Terjun Lembah Anai (Kota Bukit Tinggi Siri 2)

Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 2


Perjalanan saya kali ini akan membawa anda ke Tanah Adat Mingkabau, Kota Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Semoga dengan penulisan ini anda akan mengenali lebih dekat adat dan budaya mereka yang hampir serupa dengan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih.  

Kami menaiki pesawat Air Asia (KL-Padang) jam 7.50 pagi. Saya letak kereta di tempat parking LCCT berharga RM16 sehari. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Kuala Lumpur. Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, Kami dijemput oleh Aben  pemandu pelancong KITA Holidays Tour & Travel. Maklumat tentang KITA holidays , Cinta perolehi hasil bacaannya di blog-blog travel tentang Kota Padang & Bukit Tinggi. Kota Bukit Tinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera serta dikelilingi oleh dua gunung berapi iaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini adalah kawasan berhawa sejuk.   
Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukit Tinggi, kami singgah sebentar di Air Terjun Lembah Anai. Lembah Anai terletak di pinggir jalan yang menghubungkan Kota Padang dan Kota Bukit Tinggi, di Nagarai kecamatan Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar. Airnya sangat dingin dan dipercayai jika membasuh muka kita akan sentiasa awet muda.  

Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi bakal mengambil masa lebih kurang 3 jam.

www.bubblews.com

Tidak jauh dari lokasi air terjun ini terdapat aliran sungai besar berbatu yang mengalir air yang jernih. Di atas sungai tersebut terdapat lintasan jambatan rel keretapi peninggalan Belanda. Keretapi masih lagi berfungsi sehingga ke hari ini.



Pemandu Pelancong Kami, Aben
WhatsApp : +628199410-6622






41 comments:

  1. Wow.. menariknya.. sungguh memenangkan & sgt semulajadi. Menarik sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air terjun ni walaupun terletak di tepi jalan tp terjaga kebersihannya..

      Delete
  2. nampak best! jarang ada org nak g ke Indonesia melawat kawasan yg cantik...ramai yg suka shopping termasuk sally..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil shopping sambil tgk tempat yg cantik sally hehe

      Delete
  3. cantiknya air kat belakang tu..tak pernah sampai ke sini lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airnya jernih je ecah..kalau macam tu, kena la sampaikan diri ke sini :D

      Delete
  4. Dulu pernah gak sampai bukittinggi ni..dah 2 kali tapi, tak berpeluang lagi nak jejak ke Lembah anai ni.. cuma lalu je, belum ada jodoh nak menyinggah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan asal mmg kami tak nak singgah, last2 buat keputusan nak singgah..mmg berbaloi singgah sini zul

      Delete
  5. Replies
    1. Mmg cantik qaseh..air terjunnya dari jauh dah terasa percikan airnya

      Delete
  6. mesti sejuk giler air terjun tu....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt sejuk..saya pegang air tu macam air yg keluar dari peti sejuk haha..xsanggup nak mandi rasanya :D

      Delete
  7. subhanaALLAH memang cantik gambar2

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Boleh je terjun Dhia kalau tahan dgn kesejukan tahap melampaunya hehe

      Delete
  9. Indahnya ciptaan Allah S.W.T

    ReplyDelete
  10. subhanallah.. cantiknya air terjun.. menabung edu uk dan visa..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Walaupun kami pi 3 hari 2 malam, tp mmg puas berjalan..

      Delete
  12. wow..jernih air terjun ni..dah lama x mandi air terjun nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim2 panas ni mmg sesuai sgt la mandi air terjun faizal hehe

      Delete
  13. Assalammualaikum...

    Cantiknya pemandangan air terjun nie kan... suka sangat.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam

      Viewnya mmg cantik mselim..damai je rasanya

      Delete
  14. Subhanallah... cnatiknya...mesti seronok.... teringin nak mandi la..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je mandi abak..ramai je org tempatan yg mandi..org malaysia xnampak pulak ada yg mandi..abak jadi la org malaysia pertama yg mandi kat situ hehehe

      Delete
  15. cantiknyaa... saya suka air terjun.. :D

    ReplyDelete
  16. tinggi.. macam air terjun temurun kat langkawi.. dah pernah pi..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air terjun temurun?xpernah pi..kat kwsn mana tu pha is..mesti cantikkan

      Delete
    2. langkawi, area telaga tujuh jugak la.. tapi dia hujung lagi...

      Delete
  17. seronoknya satu famili dapat jalan² macam ni..

    ReplyDelete
  18. mula-mula tadi ingat kat pahang..hehe
    cantiklah pemandangan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahang punya..Bukit Tinggi..nama serupa ye.

      Delete
  19. gayat tgk train tu.. hehe

    ReplyDelete
  20. Air terjunnya sangat mengujakan.

    ReplyDelete
  21. Lembah Anai ayernya dingin... banyak markisa dijual disitu... ;D

    ReplyDelete