Thursday 15 May 2014

Mabuhay Manila 2 : Robinson Otis

Oh Abang Pengawal

Hari Jumaat Malam (Hari Pertama)

Selepas check in hotel Kami, kami terus shopping. Beli minuman dan jalan ke kedai sebelah, Robinson Otis. Depa semua dalam satu bangunan yang sama. Banyak juga orang berada di Filipina sama juga banyaknya dengan orang miskin. Senang le nak beli barang-barang keperluan. Sebelah je. Harga lebih kurang sama Malaysia. Di sini kami juga beli sedikit cenderahati. Kami beli barangan yang harganya lebih murah daripada Malaysia. Kalau tidak penat je angkut balik. Satu ciri utama mall depa, pintu masuk mesti melalui kawalan keselamatan. Diperiksanya bag-bag yang dibawa masuk ke dalam mall. Kan, mall depa selalu jadi sasaran bom.

Di sini, saya tension sikit pasal depa asyik tegur saya apabila mengambil gambar. Saya pun tak faham bila depa asyik berkomunikasi dengan saya dalam bahasa Tagalog. Depa ingat saya orang Filipina. Pasal itu saya terus menerus ambil gambar dalam mall. Akhirnya baru saya faham depa tak bagi ambil gambar dalam mall. Itulah Abang-abang pengawal yang terus menerus menegur saya tak boleh ambil gambar dalam mall depa. Siapa suruh berbahasa Tagalog dengan saya. 

Mall depa cantik. Sama macam kita juga. Sedikit keterangan tentang Robinson Otis.

Established in September 2007, Robinsons Otis provides a convenient shop-dine-and-go mall for the people of Paco and nearby districts. As the second Robinsons Mall to be mounted on the city of Manila, it ushers the Robinsons malling experience to reach out to more customers in the region. 

Gross floor area: 33,000 sq.
Location: 1536 Paz M Guanzon St., 831 Zone 90, Paco, Manila
Telephone No.: +63.2.396.8024
Fax No.: +63.2.396.8026 
Email: customer.care@robinsonsland.com














37 comments:

  1. express cut..macam mana agaknya hasil..huhu

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak boleh amik gambar dalam mall? pelik.

    ReplyDelete
  3. lebih kurang ngn tempat kita je mall dia kan...

    ReplyDelete
  4. Kebab tu mmg layan.. jln2 makan kebab sekali.. mmg best.. :)

    ReplyDelete
  5. Rasa macam tak selamat je bila ada pengawal kat pintu masuk mall tu... Malaysia juga yang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan batu di negeri sendiri.

      Delete
  6. Abe MKL...di katanya org Filipina eh..sbb tu dorang ckp dlm bahasa Tagalog..JM lak di kata org Kemboja..ahahah tercengang bila di tanya dalam bahasa Cambodia

    kiranya..byk jgk gambar yg sempat di snap :-) sambung2 mcm best je nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi siam, kata org siam. Pi filipina kata pinoy... Muka kita muka Asia. Anyway terima kasih daun keladi..

      Delete
  7. Saya pun selalu kena marah ambil gambar dalam Mall atau dalam supermarket. Bila kena marah baru sorok kamera ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita...hati kita bagaikan batu dinding...hihihi...Apa logiknya tak boleh ambil gambar ?

      Delete
  8. rasanya dorg takut kita ni pengintip kot ambil gmbar dlm mall..
    sbab kawasan tu kawasan serangan bom.. entah pnh juga kna tgur ambil gmbar dlm mall..
    dlm kna tgur pun byak gak gambar tu he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal..banyak juga gambar yang diambil walaupun telah ditegur berkali-kali.

      Delete
  9. Nasib kena tegur je tak suruh delete sekali gambar2 tu.

    ReplyDelete
  10. untungnya admin dah jauh berjalan..

    ReplyDelete
  11. Sepinya mall tuh Pak Lim. Susah juga kalau komunikasi tak nyambung. bukankah orang Filipina itu fasih bahasa Inggris semua pak Lim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa memang fasih berbahasa Inggeris..cuma depa suka berbahasa tagalog dengan saya....sampai saya di airport pun masih bertagalog dengan saya...Saya ada rupa Filipina Kah ?

      Delete
  12. Yalah, sama macam kat Malaysia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mall depa lebih kurang sama dengan kita. Cuma penuh dengan orang-orang yang lawa dan kacak belaka.

      Delete
  13. tak sabarnya nak tunggu entri kat bandar manila!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kerana sabar menunggu...ada entri tentang bandar Manila.

      Delete
  14. shopping mal dia mcm lengang jer...suasana pun lebih kurang mcm mall kt msia.. bagus jgk kerajaan manila ni yerk, sejak berlaku pengeboman trus buat pemeriksaan keselamatan di pintu masuk

    ReplyDelete
  15. kenapa tak bagi ambil gambar ye
    nak shopping pun tak best lah kalau kawalan keselamatan ketat sangat

    MKL macam orang filipino agaknya, tu pasal dia cakap aje camtu...hehe

    ReplyDelete