Berikut adalah tempoh masa kami berada di Thailand.
Hari Pertama (Rabu pagi) : Bertolak ke Hadyai dari Kuala Lumpur dan bermalam di Hadyai
Hari Kedua (Khamis) : Bertolak dari Hadyai ke Krabi dan bermalam di Krabi
Hari Ketiga (Jumaat) : Berada di Krabi dan bertolak ke Ao Nang di sebelah malam.
Hari keempat (Sabtu) : Berada di Ao Nang dan sebelah tengah hari bertolak ke Krabi dan sampai ke Hadyai pada sebelah malam.
Hari kelima (Ahad) : Bertolak dari Hadyai lebih kurang 12.00 tengah hari dan sampai ke Kuala Lumpur pada sebelah malam.
Catatan kembara saya adalah kira-kira 21 Siri. Coretan ini adalah coretan terakhir. Kesemuanya adalah kira-kira 22 siri.
Konsortium Bus Express
Konsortium Bus Express : anda boleh beli bus tiket ke Kuala Lumpur dan ke tempat-tempat lain di Thailand. Begitu juga hotel penginapan dan pertukaran wang asing di sini. Depa banyak membantu kami semasa di sini. Malah depa menyuruh saya simpan tiket lama, iaitu tiket balik ke Kuala Lumpur yang kami beli kat depa. Kata depa boleh diberi diskaun sekiranya kami beli tiket balik sekali lagi.
Berikut adalah harga yang diberikan oleh Konsortium Bas Express ke pantai-pantai peranginan kepada kami sekiranya bertolak dari Hadyai.
1) Koh Samui ( 7 jam perjalanan ) 550 bath
2) Koh Phangan ( 9 jam perjalanan) 650 bath
3) Phuket ( 7 jam perjalanan) 400 bath
4) Koh Lip (2 jam perjalanan) 600 bath
5) Krabi (4 jam perjalanan) 260 bath
6) Ao Nang (4 1/2 jam perjalanan) 320 bath
7) Surat Thani (5 jam perjalanan) 260 bath
Harga di atas adalah benar pada bulan March 2014 dan harga adalah berubah tertakluk kepada pindaan.
Berikut adalah budget kami ke Hadyai, Krabi dan Ao Nang.
1) Bus dari Tg Malim ke Kuala Lumpur : RM7.70
2) Bus dari Kuala Lumpur ke Hadyai : RM55
3) Indra Hotel (Hari Pertama) : RM50 ( Penginapan untuk 2 orang)
4) Mini Van ke Krabi : RM26
5) Island Hoping ke Hong Islands : RM70
6) Bas ke Ao Nang beach (dua Hala) : RM12
7) Penginapan di Krabi : RM40
8) Penginapan di Ao Nang beach :RM90 (Penginapan untuk 2 orang
9) Bus dari Krabi ke Hadyai ;RM23
10)Indra Hotel (Malam terakhir) :RM50
11)Bus dari Hadyai ke Kuala Lumpur : RM45
Jumlah perbelanjaan untuk seorang adalah kira-kira RM468.70 tidak termasuk makan, minum dan shopping barang-barang.
Andaikata, bilik itu dibahagi dengan 2 orang, maka jumlah perbelanjaan akan menjadi lebih murah iaitu kira-kira RM378.70 sahaja
Berikut adalah rakaman gambar dalam perjalanan dari Hadyai ke Kuala Lumpur. Hari terakhir kami adalah pada hari Ahad. Kami bertolak sejak jam 12 tengah hari dan sampai lebih kurang 8 malam. Perjalanan adalah kira-kira 8 jam. Gambar-gambar di bawah dirakam semasa kami di Kawasan Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.
10)Indra Hotel (Malam terakhir) :RM50
11)Bus dari Hadyai ke Kuala Lumpur : RM45
Jumlah perbelanjaan untuk seorang adalah kira-kira RM468.70 tidak termasuk makan, minum dan shopping barang-barang.
Andaikata, bilik itu dibahagi dengan 2 orang, maka jumlah perbelanjaan akan menjadi lebih murah iaitu kira-kira RM378.70 sahaja
Berikut adalah rakaman gambar dalam perjalanan dari Hadyai ke Kuala Lumpur. Hari terakhir kami adalah pada hari Ahad. Kami bertolak sejak jam 12 tengah hari dan sampai lebih kurang 8 malam. Perjalanan adalah kira-kira 8 jam. Gambar-gambar di bawah dirakam semasa kami di Kawasan Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.
menarik jugak travel dengan bas ni...tapi saya berdua perempuan agak tak yakin pulak dari segi keselamatan. nak kena cari geng lebih ni
ReplyDeleteNaik bas ke thailand selamat... Cari geng lebih pun idea yg baik. Lagi ramai lagi power..,,
DeleteEh... Tak mahal mana la kan... Kira percutian budjet gak.ni..
ReplyDeleteTak mahal..memang nak budget banyak lagi tempat lain nak pergi.... Kan kaki jalan... Hihihi
Delete22 siri bg tempoh 4 hari? hebatlah abe mkl ni. Budget x sampai rm500 for person murah tu pandai budget
ReplyDeleteItu 4 hari dah 24 siri. Kalau abe MKL pi 10 hari bertabah JM baca beratus-ratus siri karang.hahaha.}
DeleteMenarik sahabat.. t kasih atas perkongsian bajet tu. Sgt2 bermanfaat.. menarik.. nice sharing.. :)
ReplyDeleteBanyak kita boleh save ya...thanks for sharing :)
ReplyDeleteWelcome
Deletenaik bas lagi jimat belanja..5 hari..RM300++..cover 3 tempat..
ReplyDeleteNaik bas banyak jimat berbanding teksi. Tapi kalau dapat tiket AA murah ke Krabi lagi berbaloi jimat masa . Masa kami pergi tiket AA mahal. Itu yg naik bas. Pasal nak decide pi sana last minute.}
Deleteawesomeness~ ;3
ReplyDeleteSubhanallah.
DeleteMemang boleh jimat dan tak perlu tunggu ada offer...boleh terjah je...bolek kematu tongkeng dibuatnya... hehe
ReplyDeleteWah menyambung trip lagi ye en Din... ke negara F ke....
Baru2 ini ke negara I dan entri tak sempat tulis lagi. Hari ini berada di negara F.. Doa semoga kami selamat...
DeleteIda teruja nak travel ke thailand dengan bas ni
ReplyDeleteMemang best travel ke siam dgn bas... Lebih-lebih lagi ke krabi & Aonang.
Deletekathy datang nak tag :
ReplyDeletehttp://resipidarihati.blogspot.com/2014/05/liebster-award-by-khir-khalid.html
Terima kasih daun keladi...
DeleteAssalammualaikum...khai,
ReplyDeletePercutian yang sangat2 menarik dan sangat berbaloi2.. harga pun murah.. percutian menarik .
mselim3
pls: En.Khairuddin.. senang tak nak cari makanan halal di thailand nie..
Tak ada masalah makanan halal di thailand... Senang...
DeleteAs salam, biar pun Kelate ni dkt Thailand, cuma sekali je sy sempat ke sana..
ReplyDeleteP.S. Harap maaf. Abg Din telah ditag untuk segmen The Liebster Award. Sila baca entri terbaharu blog Abe Kie untuk keterangan lanjut. Terima kasih diatas kerjasama abg din, ye?
Terima kasih..no hal bro.
DeleteWah. best nye :)
ReplyDeleteawksweetgitu.blogspot.com =)
Terima kasih. Subhanallah.
Deleteblh cari geng backpacker
ReplyDeleteAda geng backpacker boleh share idea, kos dan keselamatan.
DeleteInteresting, harga pon reasonable...
ReplyDeleteHarga budget tu.
Deletekawan2 banyak dah sampai ke krabi.
ReplyDeletexde peluang lagi nak pegi.
simpan duit nak kahwin..huhu
Wah ...dah nak kahwin...tahniah....jangan lupa jemput saya nanti.
Deleteseronoknya dapat mengembara banyak tempat.... dan negara, jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah kepada Allah SWT. Seronok sangat...best.
DeleteTuan Khairuddin memang terbaik la.. nanti nak ke sana boleh refer sini selalu :D
ReplyDeleteAda lagi cikgu-cikgu di sekolah saya nak pergi dalam masa terdekat ni.
ReplyDeleteDiharap anda pun boleh join depa...memang tak rugi punya. best.
DeleteEh murah la abg khai... byk tempat dpt pergi. =D
ReplyDeleteHarga budget...
Deletekos dia murah juga ye
ReplyDeletetapi tak berani ke sana...heh
Sana selamat..masyarakatnya penyayang. Ajal maut di tangan Allah SWT.
DeleteThanks abg din for the entry...murah jugak rupanya perbelanjaan kalau nak buat trip ke Hadyai nie...nanti mohon share link kat kat FB saya yer..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Sila share kat FB anda...
DeleteDetails nya. Siap bagi bajet lagi tu.. good sharing..
ReplyDeleteThank you.
Deleteentry ni paling terbaik..
ReplyDeletetercari juga summary utk bajet trip ni..
kalau saya pergi at lease tahu berapa bjet yg bleh dperuntutkan..
!! :)
Thanks..semoga anda ke sana nanti suatu masa nanti. Insyallah.
Deleteok la perbelanjaan tak banyak mana pun, 5 hari tu korang pergi kan... tiket bas ke hatyai murah betul la.. tapi kitorang cam tak berani pulak nak amik risiko travel ngn anak2 kecik dgn bas, takut dorang meragam jer, nnt merana penumpang lain... huhhuhuhhu
ReplyDeleteOh yes.....naik flight pun ok je...sana hotel murah dan tempat masuk ke tempat rekreasi depa pun murah juga.
ReplyDeleteSalam. saya nak tanya, yang kes bom tu daerah mana ya? sebab saya dalam planning nak ke hadyai. kalau boleh nak memborong disana. agak agak kawasan hadyai bahaya tak?
ReplyDeleteHatyai itu ok je...biasa yang kena bom adalah kawasan Selatan Thai.
Deletebest g krabi
ReplyDeleteBas dari hatyai ke krabi bas ape ye?sbb sy tnya konsortium ekspress xda laluan dr hatyai ke krabi,ada contct no yg sy boleh hubungi pasal laluan ke krabi ni
ReplyDeleteTidak ada bas dari hatyai ke krabi. Ada Van dari Hatyai ke krabi. Tiket boleh beli di Konsortium bas ekspress di Hatyai sendiri. Konstortium bas ekpress KL akan berhenti di pejabatanya di Hatyai (dekat dengan Lee Garden). Atau boleh beli di Krabi bus station seperti dalam blog saya. Baca :
ReplyDeletehttp://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2014/04/trip-kuala-lumpur-ke-krabi-via-hadyai_19.html