Friday, 16 May 2014

Mabuhay Manila 3 : Misi Mencari Taal Valcano, Tagaytay

Merempuh perjalanan yang berliku-liku

Hari Sabtu ( Seharian) 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

Macam-macam kenaikan untuk sampai ke Taal Valcano, Tagaytay. Dari LRT, Jeepnay, Tricycle (Motor roda tiga), Boat, dan Bas.

Perjalanan kami bermula dengan jalan kaki. Jalan kaki dari hotel Gohotels.ph. Keluar hotel lalu menghala ke sebelah kiri anda. Jalan lurus dan kena rajin bertanya. Insyallah akan sampai ke LRT United Nation (UN). Landmark kami adalah LRT United Nations. Depa semua tahu tempat ini. Beg akan di check sebelum masuk ke station. Dari LRT UN beli tiket untuk ke LRT EDSA (Harga Peso 15). Turun di LRT EDSA dan cari MRT Taft Ave. Jangan naik MRT Taft Ave. Turun setingkat atau ke tingkat bawah ada Jeepnay ke Costal Terminal Mall. Kena rajin bertanya. Depa pandai berbahasa Inggeris. Kami suka tanya Abang Guard. Abang Guard sangat baik hati dan fasih berbahasa Inggeris. Jeepnay ke Costal Terminal Mall berharga Peso 20. Dari Costal Terminal Mall cari bas menuju ke Nasugbu. Beritahu bas driver dan Konduktor bahawa anda akan turun di Tagaytay (sebutannya TAGAITAI). Tagaytay itu tempat letak Taal Valcano. Depa akan beritahu anda apabila sampai ke destinasi untuk ke Taal Lake.Tambang bas adalah Peso 74. Ambil Motor beroda tiga ke Taal Lake. Caj Peso 500 pergi balik. Depa akan menunggu anda sehingga selesai mendaki Taal Valcano.  


 Menuju ke LRT United Nation (UN). UN adalah trademark kami berulang alik ke hotel

 Jeepnay peninggalan tentera Amerika yang bertapak di Filipina.

 Menunggu LRT untuk menuju ke LRT EDSA

Station LRT 

Saya gemar naik Jeepnay walaupun bersempit-sempit. Depa tak berbau ketiak. Depa semua wangi-wangi belaka. Macam wangi bunga-bungaan. Tak seperti  orang kita yang lebih berbau.

Naik Jeepnay ke Bus Station, Costal Terminal Mall. Stesen bas utama di Manila. Bas-bas di sini akan menuju ke mana-mana destinasi di luar Manila. Globe di dalam gambar adalah MOA atau Mall of Asia. Tempat shopping utama di Manila. Best MOA.

 Coastal Mall. Tempat saya naik bas ke Nasugbu dan ingin berhenti di Tagaytay tempat letaknya Taal Volcano. 

 Spiderman 2 sedang ditayangkan di Manila

 Provincial Bus, tinggi melangit sebagai hiasan semata-mata 

 Bus sebagai bahan tayangan umum

 Pemandangan Taal Lake 

 Naik Tricycle ke Taal Lake. Bersama pemandu kami. Mota beroda tiga ini dibawa masuk dari India.

Seram sejuk juga. Pasal jalan curam dan bengkak bengkok macam ular kena palu. Tapi naik roller coaster di Universal Studio Singapore lagi seram dan kecut perut. Ini jauh lebih menyeronokkan berbanding dengan roller coaster. Pasal ini real. Roller Coaster dan mainan menyeramkan di USS tu tiruan.

34 comments:

  1. Jeepnay tu nampak pelik bagi org yg tak pernah tengok.. dulu mula2 tengok pun mcm pelik je. Menariklah perjalanan ni.. suka tengok suasana Manila.. Thanks sharing sahabat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa dan tabung boleh le melawat Manila. Perjalanan memang menarik. Dapat merasa pengalaman yang berlainan yang selama ini kita belajar dari buku semasa di bangku sekolah.

      Delete
  2. teruja tgk Jeepnay...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun teruja tengok Jeepnay. Kenderaan itu bekas tinggalan tentera Amerika.

      Delete
  3. Replies
    1. Pemandangan memang cantik. Pemandangan gunung berapi. Banyak pulau di sini.

      Delete
  4. Kat Malaysia yang ketiak busuk tu orang asing... org kita OK punya... Gunung tu pulau kat tengah tasik ke en Din... nampak unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunung itu adalah pulau kat tengah tasik. Cantik menawan kan.

      Delete
  5. Jm x mengaku ketiak busuk heeee
    Ya ampun byk sgt transport nk naik x ada yg direct ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik taxi direct ke Taal Lake. Tapi mahal. Kami ni nak budget. Pasal kami akan ke negara lain lagi selepas Filipina.

      Delete
  6. menarik citer travel ke filipina ni...lain viewnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viewnya memang lain dari negara lain yang kami pernah lawat selama ini. Orang-orangnya pun kacak dan lawa-lawa belaka.

      Delete
  7. Unik betul kenderaan kt sana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik terutamanya Jeepnay dan motor tiga roda. Jeepnay kenderaan tinggalan tentera Amerika. Motor tiga roda itu dibawa masuk dari India.

      Delete
  8. roda tiga tu ada bumbung ... cool jer . cantik view taal lake .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motor tiga itu cool tapi mencabar.....brutal..kalau ke sana nanti mesti cuba naik...

      Delete
  9. comel je jeepnay tu..
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel jeepnay tu. Saya suka naik Jeepnay..Thanks atas sokongan anda.

      Delete
  10. wow menariknya view pulau kat Taal lake tu, macam puding yang telah disudukan keluar bahagian atasnya... hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.....pemerhatian anda terhadap Taal Lake sungguh tajam. Kreatif sungguh anda.

      Delete
    2. tengah lapar sikit masa komen tu sebenarnya, tetiba teringat kat puding caramel... kikiki~ XD

      Delete
  11. Wah.....pemerhatian anda terhadap Taal Lake sungguh tajam. Kreatif sungguh anda.

    ReplyDelete
  12. Apa yg special pasal bus tue abg khai sampai jadi hiasan kt tengah2 bandar...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata depa bus itu dah tak boleh pakai...saje buat kenangan di masa depan. Bus itu nampak modern ye..kata depa tahun-tahun akan datang mungkin menjadi barangan antik. Bus itu sekadar menandakan terminal bas utama Manila ke luar daerah Filipina.

      Delete
  13. Seronok En Lim dapat berjalan-jalan ke luar negara sana..banyak pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok dan telah mendewasakan saya dalam kehidupan seharian. Macam-macam ada.

      Delete
  14. Mencabar betul nak ke Taal Volcano ni tapi berbaloi view sungguh cantik !

    ReplyDelete
  15. okay...agak rare cara dorang letak bus disitu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. wahahaahahah, zura gelak part abang ckp pasal ketiak tuh..untung la tiak wangi, kalu bau tiak bangla cam kt msia ni kompom sesak dada tahan nafas kan.... unik nye tricycle tu yerk.. ada bumbung mcm kapsul

    ReplyDelete
  17. tricycle tu cam best lah MKL
    boleh buat seorang aje ke dalam tu
    seronok juga ye

    ReplyDelete