Saturday, 17 May 2014

Mabuhay Manila 4 : Taal Lake and Banca

Enjoy life to the fullest.....Think positive.

Kami naik motor roda tiga ke Taal Lake. Pemandu tricycle membawa kami ke ejen pelancongan yang mengurus pakej ke Taal Valcano. Pening juga berurusan dengan ejen pelancongan. Pakej yang ditawarkan adalah Pakej A tanpa kuda. Ada pemandu pelancong. Kena jalan kaki atau hike ke Taal Valcano. Peso 3,000 (RM221.57). Pakej B dengan kuda dan pemandu pelancong harga Peso 5,500 (RM 406). Mahal sangat. Service teruk. Terpaksa tawar menawar. Lastly dapat 4000 peso (RM295.44) bagi pakej B. Pakej itu adalah untuk dua orang. Kami dapat dua orang pemandu pelancong dan dua ekor kuda. Kasihan Cinta kalau terpaksa hike ke atas Taal Valcano. Berbukit-bukau dan berliku-liku. Lagi pun agak dusty pasal musim panas.  Minta tip lagi. Kami dah kena jemur sepanjang perjalanan. Nasib baik bas air cond. Terpaksa hulur 100 peso (RM7.38) kepada kerani ejen pelancongan. Mr Tip depa ini. Cinta asyik ejek tip...tip ...tip. Pekerja depa yang minta. Pasal gaji depa kecil.  Yang mengaut untung syarikat depa. Dasar lintah darah.

Ini adalah pakej pelancongan yang paling mahal pernah kami alami. Padahal Kawah Ijen dan Gunung Bromo di Surabaya jauh lebih cantik dan service lagi baik. Tapi kami berfikiran positif. Kami dapat pengalaman baru,dan belajar mengenali masyarakat Pinoy dengan lebih dekat. Kami telah menaiki pelbagai mode kenderaan untuk sampai ke Taal Valcano. Dari LRT, Tricycle, Bas, Jeepnay, Banca, Kuda dan Berjalan kaki.

Seperkara lagi, bulan Mei bulan yang sesuai untuk lawat Filipina. Sekarang musim panas. Bulan Mac hingga Mei panas di sini. Bulan Jun hingga Oktober rainy season. Bulan Nov hingga Feb cool season. Saya lebih suka hot season.  

Kami naik Banca, bot tradisional Filipina. Masa diambil lebih kurang 25 minit ke Taal Valcano. Tasik toba di Sumatera Utara lagi cantik dan menawan. Lagi bersih. Sayang seribu kali sayang, kalau diberikan kepada kerajaan Jepun atau pun Korea jauh lebih bersih dan cantik. Kos kemasukan pun jauh lebih murah. Tapi yang penting, pengalaman yang ditempuhi tak dapat di tempat lain. Lain tempat lain pengalamannya. 

Di kejauhan nampak Pulau dan Banca

Banca : Bot tradisional Filipina

Kelihatan kelong-kelong ternakan ikan air tawar

Kasihan Ikan-ikan air tawar 

Macam Puding yang telah disudukan

Seronok naik Banca

Cantik sungguh dengan latar Banca dan Pulau

 Kelong-Kelong

Teruja naik Banca


Kami dalam bot Banca


Beburung Laut di Taal Lake

35 comments:

  1. Cantik volcano tu.. unik..suasana pun tenteram tp agak mcm rusau juga bila naik banca tu.. apa pun, ia satu pengalaman kembara yg ttp menarik. T kasih atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih syok lagi tengok pulau volcano tu.. mcm pelik pun ada hmmm
      menabung 3x darlie sbg penghargaan.. :)

      Delete
  2. pelil-pelik rupa bot mereka ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bot tradisional depa...laju juga pasal menggunakan enjin sekarang.

      Delete
  3. Ramai betul mr tip kat sana eh. Klau Jm nk pilih cool season :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa memang Mr Tip...kita kena pandai-pandai membawa diri...Cool season best juga ye ...

      Delete
  4. macam mana nak mahir mata wang peso ni. mcm rumit saja.
    kena pergi sana baru mahir kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit depa kali dengan 8 je...Contohnya 100 peso kali dengan 8 bersama dengan RM8. Senang kan.

      Delete
  5. Unik betul bianca boat tu...bertanduk depan belakang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik....saya suka melihatnya..ada kelainan dengan bot-bot di negara lain.

      Delete
  6. tajam lebih plak bot tu.. hehe
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  7. ya betul, lain tempat lain pengalamannya..lain negara,lain botnya...

    maknanya kalau nak travel ke Filipina, kena estimate duit tips dlm budget...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ...kita perlu masuk tips ke dalam budget kita sekiranya ingin ke Filipina..

      Delete
  8. cantik unik bot2 n pulau2nya...jauh berjalan luas pengalamannya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya peminat tegar bot-bot di serata tempat di dunia ini....memang cantik dan unik bot depa.

      Delete
  9. cantik la view laut situ
    kesian tgk ikan tu

    abg khai jemput join segmen mudah yumida:
    http://umikasum.blogspot.com/2014/05/segmen-blogging-menang-hadiah.html

    juga buat kengkwn yg lain..jemput join semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah bila ada masa dan kelapangan nanti saya join..Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas anda.

      Delete
  10. ohohoo, incik lim guna komen saya yang lepas noh? "macam puding yang telah disudukan"... kekeke XD

    banca tu menarik betoi~ ;)

    ReplyDelete
  11. Hehe a ah boat dia pelik ade tajam2...huhuu

    ReplyDelete
  12. Kesian ikan2 tu kena gelek... ;(

    ReplyDelete
  13. cantik pemandangannya..

    ReplyDelete
  14. Lengakp betul pengalaman pak Lim naik semua jenis kendaraan di sana mulai dari LRT, Tricycle, Bas, Jeepnay, Banca, Kuda dan Berjalan kaki... Naik apa yang paling seronok Pak Lim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeepnay...pasti ramai-ramai dalam satu jeepnay..boleh himpit-himpit dan memerhatikan telatah orang ramai....saya suka juga naik kuda...tapi kuda saya berak dan kencing sewaktu saya berada di atas kuda...

      Delete
  15. Segala pengalaman boleh dijadikan panduan buat orang lain pula..all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua pembaca yang budiman, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

      Delete
  16. menyakitkan hati sungguh la kalau asik dikikis bagi tips je kan... tkpe la, pejamkan mata je la untuk tk nk spoil holiday mood kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pejamkan mata...relax dan be cool...sudah begini keadaannya...

      Delete
  17. bestnya MKL
    seronok dapat jalan tempat orang ni kan
    banyak pengalaman

    ReplyDelete