Monday, 30 June 2014

Mabuhay Manila 30 : Intramuros 1

440 yrs of St.Augustinians in Intramuros AD 1571 - 2011

Hari keempat (Isnin tengah hari)


Dari Rizal Park kami meneruskan perjalanan ke Intramuros, kota lama yang menyimpan banyak memori lama Filipina dan kemerdekaannya. Anda harus melawati daerah tertua di Manila. Kedudukan Intramuros adalah bersebelahan atau selari dengan Rizal Park. Di sekelilingi kota ini ada tembok batu yang tinggi yang dikekalkan sejak zaman pemerintahan Sepanyol lagi. Dinding oh dinding dan bangunan demi bangunan. Itu antara gambaran awal saya terhadap Intramuros.

Anda pasti kagum dengan Intramuros. Kota tua ini penuh dengan bangunan klasik dan bersejarah. Kota Intramuros sangat luas dan besar. Nak pusing satu Intramuros boleh, sama ada naik kereta kuda atau pun motor roda tiga. Anda boleh pusing satu Intramuros dengan harga PHP 500. Kami dah tak larat, takut jemu pula melihat bangunan demi bangunan. kan, Intramuros adalah tempat pertama berlakunya pertembungan budaya di Filipina.. Jadi ambil keputusan melawat tiga tanda landmark sebelum singgah ke Fort Santiago. Kami jalan kaki je, bukannya jauh mana pun..kan kami kaki travel.

Di antara  tiga landmark utama yang kami singgah adalah Monumen Peringatan Tentera Jepun, Gereja St. Augustin, dan Gereja Manila Cathedral  di antara gereja tertua di Filipina. Akhir sekali, kami menghabiskan hari-hari petang kami di Fort Santiago pelabuhan pertama yang dibina Sepanyol sebagai kubu pertahanan. 

Abang Kereta kuda : pandangan biasa di Intramuros

 440 years of St.Augustinians in Intramuros AD 1571-2011

 Antara Gereja tertua di Filipina

 Barbaras

 San Agustine Museum

 Kereta kuda lagi

 Sang Beca tengah menunggu pelanggan

 Wajah Panorama Gereja St. Augustine

 Antara bangunan lama yang masih kekal

 Peace on Earth

 Tugu Peringatan Tentera Jepun

 Bangunan bersejarah

Bangunan demi bangunan serta dinding demi dinding (Intramuros)

24 comments:

  1. Replies
    1. Kota tertua di Filipina.. Pertembungan pelbagai budaya di sini. Dari penjajahan Sepanyol, Jepun dan Amerika.

      Delete
  2. Bangunannya mmg lama tetapi masih teguh dan nampak kekuatan bangsa yg membinanya dlm menterjemahkan sejarah yg ada... mmg menarik.. Thanks sharing sahabat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di antara landmark utama untuk dilawati sekiranya ke Manila.

      Delete
  3. Mereka memang hargai betul kan bangunan2 dan tinggalan sejarah mereka... cantik senibinanya...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Memang kaki jalan...best jalan kaki daripada kenaikan.

      Delete
  5. bilalah agaknya sy dpt ke sana?

    ReplyDelete
  6. Kota lama yang terpelihara jadi tempat wisata alternaif. kalau tak salah, Filipina sampai dengan tahun 80-an adalah negara termaju se Asia Tenggara. Kemajuan Filipina nampak dari Kota Lama yang sangat besar dan luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya..sekarang agak ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

      Delete
  7. Ada kuda warna abu-abu. warna asli tuh Pak Lim ? saya baru pertama kali lihat ada kuda berwarna abu-abu seluruh badan, biasanya hitam, coklat atau putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuda yang berwarna abu-abu tu jenis yang jarang dijumpai...agak rare..cantik kan.

      Delete
  8. Assalammualaikum... khairuddin,

    wahh.. dapat naik kereta kuda. Jika berminat mselim3 tak pernah lagi naik kereta kuda.. sedihnya . Khairuddin suka berjalan luas pemandangan tempat-tempat disini pun cantik2 dan bersih ... nice.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga tercapai niat di hati pada suatu hari nanti..Insyallah.

      Delete
  9. kagum dgn senibina nampak mcm francise..sangat cantik pmandanganya..i like :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat cantik pemandangan di sana..kota lama campur moden.

      Delete
  10. banyak pulak kereta kuda..mesti syok kalau dapat naik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok naik kereta kuda....syok lagi tunggang kuda..

      Delete