Friday, 13 June 2014

Singapore : A Short Trip

Cerita bermula dan Merlion

Assalamualaikum w.t.b.

Hari ini saya nak kongsi pengalaman jalan ke Singapura. Saya ke Singapura dengan dua orang kawan saya, Sekar dan Nuno. Kami ambil bas dari Kuala Lumpur untuk ke Singapura. Kami bertolak dari KTM Kuala Lumpur pada pukul 12.30 dengan bas “Nice”. Bas “Nice” cukup selesa dan berbaloi-baloi dengan perkhimatan diberikan. Sekali perjalanan dengan harga RM88.50 sen. Tiket bas “Nice” boleh dibeli di kaunter Transnational Plusliner di Pudu Raya.

KL Central
Pasport dan Nice Bas

Nice Bas

Pada pukul 4.45 pagi, kami dikejut oleh Pramugari Bas “Nice” untuk ke Imigration Malaysia iaitu Cop mengatakan keluar Malaysia. Setelah 15 minit kemudian, kami turun lagi ke Imigrasi Singapura. Saya diberitahu oleh salah satu warganegara Singapura bahwa Jalan masuk ke Singapura ada dua jalan iaitu jalan lama dan jalan baru. Bas yang kami naik, membawa kami ke Singapura dengan menggunakan jalan lama iaitu melalui “Jon Koon” dan kedatangan kami disambut dengan pemandangan dari Marina Sand Bay di malam hari.


Jalan masuk ke Jon Koon

Pada jam 5.30 pagi kami sampai di Jalan Sultan. Azan berkumandang menyambut kehadiran kami dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah. Dikarena aku sendirian yang muslim, jadi kekawan lain hanya menunggu di luar masjid. Saya solat subuh di Masjid Sultan, Jalan Sultan, Singapura.

Masjid Sultan

Sewaktu di Masjid Sultan, saya sempat bertanya dengan makcik warganegara Singapura tentang jalan-jalan di Singapura. Sedikit banyak informasi yang saya dapat untuk perjalanan kami yang singkat, namun tetap binggung dengan penerangan yang diberikan. Jam 7.30 pagi baru kami bergerak dari Masjid Sultan dan berjalan kaki ke Jalan Bugis. Dari Jalan Sultan, MRT yang terdekat adalah Jalan Bugis.


Jalan ke arah Bugis Street

Setiba di Stesen MRT Jalan Bugis, kami beli tiket MRT di mesin tiket MRT. Sekitar jam 8 pg kami sampai ke Stesen MRT Jalan Bugis kerana salah jalan. Sebenarnya, dekat je siapa yang dah tahu jalan. Jam tangan menunjukkan jam 8.05pg jadi kami ambil keputusan untuk jalan-jalan ke Marina Bay Sands. Untuk ke Marina Bay Sands, anda harus turun di Bay Front. 

MRT Station

Setiba kami di Bay Front pada jam 9 pagi, MRT Bay Front terletak dekat dengan Shopping Mall Marina Bay Sands dan ikut papan tanda yang tertulis “Garden By The Bay”. Jenuh jugak lah kami pusing-pusing sampai sesat dalam mall sebab mungkin kami tak faham papan tandanya yang terletak di antara persimpangan jalan dalam Mall. Hahaha..

           




Garden By The Bay


Akhirnya kami sampai jugak walaupun sesat berkali-kali. Pada jam 10.30 kami sampai di Harbour Front. Kami ke sana dengan menaiki MRT dari Bay Front ke Harbour Front. Di Harbour Front jugak ada sambungan ke dalam Mall seperti Mid Valley Malaysia. Jadi ikut anak panah untuk ke Sentosa Island. Untuk sampai ke Sentosa Island ada 3 cara iaitu dengan jalan kaki, naik MRT ekspress ke Sentosa Island atau dengan bas. 


Kami naik MRT ke Sentosa Island dengan harga 4$ing. Dolar. Sesampai di sana kami makan dahulu.


Universal Singapore Studio (USS)

Merlio berwarna-warni 

Kami ke Sea AQUARIUM .





Dinasihatkan para pengembara, sila lah pesani tiket masuk ke SEA AQUARIUM, USS dan lain-lain pada awal tarikh sebelum keberangkatan sbb ramai para pelancong asing yang datang ke Sentosa Island dengan rasa kecewa sebab tiket cepat habis. Bayangkan kami datang jam 11 pagi, ada yang mengeluh tiket habis jam 10 pagi tadi. Kami tidaklah tergesa-gesa sebab haritu dah beli tiket di Matta Fair yang diadakan 6-8 September 2013 di PWTC haritu.
(foto)

Pada jam 5 petang kami keluar dari Sentosa Island ke Merlion Park. Kami ambil MRT dari Harbour Front ke Esplanane. Setiba di Esplanane jam 6 petang sebab kami salah naik MRT lagi. Hahaha..

Setiba di Esplanane kami jalan keluar dari Shopping Mall, dan luar Mall kelihatan Esplanane. Jalan terus sampai nampak Merlion Park. Ramai orang di sana. Sekitar jam 6.30 petang kami tiba dan foto-foto. Kami duduk dekat Merlion dan menikmati keindahan Singapura di sore hari di Singapura River.


 Merlion Park



Disini dilampirkan Link utk tgk MRT MAP SINGAPURA (http://www.travelsingapura.com/wp-content/uploads/2012/04/peta_mrt.jpg)


Yang baik jadikan teladan, yang buruk, kita jauhkan, jadikan sempadan. Sobahal Khair.  




15 comments:

  1. perghh balik dr filipina terus ke singapore lak...best2..

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat merantau negara orang selalu.

    dari: http://adarain.com

    ReplyDelete
  3. best jln2 ke Spore..ni travelogue anak perempuan encik khairudin ke..wahh..dah ikut jejak ibubapa...bagus2..

    ReplyDelete
  4. jalan2 sefamili kesana sini bagus tu..

    ReplyDelete
  5. Cantik gambar di pintu gerbang Masjid Sultan. Macam postcard. Guna kamera dan teknik apa ni?

    ReplyDelete
  6. saya yg selalu pi JB pun blm melintas Singapore ... adehhh .

    ReplyDelete
  7. Keliru dgn entry ini... siapa yg ke singapore... trip partner pun guna pasport hijau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak perempuan... Saya juga ke sana...USS.. Belum sempat nak terbit... Itu sahabat kami dari indo...

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Menarik... lama dah tak ke singapore. Pasti bnyk yg dah berubah skrng ni...

    ReplyDelete
  10. Dah banyak tempat yang Tuan pergi ya.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Pernah sekali je ke sea aquarium dulo dulo hehe

    ReplyDelete