Tuesday 17 June 2014

Relief Mission Semenanjung 2014

Sumbangan Untuk Relief Mission Semenanjung 2014

Relief Mission Semenanjung 2014 merupakan program kebajikan yang membantu orang-orang miskin di kawasan pedalaman. Program ini yang lebih mesra dikenali sebagai RMS merupakan program tahunan pelajar-pelajar perubatan luar negara yang dikendalikan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) – Student Branch. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar perubatan berkaitan dengan pelbagai praktikal dan teknik dalam mengendalikan pemeriksaan kesihatan dan berkhatan. Selain itu, program ini juga bertujuan membantu golongan-golongan miskin dalam mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan memberi kesedaran pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan. Pada tahun ini, RMS akan dikendalikan di Rumah Anak Yatim Nur Kasih, Batu Kurau dan Kampung Jemerang Setar, Batu Kurau. Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti mobile clinic, berkhatan dan program motivasi.

Di sini, saya mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk menderma tidak kira dalam bentuk apa sekali pun. Wang ringgit dan barang keperluan juga boleh didermakan kepada kami supaya boleh disumbangkan bagi menjayakan program ini.

Berikut merupakan perincian akaun bank bagi sesiapa yang mahu membuat sumbangan wang tunai.

            Nama pemilik            : Noorul Nadia Salwani bt Mohd Tajuddin
            Bank                           : Maybank
            No. Akaun                 : 152116116958


Sekiranya mahu membuat sumbangan selain wang tunai, boleh la menghubungi saya di talian ini bagi menguruskannya. +6017-3692804

Banner untuk RMS 2014

Rumah Anak yatim yang dilawati oleh RMS 2013

Aktiviti sukaneka bersama anak-anak kampung

Gambar kenangan bersama pelajar-pelajar RMS 2012 bersama jawatankuasa yang menjayakan program RMS 2012



Sebarang pertanyaan berkaitan dengan program ini, saya boleh dihubungi dengan: 
telefon: +60173692804 (Nasree)
email: nasreekhairuddin@gmail.com

Terima kasih! Semoga Allah S.W.T dapat membalas jasa baik kalian.

20 comments:

  1. usaha murni yg wajar diberi sokongan....

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum....en.khai,

    kerja murni nie... bagus dapat hebahan macam nie..bantu orang miskin.

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Kerja baik, moga diberkati dan diberi kemudahan.

    ReplyDelete
  4. Okey...dah dapat Nombor nyer..Tunggu!!!

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. bagus aktiviti macam ni..

    ReplyDelete
  7. Bagus kerja kebajikan macam ini...

    Nama kampung tu pun unik sangat...

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH..
    bgus kerja murni mcm ni.
    smoga sukses dan diberkati..amin

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, moga usaha murni ini diberkati.

    ReplyDelete
  10. semoga usah diberkati olehNya... moga dipermudahkan juga untuk membuat amal...

    ReplyDelete
  11. menarik ni...thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. Subhanallah.. t kasih atas perkongsian. Semoga beroleh keberkatan bersama semua.. aamiin.

    ReplyDelete
  13. usaha yg baik.. smoga diberkati-Nya..

    ReplyDelete
  14. Semoga diprmudahkan usaha yang baik ini...

    ReplyDelete