Sunday, 11 January 2015

Koniciwa 6 ; Mencari Glico Man

Dotonbori

Keterangan tentang Dotonbori  (Wikipedia) :

Dōtonbori is one of the principal tourist destinations in Osaka, Japan, running along the Dōtonbori canal from Dōtonboribashi Bridge to Nipponbashi Bridge in the Namba district of the city's Chuo ward. Historically a theater district, it is now a popular nightlife and entertainment area characterized by its eccentric atmosphere and large illuminated signboards.


One of the area's most prominent features, a billboard for confectionery company Glico displaying the image of a runner crossing a finishing line, is seen as an icon of Osaka within Japan.


Kami hendak ke JR Namba untuk mencari Gilco Man, papan iklan paling terkenal di Jepun. Bagaimana hendak ke JR Namba dari University City ?  Anda naik train di University City, tukar track di Nishikujo dan sampai ke Imamiya tukar track dan akhirnya sampai ke stesen JR Namba. Dari Stesen JR Namba, kami bertanya arah. Mula-mula dengan stesen master mencari pintu gerbang Dotonbori dan kebanyakan dengan orang-orang muda Jepun.     

Kani Doraku Crab

Bandar yang penuh dengan basikal, pengangkutan awam yang popular.

Pintu Gerbang Dotonburi

Menikmati suasana malam yang dingin di Dotonburi

Patung manusia berkaki tanpa badan

Senyuman melebar

Dotonbori Hotel. Anda akan melalui hotel ini sebelum sampai ke iklan Gilco Man. 

Glico Man sign at Ebisu Bridge on the Dōtonbori Canal : The most famous sign in Japan. Pose with him 


Visitors enjoy illuminated billboards, video screens and mechanized signs along the boardwalk

Jalan-jalan di Ebisu Bashi Suji yang terletak berhampiran dengan Jambatan Ebisu dan Glico Man.

Penutup lubang Jamban Osaka


Masa telah sampai untuk kami balik untuk bermalam di Toyo hotel. Ingat bahawa ini baru hari pertama kami. Kami sampai ke hotel awal pagi tadi 9.00 pagi terus simpan anak-anak gajah di luggage room Toyo hotel. 

Kami turun di Shin-imamiya station dari JR Namba lebih kurang jam 10.00 malam. Hotel kami berhampiran dengan stesen Shin-imamiya dan stesen subway Dobutsuenmae. Untuk ke Hotel Toyo, kami guna JR Wide Area pass maka kami turun di Stesen Shinimamiya, keluar sahaja dari pintu stesen terus ke sebelah kanan.

Kamar tido kami di Toyo Hotel 


Rumusan Hari Pertama : 10 Dis 2014

Tempat kembara : Osaka

1. Osaka Castle
2. Universal Studio Japan (USJ)
3. Hard Rock Cafe
4. Dotonbori : Gilco Man

Perbelanjaan :

1. Kansai Wide Area Pass (4 hari Perjalanan)   7,200 yen = RM 210 seorang
2. Sewa Toyo Hotel 1 day 3,344 yen = RM100 untuk satu bilik = RM 50 seorang  
3. Makanan 0, bekal dari Malaysia

Jumlah Perbelanjaan hari Pertama : RM 260.00

34 comments:

  1. ala comelnya tempat tido tu..nilah billboard yang famous tu ek..

    p/s: penutup lubang kat Jepun unik kan?mesti traveller akan tangkap gambar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Sal..penutup lubang tu mmg unik kat sana..cantik2..biasalah Jepun kan negara Bersih..tak nk try ke sana ke :-)

      Delete
    2. nak try,tapi takde geng..haha, kak JM nak repeat Japan lagi ke?boleh naik Shinkansen pulak..berdesup perginya!

      Delete
  2. bestnya..bilik Japanese style..

    ReplyDelete
  3. MURAH JUGA TEMPAT BERMALAM DI SITU OKLH TU...HENDAK BEREHAT N LELAPKN MATA SAJA....

    ReplyDelete
  4. yeah pergi jugak ke Toyo Hotel...
    Masa ke Osaka tu x sempat nak ke signboard glico, stress gue...

    ReplyDelete
  5. SINGGAH...
    http://jmbelog.blogspot.com/2015/01/blogger-kaki-travel-khairuddin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah singgah..terima kasih bro. Semoga terus maju jaya.

      Delete
  6. Menarik... lubang penutup jambannya pun cantik.. bila tengok basikal teringat seakan di amsterdam kan. Sana sini penuh basikal. Bagus, menyihatkan & menjaga alam sekitar.. :)

    ReplyDelete
  7. MKL, 7700 yen tu bkn rm200++ ke? Saya x p central osaka..cancel..ank2 nk ke mt rokko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...7200 yen lebih kurang Rm210 pada masa itu. Tersalah tengok. Saya tidak ke Mt Rokko. Nanti boleh tengok entri anda tentang Mt Rokko.

      Delete
  8. Adeh. Kalau pergi Japan lagi jangan lupa ajak! Huhu

    ReplyDelete
  9. seronoknya ke jepun... aduhh nanti sambung lafi ye next day.. x sbr nk bce

    ReplyDelete
  10. Hotel tu agak murah... tapi takde katil tu yang kurang best...

    Wah hari pertama pun dah banyak tempat yang dapat cover...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang berkatil...boleh request atas permintaan PLM.

      Delete
  11. Kalau saya ke Jepun suatu hari nanti, Insyaallah, saya akan buka blog EN Lim dan study dari sini..

    ReplyDelete
  12. wow pengembaraan yang menarik. Melihat kehidupan lain.

    p/s : kembang hiding patung tu

    ReplyDelete
  13. alamak silap human hiding tapi hidung

    ReplyDelete
  14. Okeh, Toyo Hotel... noted! :D

    ReplyDelete
  15. bestnya.. bilik tu walaupun kecil tp nmpak selesa..menakutkanlah manusia tanpa kepala tu..

    ReplyDelete
  16. wow very ncie travel mantap pak li,,, salam kenal terima kasih yah....

    ReplyDelete
  17. hehe tilam tido tu macam tido kat rumah nenek aje rasanya. tilam tebal cemtu gak hehehe..
    nak fefeeling hotel bukakla ekon..

    wajib la ke glico ni kan.. semua p osaka kena amek gmbr sini.. yaaaabeda beduuuu

    ReplyDelete
  18. Murah Toyo Hotel tu..so kepada traveller di luar sana boleh stay kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi JM. Ada kitchen lagi. Boleh sembang-sembang dengan traveller serata dunia.

      Delete
  19. kalau nk cari Glico man mmg tak de..yang ada cuma gambar beliau yg femes tu :-)

    ReplyDelete
  20. hebat pak Lim, seharian di Jepang tidak coba makanan Jepang. hanya makan yang dibawa dari Malaysia. Apakah makanan Jepang tidak enak pak Lim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekad saya kurang boleh terima..Sudah biasa dengan masakan orang rumah. Hi3.

      Delete
  21. Kena bijak memilih tempat penginapan disini...harga cukup memainkan peranan penting dalam pengembaraan budget. Kalau kat sini, mau dah kena curi penutup kumbahan tu...hehe

    ReplyDelete
  22. uuhh dotonbori ini meyenangkan mas mantap abiss dah kecee badai....

    ReplyDelete
  23. saya nak ke Namba nanti sebab nak gambar dgn Glico Man dan tutup main hole yg cantik2 tu..

    ReplyDelete
  24. Erm... Jepun kena masuk dlm list ni...

    ReplyDelete