Monday, 5 January 2015

Koniciwa 2 : Park Goryo Osaka

10 hb Dis 2014 (Hari Pertama) 

Kami bertolak dari KLIA2 jam 1.00 pagi dan sampai ke Kansai International Airport, Osaka jam 7.00 pagi. Perjalanan adalah kira-kira 7 jam dari KLIA2 dengan Airasia X. Waktu di sini adalah sejam lebih awal berbanding waktu Malaysia.  

Kami bertolak dari Tanjong Malim terus menghala ke Putrajaya Sentral. Kami parking di tempat letak kereta Putrajaya Sentral. Caj cuma RM4.00 semalam di tempat berbumbung. Kalau di KLIA2 caj tempat berbumbung adalah RM46.00 semalam. Bagaikan bumi dengan langit. Kami menaiki KLIA Transit terus ke KLIA2 dari Putrajaya Sentral. Harga tiket hanya RM6 sehala. 

Selepas mendarat di Kansai International Airport, kami terus ke i information untuk mengumpul peta Jepun dan maklumat yang diperlukan. i information terletak di sebelah kiri selepas exit dari balai ketibaan. Apa sekalipun, kena rajin bertanya sekiranya kurang pasti. Orang Jepun sangat suka menolong orang. Ibarat kata, ' Malu bertanya sesat jalan'.

Untuk perjalanan ke hotel, kami telah naik ke tingkat atas untuk ke JR Ticket Office. Kami telah membeli Kansai Wide Area Pass. Anda akan dibekalkan dengan JR Map dan harga tiket adalah 7200 yen (RM 210) dan boleh digunakan untuk selama 4 hari. Anda perlu tunjukkan passport antarabangsa semasa membeli dan pendaftaran akan dilakukan. 

Selepas membeli JR Wide Pass,kami terus ke  Toyo Hotel yang terletak di Shin-Imamiya yang telah ditempah melalui Hostel World. Kami telah menaiki Kansai Airport Rapid Express ke Shin-Imamiya. Perjalanan adalah selama satu jam. Kami tidak ingin menyusung anak-anak gajah ke sana ke mari. Kami telah sampai ke Toyo Hotel lebih kurang jam 9.00 pagi. Check in hanya jam 2.00 petang. Kami minta izin menyimpan luggage. Kebiasaannya, setiap hotel ada luggage roomnya tersendiri.  

Untuk ke Toyo Hotel, Anda perlu naik menggunakan Rapid No 3, Kansai Airport Rapid Express yang akan terus berhenti di Station Shin-Imamiya. Senang kalau guna JR Wide Pass dan kena berbelanja sikit.Jimat masa dan tidak perlu tukar banyak train.  

Cara-cara ke Toyo Hotel :

1. Get off at Shin-Imamiya Station, East Exit.
2. Turn right at East Exit.
3. Turn left at the signal.
4. Turn right at the same signal dan turn left.
5. Turn right at the first alley. 

Kami bercadang untuk jalan-jalan di sekitar Osaka dan balik ke Toyo Hotel hanya di sebelah malam. Masa memang mencemburui kami. Kami bercadang ke Osaka Castle. Tempat yang pertama kami sebaik sahaja landing di Jepun. Kami naik dari Shin-Imamiya terus ke berhenti di Station Osakajokoen untuk ke Osaka Castle. Sebelum itu anda perlu melalui Park Goryo Osaka sebelum sampai ke Osaka Castle. 

JR Ticket Office

Saki baki daun Japanese Maple (Momiji)

Cinta gila mencari daun maple

Aku teruja dengan kebersihan negeri Jepang 

Dalam perjalanan ke Osaka Castle

Dari kejauhan dah nampak Osaka Castle

Masih ada daun yang kekuningan

The Ginkgo or Maidenhair Tree 

Glowing golden autumn foliage of the Ginkgo tree.

Magnificent view.

Acer palmatum, also called Japanese Maple or Smooth Japanese Maple (Japanese: irohamomiji or momiji, 紅葉) is a species of woody plant native to Japan.

Birds playing in the mud.

38 comments:

  1. Permulaan yang menarik. Untunglah masih ada saki baki autumn... cantik juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... bukan setakat cantik juga... cantik sangat. jepun memang pembersih :)

      Delete
  2. Lucky! Post more about Japan ya

    ReplyDelete
  3. Waaaaa......
    damai je tengok gambar2 di Osaka...
    bila lah agaknya sy dpt jejak kaki ke sana ek...
    kagum dgn traveller macam tuan...

    tips parking kereta di Putrajaya Sentral tu mmg berguna....
    tq. :)

    ReplyDelete
  4. Sungguh cantik negeri Jepun dikala sudah dipenghujung musim luruh. Bersih sekali!

    ReplyDelete
  5. nice!tak sabar nak baca sambungan...nak lagi gambar daun maple please...hehe

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaa maple tree ^^ eh nape burung tu mandi lumpur huuurm.. slalu nampak burung mandi air bersih aje..

    ReplyDelete
  7. Pohon dengan daun yang menguning, pohon dengan daun yang masih hijau, pohon yang sudah tak berdaun, semuanya indah. Castel Osaka itu nampak dari jauh saja. Penasaran ingin lihat dari dekat, mesti tunggu entry berikutnya. Pak Lim nih pandai bikin penasaran reader..hehe.

    ReplyDelete
  8. Cantik2 gmbr MKL... Saya bnyk ambik gun ahp.. kamera besar anak saya pegang.. ntah gmbr hape2 diambiknyer...ha..ha.. senget benget

    ReplyDelete
  9. memang sangat bersih la negara Jepun nie.. teruja jugak.. !! hew~

    ReplyDelete
  10. Ginkgo leaves! Lovely, i loike~ ;3
    Hehe seronok betul burung2 cak rumah tu bermandi-manda di dalam air lopak~ X3

    ReplyDelete
  11. cantik view di akhir2 autumn..Japan memang best..

    ReplyDelete
  12. Tinggi betul letaknya Osaka Castle tu.. antara tempat yg ingin saya jejaki. T kasih atas perkongsian ini. Sgt menarik..

    ReplyDelete
  13. Cantiknya autum. Sungguh bertuah Khairuddin dapat ke sana waktu itul

    ReplyDelete
  14. mahalnya kt klia2...rugi ja parking ctu walaupon dekat..

    cntiknya daun maple

    ReplyDelete
  15. SUKA TENGOK PIC2 YG CANTIK N JEPUN MMG BERSIH...

    ReplyDelete
  16. cantiknya daun maple tu
    tumpang rasa seronok tengok gambar-gambar di sini

    ReplyDelete
  17. alangkah indahnyer pemandangan...
    dahler pemandangan cantik ... kebersihan juga dijaga..

    ReplyDelete
  18. Seronoknya tengok pemandangan di sana...cantik sungguh :)

    ReplyDelete
  19. Sekali imbas MKL pon dah macam orang Jepon... Gurau je... He He He...

    ReplyDelete
  20. Mmg nak ke sini nnti.. tunggu urusan bajet sekolah anak2 reda sikit nnti.. Japan best.. :)

    ReplyDelete
  21. Cantiknyerr daun tuuu ..........Macam dalam citer Mohabbatein la pulak ..

    ReplyDelete
  22. kalau la dapat g sana alangkah seronoknyerr .........

    ReplyDelete
  23. Saya belum pernah ke osaka lagi.. baru sampai ke tokyo..

    ReplyDelete
  24. cantik dari kebersihannya dan persekitarannya termasuk pembangunannya.
    Sikap rakyat mereka juga memberi kesan kepada kebersihan negara mereka

    dari jauh osaka castle dah tersergam indah

    ReplyDelete
  25. Harga tiket hanya RM6 sehala? kenapa waktu JM naik harga tiket RM6.20 eh...x aci..Abe MKL dapat discount ke

    ReplyDelete
  26. dulu JM beli Wide Area Pass di Matta Fair so boleh dapat harga lagi murah :-)

    ReplyDelete
  27. Arghhh..rindu sama Jepun...isshh...bila duit nak bertambah nk ke sana lagi huhhu..nak merasa Autumn at Japan

    ReplyDelete
  28. boleh tahan harga tiket dia kan.. tp transportation sgt efficient mcm tu , br mahal pun tak per. berbaloi n puas hati

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  29. rata - rata saya baca blogs, JR pass dibeli dan ditukar diJepun.. tapi brother oak beli kat sana.. mana satu yg betul brother?

    ReplyDelete
  30. Tuan... pass JR tu cover osaka area je ke?
    Mcm mn nk lajak ke tokyo?

    JR pass tu mmg bli kt sana ke? Blh bli online dari malaysia x?

    ReplyDelete