Monday 28 November 2016

Passport Antarabangsa hilang di Jepun

Tokyo

Winter : Walking in Tokyo 2014 (Yokohama, Shinjuku, Maihama)
Youtube.com

Catatan ini adalah sebagai peringatan buat diri saya dalam kembara ke mana-mana tempat di muka bumi ini.

Anda perlu membawa bersama-sama dengan anda salinan passport, salinan IC, salinan surat beranak,salinan boarding pass dan juga tiket pulang ke Malaysia. Salinan buat siap-siap di Malaysia. Itu adalah amalan saya setiap kali travel.

Dalam masa terdekat saya akan travel ke Tokyo, maka di sini saya catat siap-siap dan simpan dalam blog alamat kedutaan sebagai rujukan. Sediakan payung sebelum hujan. 

Sekiranya berlaku kehilangan, saya boleh buat laporan di Kedutaan Malaysia di Jepun yang alamat adalah seperti berikut :

20-16 Nanpeidai-cho
Shibuya-ku
150-0036 Tokyo
+81-3-3476-3840
mwtokyo.kln@1govuc.gov.my

Link adalah seperti berikut :

http://www.kln.gov.my/web/jpn_tokyo/home

Waktu buka : Monday-Friday 9.00 am - 12.30 pm atau 1.30 pm - 5.00 pm

Rush hours di Jepun adalah dari waktu 7.00 - 8.30 pagi. Itu waktu depa pergi ke opis. Kalau di sebelah petang, jangan balik last train je. Petang tak sesibuk di sebelah pagi.  

Kos untuk membuat passport sementara adalah kira-kira RM50 dalam nilai yen semasa. Untuk mengeluarkan dokumen perjalanan mengambil masa sekurang-kurangnya 1-2 hari bekerja. Maka seelok-eloknya perlu ada duit minimum untuk 5 hari penginapan.

Maka seelok-eloknya, kita perlu aktifkan kad kredit antarabangsa supaya boleh menampung semua kos yang di luar jangkaan atau lebihkan bajet sekiranya berlaku kecemasan.

Maklumat di atas saya perolehi dari Dzulhaidy Abdul Rahim : Road to Japan. Sebagai catatan untuk rujukan apabila mengembara ke Jepun.

22 comments:

  1. Pada SS... CC antarabangsa... Tersangat penting... Even ada cash in hand pon... SS tetap swipe hotel pakai CC... Cash suppose utk hotel boleh simpan just in case emergency...

    ReplyDelete
  2. Informasi bagi yg nak travel jepun nie. .memang perlukan persediaan rapi sebelum terbang

    ReplyDelete
  3. Tahniah travel lagi ke Tokyo..moga selamat ya Saudara ku MKL

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing, malang tak berbau..tak pernah bawa salinan surat beranak gi overseas, next time boleh bawa..

    ReplyDelete
  5. thanks for the info. It really helps me!

    ReplyDelete
  6. Betul tuan. Sy travel mmg keep no n address kedutaan.

    Selain takut passport hilang,.
    Takut juga jika berlaku huru hara or bencana alam kan

    ReplyDelete
  7. Good sharing KK..
    Kena ada persediaan kan sebelum terjadi perkara yg tidak diingini..
    Happy holiday KK..

    ReplyDelete
  8. kena extra kos kalau hilang. jadi malang memang tak berbau

    ReplyDelete
  9. oh, tak pernah pulak saya buat salinan...len kali kena buat salinan, bagus tips ni

    ReplyDelete
  10. PERLU SIAP SEDIA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kongsi info ni...rupanya kena buat salinan ye...x terfikir pun semua tu...tips bagus...

    ReplyDelete
  12. Sbe MKL di mana skrg? Japan ke Msia

    ReplyDelete
  13. CC tu wajib di aktifkan jika ke luar negara sbg backup

    ReplyDelete
  14. Rindu Tokyo so much... photocopy all travel documents memang kami seisi famili selalu amalkan, walaupun melancong dalam negeri.. just in case.. thanks share...

    ReplyDelete
  15. Selamat mengembara dgn ceria.. semoga segalanya berjln lancar... aamiin :)

    ReplyDelete
  16. bahayanya kalau hilang... mau kucar kacir hidup ahaha

    ReplyDelete
  17. good info.Lagi satu, jangan lupa isi form online yang mengesahkan kita akan berada di Jepun at certain dates. Can be useful since Jepun adalah negara yang prone kepada natural disaster

    ReplyDelete
  18. Good reminder. So far sy x pernah lagi travel bawak copy passport semua..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete