Gunung Chondong adalah sebuah puncak dan terletak di Behrang Ulu, Perak. Gunung ini adalah berdekatan dengan Kampung Sungai Bil, Kemajuan Tanah Sungai Dara dan Bukit Ulu Panas. Ketinggian dari aras laut adalah 675m atau 2,215 kaki. Kedudukan ketinggian Gunung Chondong adalah no 139 di Perak dan no 630 di Malaysia. Ejaan lain bagi Gunung Chondong adalah seperti berikut : Gunung Chondong (ms), Gunong Chondong, Gunong Chondong, Gunung Chondong.
Gambaran teman. Begitu mencanak apabila kita mendaki ke arah puncak. Ada bahagian yang curam. Ada juga yang landai. Teman begitu gembira apabila berjumpa dengan kawasan landai. Ada kala, teman terpaksa berpaut pada akar kayu dan pokok-pokok semasa mendaki. Ini kerana ada bahagian yang tanahnya begitu rapuh dan licin. Kawasannya asli dan belum diterokai sepenuhnya. Ada seorang jurupandu yang mahir, Sifu Roy (Lokkow). Kami menggunakan app, Soviet military untuk sampai ke puncak Gunung Chondong. Kami mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke atas, terpaksa menebas di sesetengah tempat. Kami mengambil masa kira-kira 2 jam untuk turun ke bawah. Kami banyak mengelungsor apabila turun ke bawah. Udara di atas sungguh nyaman, bersih dan asli.
Di puncak Gunung Chondong, Perak. Jurupandu kami, Roy yang berada di atas beirut.
Beirut Gunung Chondong, Perak
Begitu gembira wajah kawan-kawan semasa turun ke bawah, hampir sampai ke tangki air Sungai Dara
Kami menikmati sarapan pagi di Kedai Nasi lemak Opah Nab di Behrang Ulu.
Wajah-wajah Gunung Chondong dari album Ibrahim Zolkipeli Property
wahh rindu nak hiking lagi
ReplyDeletehiking ni memang fav!!! bestnya.. ada masa blh travel sama2
ReplyDeleteHebat en Din... setara orang muda...
ReplyDeletecomel je..gunung chondong semua badan condong bila bergambar..hehe
ReplyDeleteseronok la tengok orang naik gunung ni. nak try la nanti
ReplyDeleteKenapa byk gunung yg Ain tak tau ada dkt perak ni T_T
ReplyDeletewalllaaaaaa hebak mung!!! hebak!!!
ReplyDeleteDah bertahun2 tak naik gunung.. sure semput punya klu naik ni hehee
ReplyDelete