Wednesday 16 November 2016

Stonehenge Esperance

Stonehenge Esperance
oleh Noor Hidayah Hanapi

Stonehenge ni merupakan replika daripada stonehenge sebenar yang terdapat di England.
Terletak di dalam perjalanan antara bandar Esperance dan Pantai Lucky Bay yang mendapat pengiktirafan 'pasir terputih di Australia'. Sekiranya dari airport Perth adalah kira-kira 7 jam perjalanan.

Ada signboard ke kawasan ni, cuma agak kecil..kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan..dari bandar esperance, stonehenge ni ada di sebelah kiri.
Stonehenge ni terletak di tanah persendirian..untuk ke sini kita boleh walk in je dan bayaran masuk adalah sebanyak 10 aud seorang, masuk je terus pergi ke pejabat dan bayar..keraninya akan bukak pagar dan benarkan kita masuk
Masuk-masuk je kami disambut oleh berpuluh ekor lembu yang mashaAllah besor yakamat..takut nengoknya..kalo kena langgor la dengan lembu-lembu ni mau masuk icu..lembu-lembu di pagar dengan pagar elektrik..diorang usha garing je pada kami.
Kita boleh masuk sampai la ke dalam stonehenge tu
Ia dibuka dari hari Khamis hingga Isnin dari jam 8.30-5.00 (Okt hingga Mac) dan 9.30-4.00 (Apr hingga Sep)
Kalau kawan-kawan nak pergi di luar waktu operasi ni, email je pada mereka dan mereka akan balas (cuma balasan tu agak lambat makan masa 1-2 minggu..Kami dulu nak pergi hari rabu dan pihak pengurusan balas email mengatakan kami boleh datang pada hari tersebut.
Melompat keriangan 

Mai ikut kami balik ke Malaysia

Pintu masuk Stonehenge

 Aku, Stonehenge dan Lembu

 Stonehenge di bahagian belakang

 Bahagian dalam Stonehenge

 Moo moo yang ada di esperance

Di pintu masuk menghala ke Stonehenge 

17 comments:

  1. menarik, nice sharing..

    moo..gemuk2 lembunya..

    ReplyDelete
  2. bestnya. harap2 dapat p sini jugak kelak!

    ReplyDelete
  3. perth..belum sampai sini lagi.menarik nampaknya.besar betul lembu tu, boleh jamu satu kampung

    ReplyDelete
  4. Replikanya saja sudah keren, apalagi yang aslinya ya. Tak terbayang bagaimana mereka dulu menyusun batu-batu itu Pak Lim. hebat ya

    ReplyDelete
  5. x de poo poo lembu ke kat situ? hehehe... sebijik mcm kt england ;-) tp yg kt england tu byrn msk lg mahal katanya...

    ReplyDelete
  6. STONEHADGE PUN DITIRU BINAANNYA YA..WAH BESAQ BETUL LEMBU2 TU NTAH APA MAKANNYA YA

    ReplyDelete
  7. akibat kekangan masa, tak pergi pun sini haritu

    ReplyDelete
  8. Cantik juga walau cuma replika...

    ReplyDelete
  9. wah keceee baguss sangat pak mantap...

    ReplyDelete
  10. mati-mati ingat hak dekat England tu
    tapi baik yang dekat England or Australia,
    saya memang tak penah sampai lagi...huhu

    ReplyDelete
  11. cantik, tak sangka stonehenge ada juga di ausie

    ReplyDelete
  12. dah agak dah replica sebab batu tu potong cantik je.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Bestnya... tak kisahlah replika.. suasana tmpt tu nampak nyaman dan segar

    ReplyDelete
  14. Suka baca penulisan ma'am...

    Hihi... comel je

    ReplyDelete